Pages

Followers

28 July 2011

AlHaMdULiLLaH..ReZeKi AnAk

    Sesungguhnya rezeki mempunyai anak istimewa ni sangat murah..Alhamdulillah aku bersyukur ke hadrat ilahi atas rezeki yang diberikan. Terima kasih juga kepada pihak-pihak yang terlibat yang telah menilai hasil kerja aku selama ini. Hari ini merupakan hari yang bermakna dalam hidupku setelah 3tahun berkhidmat dengan kerajaan. Dengan anugerah yang aku perolehi ini, diharapkan aku akan bekerja dengan lebih bersungguh-sungguh dan mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan yang diberikan pada masa akan datang. Kepada rakan-rakan lain yang menerima anugerah tersebut juga diucapkan tahniah dan kepada yang belum mendapat lagi anugerah tersebut teruskan usaha anda.



  

24 July 2011

SuPRiSe!!!!!!

Wah.....









Apa yang suprise tu?










Ha.....









Just nak share kegembiraan dengan korang..
Bukan nak menunjuk-nunjuk tau.










Korang srcoll la bawah lagi...











Bawah lagi....













Sikit jer lagi...

















Nak nampak dah ni apa dia...







ehehehe....
































SELAMAT HARI LAHIR YG KE 27 TAHUN SAYANG!!
SEMOGA DIPANJANGKAN UMUR & DIMURAHKAN REZEKI...

Itulah ucapan daripada suamiku tepat jam 12tengah malam dan inilah pemberian yang sangat istimewa daripadanya. Terima kasih banyak-banyak abang di atas pemberian yang sangat bermakna ini. Sayang sangat kat abang..muah2..

~ ada kek..yum..yum ~

~ ada hadiah & coklat lak tu....~

~ apa la agaknyer ek dalam kotak ni ~





Jom kita tengok....




















Tarraaaaaaaaaa.......







~ wah....minyak wangi la....sungguh aku teruja..~



Sempena Birthday aku, abang belanja makan burger McDonalds dan hanya makan di rumah jer kerana Along kurang sihat masa tu.








23 July 2011

PeNgAsUh OH PeNgaSuH...

    Bila nak bercerita bab pengasuh ni aku sungguh bingung bila memikirkannya..Untuk pengetahuan semua buat masa ini aku menetap di rumah mak mertuaku di Ampang. Sejak Along berusia 3bulan lagi kami menetap disana sedangkan aku telah mempunyai kuarters kerajaan di prseint 18, Putrajaya. Disebabkan keadaan Along sedemikian, aku dan abang mengambil keputusan untuk menetap di rumah mak buat sementara waktu. Bila difikirkan tentang keselesaan, kos pengangkutan untuk aku berulang alik ke tempat kerja setiap hari memang memakan belanja yang agak banyak jika dibandingkan dengan menetap di Putrajaya sahaja. Tapi semua perkar yang menjadi penghalang itu aku ketepikan apabila memikirkan keadaan Along. Mak mertuaku menjaga Along dengan baik sekali sehinggalah sekarang. Tapi sampai bila aku harus bergantung harap pada mak untuk menjaga Along. Kebetulan pula pada bulan 10 ini adik ipar hendak berkahwin dan menetap dirumah mak mertuaku. Agak tidak selesa apabila memikirkan keadaan Along apabila terpaksa bertukar bilik yang sekarang kami tidur ke bilik yang lebih sempit dan tiada pencahayaan yang baik untuk Along. Pelbagai aspek yang aku kira untuk keselesaan Along dan akhirnya aku dan abang membuat keputusan untuk mencari pengasuh di Putrajaya dan kami akan metetap di rumah kami semula pada bulan 10 ini.

