Pages

Followers

09 December 2011

GiGi GeRaHaM

Kesian sungguh melihat anakku..

Selepas di serang demam campak...

Kini pula Along berperang dengan encik gigi geraham yang besar mahu keluar dari gusinya...

Ya Allah..sungguh hebat penangan encik gigi geraham ini...

Tumbuh sekali gus di bahagian kanan dan kiri gusi..

Patutla rengekan dan amukannya tempoh hari sangat berlainan..

Selepas keluarnya encik gigi geraham..demam Along pun semakin reda..

Yang sebelumnya tidak mahu minum susu...tidak mahu mengisap encik putingnya...

Kini semakin aktif dan ceria..

Memang aku akui sangat cepat gigi si anak kecil ini tumbuh berbanding dengan kanak2 yang lain yang seusia dengannya..

Terfikir juga mungkinkah anak ibu ni terlebih kalsium..

Tak pe la dik..janji adik sihat yer...

Kat sini aku dapat sedikit maklumat:


Apa yang dimaksudkan dengan pertumbuhan gigi? 
Pertumbuhan gigi ialah proses gigi tumbuh di dalam mulut bayi/ kanak-kanak. Biasanya 
pertumbuhan gigi ini akan menyebabkan rasa tidak selesa dan sakit. 

Apakah tanda-tanda yang menunjukkan gigi anak anda tumbuh?  
Dalam proses pertumbuhan gigi, anak anda mungkin : 
• Menangis kerana tidak selesa  
• Suka menggigit atau mengunyah  
• Melelehkan air liur  
• Demam (suhu badan meningkat sedikit) 
Pertumbuhan gigi tidak akan menyebabkan  gangguan kesihatan yang teruk seperti demam 
panas dan cirit birit. Sekiranya ini berlaku,  anak perlu dibawa ke klinik/ hospital dengan 
segera. 

Apa yang boleh anda lakukan bagi melegakan rasa tidak selesa semasa 
pertumbuhan gigi? 
Cuba petua di bawah untuk melegakan rasa tidak selesa anak anda:  
• Berikan benda yang keras, bersih dan selamat untuk digigit seperti gegelang gigitan.  
• Berikan ubat penahan sakit jika perlu. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...