Alhamdulillah...
Akhirnya dapat juga kami menghadiri 1st Gathering Supermum's & Superdad's Angle..
Yang berlangsung pada 10 - 11 Disember 2011,
Di Perangsang Templer Golf Club, Rawang.
Perjumpaan untuk anak2 istimewa Cerebral Palsy
Sangat-sangat seronok kerana aku merasakan bagaikan kami satu keluarga walaupun sebelum
ini hanya kenal di alam maya facebook..
Dengan hadirnya anak syurga ini lah yg mengeratkan lagi silaturrahim antara kami..
Mungkin jika tiada mereka..siapalah kami untuk berkongsi rasa yang sama..
Bagaikan berada di dalam kasut yang sama.
Berganding bahu untuk menjaga dan mendapatkan hak anak syurga
Berusaha tanpa henti untuk mencari jalan memulihkan anak kami.
Sebelum ini aku rasakan bahawa akulah insan yang paling teruk diuji.
Kini aku lebih bermuhasabah diri.
Jangan hanya memandang ujian pada diri sendiri..
Kerana ada lagi insan yang lebih hebat ujiannya daripada kita..
Bersyukurlah dengan apa yang dikurniakan oleh Allah
Kerana setiap apa yang diberikan mungkin ada perancangannya tersendiri.
Di sini aku tempekkan gambar semasa di Gathering tempoh hari..
Memang tersangat enjoy dan banyak dapat ilmu pengetahuan.
~ ciap ada nama n buku aturcara...mcm g kursus BTN lak rasanya..he3~ |
~ keluarga bahagia ~ |
~ The encem boy pakai baju Gathering ~ |
~ Supermum & Angle berposing sakan ~ |
~ Superdad pun nak posing jugak la..yuhuuu ~ |
~ Sukaneka kutip gula2 ~ |
~ Acara superdad pakaikan pampers terpantas ~ |
~ Horeyyyyy...superdad Along dapat tempat kedua..superdad Nabila yang dapat tempat pertama..Congrate!!!~ |
~ Sesi hydroterapi ~ |
~ amboi..sempat lagi berposing ..Along dah kesejukan tu...~ |
Terima kasih kepada semua AJK group ini yang bertungkus lumus untuk mengadakan gathering seperti ini..
Syabas kepada anda semua. Miss u all very much...Semoga ada lagi event seperti ini di masa
akan datang..Amin..
No comments:
Post a Comment