    Usaha abang menampal iklan untuk mencari pengasuh untuk Along di setiap blok berhampiran rumah kami mendapat perhatian oleh beberapa orang yang berminat. Ada yang menghantar sms dan ada juga yang terus menelefon. Apabila diberitahu sanggup ke menjadi pengasuh pada anak yang cukup istimewa ini? ada yang terus tidak membalas sms. Dalam hati aku terdetik betapa susahnya untuk mencari pengasuh untuk anak-anak istimewa ini. Aku faham dan aku tidak pernah memaksa untuk mereka menjadi pengasuh pada anak ini. Risiko menjaga anak istimewa ini sangatlah besar dan memerlukan perhatian yang lebih untuk menjaganya. Kadang-kala aku berfikir panjang seandainya suatu hari nanti kami telah memejamkan mata, siapalah yang sanggup menjaga anak ini sepanjang ketiadaan kami nanti? Semoga Allah akan menunjukkan jalan yang terbaik untuk kami di kemudian hari.

   Disebalik cerita itu, ada seorang makcik ni yang sangat baik hati menelefon ingin mencuba untuk menjaga Along untuk beberapa hari. Jika dia boleh menjaganya, dia akan terus menjadi pengasuh Along dan seandainya dia tidak sanggup menjaga Along aku terpaksa akur. Pada hari Sabtu, aku telah membawa Along berjumpa dengan makcik tersebut dan banyak juga hal yang dibincangkan tentang Along. Pada aku, agak sukar juga sebenarnya untuk menjaga Along ni kerana perlu memahami karenah si kecil ini kerana ragamnya lebih inginkan dia didukung dibawa berjalan kesana kemari. Mungkin agak menyusahkan pengasuhnya nanti untuk membuat kerja rumah dan memasak.Tetapi jika ada orang yang dapat mengatasinya sungguh aku kagum. Dalam hati ini berbisik alangkah indahnya kalau dapat pengasuh yang begitu prihatin dan penuh dengan kasih sayang menjaga anakku sepanjang waktu aku bekerja. Aku berharap percubaan pada awal ramadhan nanti akan berhasil dan mampu merubah hidup kami sekeluarga. Amin....


  
  

21 July 2011

ALoNg & MRI ScAn

MRI Scan bertujuan untuk melihat keadaan kepala dan otak yang sebenarnya samada
mengalami kerosakan ataupun tidak.
19.07.2011 ~ Along dimasukkan ke ward 2C Hospital Putrajaya, katil nombor 8.


~ amboi..Along tengah sembang apa tu dgn ayah? ~





~ mood Along yang sangat baik. comel nyer anak ibu ni. ~
Pada pukul 12tgh malam Nurse memasukkan drip di tangan Along. Mengamuk sakan la Along masa kena cucuk tu sebab kacau waktu tidurnya yang tengah nyenyak. Setelah dipujuk2 akhirnya tidur juga anak kecil ni.
~ tengok la tu..tangan Along..cian anak ibu..tahan sikit yer nak ~

~ sampai bengkak2 mata menangis tahan sakit, cian anak ibu..~
Along perlu berpuasa dari pukul 2pagi sehingga lah selesai menjalani ujian MRI Scan di Hospital Serdang. Nurse memasukkan sebotol air ubat untuk Along menahan lapar semasa berpuasa. Tepat jer jam 5.30pagi mulalah Along terjaga dan menangis-nangis meminta susu. Ya Allah sungguh luluh hati ini melihatkan anak kecil kena berpuasa. Sedangkan kita orang dewasa berpuasa faham-faham sajalah kan macam mana, inikan pula si kecil..erm..kesian sangat melihatkan keadaan Along ketika itu. Air mata ini bergenang melihatkan keadaan Along ketika itu. Di dalam hati sentiasa berdoa moga anak ini sabar dan tabah untuk berpuasa sehinggalah selesai semuanya. Nasib baik la ada si ayah yang sanggup melayani karenah si anak. Ayahnya seorang yang penyabar. Aku sangat bersyukur kerana mempunyai suami yang sangat baik hati dan prihatin terhadap keluarganya. Terima kasih abang kerana banyak bersabar melayan dengan karenah Along & ibu.
~ Tangisan si kecil yang merobek hati ~
Puas aku dan abang memujuk Along untuk tidak menangis dan merengek meminta susu. Dari pukul 5.30pagi hinggalah pukul 8.30pagi kami menunggu untuk bergerak ke Hospital Serdang untuk membuat MRI Scan disana kerana ketiadaan perkhidmatan tersebut di Hospital Putrajaya. Korang tau tak kami ke Hospital Serdang dengan apa? Kami ke sana menaiki ambulans..wah sungguh aku teruja tak pernah-pernah hayat naik ambulans..hehe..jakun sekejap.

