Pages

Followers

09 December 2011

PeNiNg KePaLa...

Minggu yang merunsingkan fikiranku...

Minggu yang penuh dengan cabaran dan dugaan...

Minggu yang penuh dengan aktiviti..

Ku rasakan masa itu sangat bermakna..

Dan bila difikirkan tentang masa hadapan...

Entahla...

Sangat buntu untuk memikirkannya...

Bila mengenangkan pula pasal bibik..

Oh tidak!!!!!!

Semahunya aku menangis sekuat hati..

Kerana bibik telah melarikan diri..

Aku tanya pada diri..

Adakah salah diriku di atas kejadian ini????

Tentunya aku tidak akan menyalahkan diriku sama sekali..

Tentang kebajikan bibik..aku sangat menjaganya..

Anggapan aku kepadanya seperti emak aku sendiri

Makan minum semuanya aku bagi..

Harapanku cuma satu agar dia dapat menjaga Along dengan baik sepanjang kami bekerja..

Tapi.............

Ku sangkakan panas hingga ke petang..

Rupanya hujan di tengah hari...

Pada 9 Disember 2011

Lebih kurang jam 6.00petang

Encik suami telah membawa bibik ke klinik Mediveron, Alamanda. Putrajaya

Untuk membuat pemeriksaan

Dari pagi bibik hanya tidur sahaja dek penangan kepalanya yang pusing..

Selepas mendapat pemeriksaan daripada doktor..

Bibik melarikan diri tanpa disedari oleh encik suami..

Entah ke mana hilangnya berbekalkan duit gaji yang kami telah kami dahulukan sebanyak RM200

Puas encik suami mencarinya tapi semuanya sia-sia sahaja..

Report polis telah di buat..

Lagi pening kepala bila memikirkan pasal duit yang digunakan untuk mengambil bibik tu..

Aduh!!!tak mampu aku untuk memikirkan semuanya..

Ya Allah..tabahkan lah hati ku untuk menempuh segala ujian darimu ini...

Moga ada hikmah di sebalik kejadian..




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...