Pages

Followers

30 December 2011

Berurut...


Sudah dua tiga hari badan aku rasa bisa dan banyak angin yang tak dapat nak dilepaskan..
Agaknya adala aku tersalah makan benda-benda yang berangin..
Bak kata orang kalau badan berangin memang sakit Oooo...
Ditambah pula dengan kaki aku yang terseliuh semasa mendukung si Along tempoh hari
Menguatkan rasa hati untuk badan ini diurut..
Semasa di dalam pantang selepas melahirkan Along setahun yang lepas,
Aku pernah diurut oleh seorang akak ni..namanya kak Fizah..tinggal di Putrajaya..
Wajahnya masih muda remaja tau akak ni..
Aku mengetahui tentang perkhidmatannya melalui kawan sepejabat.
Boleh tahan jugak akak ni berurut..
Tambahan pula minyak yang digunakan semasa berurut memang wangi..berangin..
Minyak yang diadun oleh kak Fizah tu sendiri menggunakan minyak buah pala katanya..
Kalau makcik2 yang berurut di kampung tu selalunya menggunakan minyak kelapa je..
Malam tadi barulah ada kelapangan waktu untuk kak Fizah datang ke rumah aku untuk mengurut aku.
Alhamdulillah..pagi ni badan aku rasa segar dan ringan..cuma rasa sakit2 sikit disesetengah bahagian badan..
biasalah kan...ada tempat2 yang agak teruk
Seminggu sebelum diurut perlu membuat temujanji terlebih dahulu kerana k.Fizah ni memang sibuk kerana ramai pelanggan di merata tempat.
Kos bayaran yang dikenakan untuk urutan satu badan ialah RM50 kecuali di luar kawasan Putrajaya, bergantung kepada jaraknya.
Kepada sesiapa yang berminat untuk mencuba urutan kak Fizah, boleh menghubungi :
Norhafizah : 013-6051005

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...