~ Along yang tengah tidak sedarkan diri selepas diberikan ubat tidur ~
 Sebelum menjalani MRI Scan, Along diberikan ubat untuk tidur supaya dia tidak bergerak-gerak semasa ujian tersebut dijalankan. Nurse telah bersiap sedia dengan ubat tidur yang paling kuat dan gas oksigen jika Along tersedar ketika ujian tersebut dijalankan. Alhamdulillah dengan berkat doaku, Along selamat menjalani ujian tersebut tanpa memerlukan ubat tidur yang kuat itu. Lama juga Along tidak sedarkan diri sehingga kami balik ke Hospital Putrajaya semula. Doktor memberitahu keputusan MRI Scan Along akan dapat diketahui pada temujanji Along dengan bahagian peads nanti pada 6.10.2011. Aku berharap semoga keputusannya dapat menggembirakan hati kami semua nanti. Amin.

18 July 2011

RaWaTaN BuAT Si AnAk CeRebRaL PaLsY

Teknik2 Dosha-Hou


Dohsa-Hou adalah dari perkataan Jepun yang bermaksud pergerakan yang tidak menggunakan alat. (dulu dikenali Motor Action Training)

Kaedah Dohsa-Hou adalah  bertujuan memberi tunjuk ajar supaya badan boleh mengingati cara berusaha yang sesuai dengan keinginan masing2 dan merasai perasaan subjektif (shudou). Kedudukan badan secara paksi.cth; duduk secara tegak tidak membongkok, berjalan tidak senget dll. Perlu latihan berulang.
(Berkomunikasi dengan pelatih dan pendekatan menggunakan psikologi).

Takrifan "dohsa/pergerakan yang tidak bebas" :-
1. Keadaan di mana pergerakan tidak mengikut keinginan.
Keinginan meminum air dalam gelas, bahu, siku dan pergelangan tangan dan sebagainya menjadi tegang sehingga tidak dapat minum air. Walaupun ada keinginan tetapi cara usaha tidak sesuai.

2. Keadaan di mana keinginan tidak jelas.
Mereka yang mengalami kerencatan akal yg serius dan bertindakbalas berlebihan kpd satu ransangan, adakala keinginan pergerakan mereka tidak jelas.

3. Pergerakan bebas.
Pergerakan badan sendiri yang mengikut keinginan sendiri.
dan pergerakan tidak bebas.
Pergerakan badan sendiri yang tidak mengikut keinginan sendiri.

4. Sesiapa pun ada pergerakan badan yang tidak bebas.
Melakukan sesuatu pergerakan yg berlainan drp hari2 biasa, pergerakan itu tidak berjaya seperti yg diingini.
Kekerasan pd bahu dan sakit pinggang menyebabkan lengan tangan tidak dpt diangkat dan bahu tidak dpt ditegakkan dll.
Atau kesakitan pada pergerakan yg tidak dapat dilakukan mengikut keinginan.

Berkenaan dengan "dohsa"
1. "Keinginan" yang sukar untuk disedari. Kita telah biasa berjalan, duduk dan dll.
2. Membiasakan diri dgn pergerakan/dohsa. bagi seseorang untuk mengingati sesuatu pergerakan yang susah.. dia perlu latihan.

* Maklumat ini diperolehi dari laman web http://pdknet.com.my/forum/index

MaKLuMaT TeNtAnG CeReBrAL PaLSy

Cerebral Palsy (Kerencatan Otak)
Cerebral – merujuk kepada otak
Palsy – kurang atau ketidakupayan mengawal pergerakan otak.

Cerebral palsy - Sebahagian besar otak mengalami kerosakan yang mempengaruhi pergerakan badan dan kordinasi otot-otot.

Simptom/tanda-tanda

Perkembangan/pertumbuhan lambat

Hanya menggunakan sebelah tangan

Mengalami masalah penyusuan/makan

Kerap menangis, merengek, meragam tanpa sebab atau terlalu diam dan kurang tindakbalas terhadap ransangan

Mengalami sembelit dan cepat marah

Faktor/punca:

Sebelum lahir;

- berlaku jangkitan pada rahim seperti rubella, cytomegalovirus & toxoplasmosis sehingga menyebabkan kecederaan pada sistem saraf bayi.

- ibu mengalami penyakit seperti darah tinggi, kencing manis & kurang darah semasa mengandung

- si ibu mengalami pendarahan teruk semasa mengandung

- kekurangan bekalan oksigen (anoxia)


- Pendedahan kepada bahan2 toksik (alkohol, rokok & dadah) – merencatkan pertumbuhan organ-organ seperti otak, buah pinggang, jantung dan sebagainya.

- Kekurangan zat makanan seperti makanan seimbang, vitamin & asid folik boleh menjejaskan pertumbuhan janin.

Faktor genetik – masalah terlebih kromosom (Trisomi 13 & Trisomi 18) menyebabkan muka, jantung, otak, kaki & tangan janin mengalami kecacatan.

Semasa lahir;
- kelahiran tidak cukup bulan (premature birth)
- bayi mengalami kecederaan otak semasa lahir
- bayi lemas semasa lahir
- bayi tertelan najis sendiri
- jangkitan kuman semasa lahir
- penyakit kuning (jaundis)

Selepas proses kelahiran;
- Asphyxia – penyakit asma yang menyebabkan oksigen tidak sampai ke otak
- Shaken Baby Syndrome – bayi yang digoncang terlalu kuat semasa menangis
- Keracunan ubat-ubatan – panadol, minyak tanah dsbgnya.
- Tertelan benda asing – guli, duit siling
- berlaku kecederaan otak akibat kemalangan, penderaan @ penganiayaan fizikal.

Jenis-jenis Cerebral Palsy
Dikategorikan kepada 3 jenis

Spastik (otot-otot keras)
-Biasanya berlaku kekejangan pada sebelah kanan badan
-Jika kaki & tangan kanan kejang – hemiplegia”
-Jika kedua-dua belah kaki kejang – “diplegia”
Seluruh badan – “quadriplegia”

Ataxia
-Otot-otot tangan & kaki lembik
-Keadaan pergerakan motor tidak stabil dan bergegar.

Athetoid/Diskinetik
- Pergerakan abnormal yang tidak boleh dikawal.
- Kecederaan pada muka, tangan, badan. Ini akan menyebabkan kesulitan dalam percakapan, cara makan, memegang benda dan pergerakan motor.

Kaedah rawatan/terapi
Terapi fizikal
- Lebih kepada senaman untuk melonggarkan otot-otot seperti regangan (stretching)
- Contoh; kanak2 yang mempunyai kaki yang tidak sama panjang akan menggunakan kasut khas yang bertumit tinggi pada kaki yang lebih pendek.
- Kanak2 yang tidak boleh berjalan – diajar berjalan menggunakan tongkat, kerusi roda, crutches, walkers.

Terapi hidro/air
- Sesuai untuk perkembangan fizikal melalui pergerakan motor halus dan kasar.
- Ransangan air – membolehkan pesakit merasa tenang.
- Aktiviti dalam air dapat memantapkan perkembangan fizikal melalui regangan dan seterusnya melembutkan fungsi-fungsi sendi & meningkatkan daya ketahanan jantung dan otot-otot.

Terapi cara kerja (Occupational Therapy)
- Terapi yang fokus kepada meningkatkan perkembangan motor halus seperti tangan, kaki, muka, jari tangan dan kaki.
- Mengajar kemahiran asas seperti cara berpakaian, cara makan, cara pergi ke tandas dan sebagainya.
- Penggunaan alatan sokongan seperti kerusi roda bagi memudahkan kehidupan mereka.

Terapi pertuturan
- Melatih pergerakan bibir dan lidah
- Terapi ini sesuai untuk kanak-kanak yang mengalami masalah bercakap dan makan.
- Dilatih untuk mengungkapkan kata-kata verbal & non-verbal (bahasa isyarat)

Terapi Integrasi Sensori
- Pendekatan yang digunakan untuk membolehkan kanak-kanak mencapai tahap optimum dari segi pergerakan dan memperbaiki keseimbangan.
- Contoh: sentuhan & urutan pada bahagian badan dengan bantuan alat-alat sokongan seperti “styrofoam chips”, air dan alat permainan.

Terapi ubat-ubatan
- Ubat-ubatan untuk mengurangkan masalah ketegangan.
- Contoh: Diazepam, Baclofen, and Dantrolene
- Suntikan ubat “Botulinum Toxin” – pada bahagian otot-otot yang tegang.

Pembedahan/Surgery
- Pembedahan hanya akan dijalankan sekiranya perlu.
- Contoh: Mereka yang berjalan menggunakan hujung kaki
- Pembedahan orthopedic untuk memanjangkan urat kaki akan dilakukan.
- Ini membantu kanak-kanak tersebut mengatasi masalah berjalan dan kawalan keseimbangan.

Peralatan (special equipment) Penggunaan peralatan yang sesuai untuk kanak-kanak cerebral palsy.
Tujuan: untuk memudahkan mereka menjalankan aktiviti dan menjalani rawatan/pemulihan.
Contoh: kerusi roda & walker

RUMUSAN
Kanak-kanak cerebral palsy tidak boleh sembuh sepenuhnya.
Akan tetapi terdapat pelbagai kaedah rawatan yang boleh membantu mereka memaksimumkan keupayaan dan kekuatan fizikal, dan seterusnya dapat memperbaiki kualiti kehidupan mereka.

Rawatan/terapi yang dilakukan membolehkan mereka mengurus kehidupan seharian sendiri seperti kebolehan menjaga kebersihan diri, pengurusan pakaian, kebolehan bertutur walaupun tidak lancar dan sebagainya.

*Maklumat ini diperolehi dari laman web http://pdknet.com.m/forum/index

15 July 2011

BaTuK YaNg MeMeRiTKaN

    Tepat jam 12tengah malam tadi, Along terjaga dari tidurnya dan merengek-rengek meminta susu. Agaknya haus anak ibu ni sedari aku sejak pukul 7mlm Along tidak minum susu. Terus aku bergegas ke dapur untuk membuat susu untuk anak kesayangan ku ini. Apabila diberikan susu pada Along, sedikit sahaja dia meminumnya dan selebihnya menolak tanda tidak mahu meminumnya lagi dan mulalah dia merengek-rengek dan batuk berkali-kali. Ya Allah, agak perit aku mendengarnya dan apalah sangat daya si anak kecil ini menanggung kesakitan itu. Andai sakit itu dapat diberikan kepada ibu, ibu rela menanggung segala kesakitan mu duhai anak.

   Sedari jam 1pagi, Along masih lagi menangis dan merengek. Batuknya tidak berhenti lagi dan kepalanya agak panas. Aku terus menampalkan cool fever di atas dahinya dengan harapan suhu badannya turun. Ya Allah berat sungguh ujian yang kau berikan kepada anak kecil ku ini. Tanpa disedari air mataku membasahi pipi melihatkan keadaan Along begitu rupa. Puas aku memujuknya untuk tidur. Diberikan puting yang telah dicicahkan madu juga dia tidak mahu menerimanya. Aku dan abang bergili-gilir mendukung Along sambil dia menangis dan merengek mungkin ingin memberitahu bahawa dia tengah sakit kerongkong akibat batuk yang teruk itu. Agak hilang keruan kami berdua dibuatnya. Tanpa berfikir panjang aku dan abang terus memberikan ubat batuk kepada Along. Puas juga aku dan abang memujuk Along supaya tidur dan melihatkan jam di dinding sudah menunjukkan pukul 2pagi Along sudah terlelap bersama puting di mulutnya.Di dalam hati sentiasa berdoa semoga Allah memberikan kesihatan yang baik kepada anak kesayanganku ini.

07 July 2011

AsTrO OaSIS..

    Untuk menaip entry ini sugguh aku teruja melihatkan Along begitu berminat melihat rancangan tv di Astro Oasis. Rancangan kegemarannya adalah zikir-zikir memuji kebesaran Allah s.w.t sebelum berkumandangnya suara azan. Sungguh aku teruja dan kagum melihat reaksi anakku ini. Baik-baik saja keadaannya melihat rancangan itu di kaca tv. Tidak merengek dan menangis meminta untuk didukung. TAPI, bila habis sahaja rancangan itu mulalah Along merengek-rengek minta didukung. Sungguh cerdik anakku ini bukan.

    Alhamdulillah sungguh aku bersyukur melihatkan perkembangan Along sekarang. Di dalam hati ini sentiasa berdoa mudah-mudahan anakku terus-terusan begitu sehingga besar dan mudah-mudahan dengan kalimah-kalimah suci Allah itu dapat menyembuhkan segala penyakit anakku ini. Ada juga terdetik di hati ini alangkah bagusnya jika Along menjadi seorang Ustaz bila besar nanti dan dapat mendoakan ibu dan ayah serta mengimamkan sembahyang jenazah bila kami tiada nanti. Sungguh besar harapan aku pada Along tetapi jika takdir dah menentukan segalanya aku pasrah. Tetapi aku akan cuba sedaya upaya untuk menjadi seorang ibu yang akan mendidik dan menjaga amanah daripada Allah ini. Ibu sayang sangat kat Along dan ibu mahukan segalanya yang terbaik untuk permata hati ibu ini.

06 July 2011

HaK MiLiK KaMi

    Seawal pagi telefon bimbitku sudah berdering. Aku terus mencapai telefon dan terus melihat nombor yang tertera di skrin telefon bimbitku dan siapakah pemanggilnya? Tenyata aku tidak mendapat jawapannya dan tanpa membuang masa aku terus menjawab panggilan tersebut, rupa-rupanya panggilan tersebut adalah dari pihak hospital Putrajaya. Dalam hati terdetik Alhamdlh..tapi apakah yang mereka mahu??...

   Perbualan diteruskan dan pihak hospital memberitahu bahawa Along diperlukan masuk ke wad kanak-kanak 2C, Hospital Putrajaya pada 19.7.2011 jam 2.00ptg. Pada 20.7.2011 pula Along perlu menjalani ujian MRI di Hospital Serdang. Alhamdulillah bersyukur pada mu Ya Allah kerana doaku kau makbulkan. Perasaan suka beserta susah hati memikirkan keadaan Along nanti berada di dalam wad tanpa buaiannya. Adakah anak ibu dapat tidur tanpa teman akrabnya itu..erm..aku berharap segalanya dipermudahkan untuk kami sekeluarga.

05 July 2011

BeRiTa YaNG AmAt SeDiH..

Hari ini merupakan temujanji Along dengan Doktor Pakar Bahagian Pediatrik. Doktor yang merawat along pada hari ini ialah Dr. Chan dan banyak perkara yang dibincangkan tentang perkembangan Along. Setelah Doktor memberikan tempoh selama 6bulan untuk perkembangan Along meniarap, ternyata Along belum mencapai lagi kemahiran tersebut pada usia 8bulan. Doktor Chan telah mengesahkan Along sebagai Cerebral Palsy & Delevopment Delay. Pada saat ini ternyata air mata bergenang di kelopak mataku mendengarkan berita tersebut. Betapa luluhnya hati seorang ibu apabila mendapat berita sedemikian tentang perkembangan anak kesayangannya. Aku akur dengan apa yang diperkatakan oleh doktor dan aku sepatutnya bersyukur kerana Allah masih lagi meminjamkan Along kepada kami. Doktor menerangkan serba sedikit tentang Cerebral Palsy dan penyakit ini tiada ubat untuk menyembuhkannya kecuali TERAPI..TERAPI..& TERAPI..Dengan cara ini sahajalah yang dapat membantu perkembangan Along untuk masa hadapannya. Semoga anak ini tabah menghadapi dugaan yang diberikan oleh Allah s.t.w.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...