Pages

Followers

31 May 2009

WeDDiNg Of ThE YeAr

Tarikh keramat inilah yang menyaksikan bukti segalanya cinta antara aku dan dia yang merupakan insan yang sangat istimewa dihatiku..Pada tarikh ini jugalah aku telah sah menjadi seorang isteri kepada Mohd Shahnezam..
30 Mei 2009 adalah tarikh yang paling bermakna buat diriku dan juga dirinya..Cinta kami mula berputik sewaktu bekerja di satu tempat yang sama di Kementerian Pelajaran Malaysia dan perkenalan selama lebih kurang 2tahun inilah membuktikan segalanya..Alhamdulillah..Bersyukur kepada ilahi kerana memberi kami merasainya saat-saat yang manis seperti insan-insan yang lain..


~ 31 MEI 2009 ~




03 May 2009

KeNaLi KaMi

SALAM PERKENALAN DARI KAMI..
Nama empuya blog ini : Puan Pazidah Bt Paseril
Nama panggilan : Ida
Pekerjaan : Pembantu tadbir di M.O.F
Nama suami : Encik Mohd Shahnezam Bin Ali Hassan
Nama panggilan : Nezam
Pekerjaan : Guru Prasekolah, Bukit Indah Ampang.

Tarikh perkahwinan kami : 31 Mei 2009
Dan hasil daripada perkahwinan kami :

~ seriusnyer muka anak ibu ni..hehe ~
Putera sulung kesayangan kami : Muhammad Mustaqim
Nama timangan : ALONG
Tarikh lahir : 19.10.2010


CoReTan KeHiduPaN

Coretan kehidupan ini dicipta khas untuk anakku yang tersayang Muhammad Mustaqim dengan panggilan manjanya (Along).
Segala kisah-kisah manis dan pahit along ibu coret di blog ini adalah untuk tatapan along bila besar nanti.
Semoga Allah dapat memberikan keistimewaan ini untuk along membacanya di kemudian hari.

Setiap apa yang dicoretkan dalam blog ini adalah sekadar untuk berkongsi cerita, pengalaman, nasihat dan panduan. Coretan tentang kehidupan ini bukanlah untuk meraih simpati daripada sesiapa yang membaca, malah bukan juga untuk menunjuk-nunjuk, menjaja cerita bahawa ibu ini insan yang tengah diuji untuk membesarkan zuriat yang diberikan oleh Allah s.w.t. Segala coretan kehidupan ini tidak memaksa sesiapa untuk memahami apa yang kami alami.

Coretan tentang kehidupan ini jika ada mengguris hati sesiapa yang membacanya, sejuta kemaafaan dipohon dan seandainya sesiapa yang ingin sama-sama berkongsi pengalaman, nasihat, dan panduan hidup sangat-sangatlah dialu-alukan kerana kalian lah yang akan memberikan semangat untuk kami meneruskan kehidupan ini.

02 May 2009

SeKaPuR SiReH SeCaNgKiR MaDu

Assalamualaikum..
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi kerana aku masih lagi diberi kesempatan untuk menikmati kehidupan yang begitu indah dan masih lagi berada di samping orang-orang yang tersayang. Alhamdulillah juga kerana aku dapat mencipta blog sendiri untuk aku mengarang segala coretan suka dan duka dalam kehidupan ini.
Kepada semua pembaca blog ini,
Ribuan terima kasih diucapkan kerana kalian sudi singgah membaca bait-bait kata,coretan-coretan dan
celoteh-celoteh yang hanya menjadi halwa telinga. Kalau terbaca ayat-ayat yang tak sedap di dengar, masuk telinga kanan keluar telinga kiri je la ek..
Jutaan terima kasih juga di ucapkan kepada insan-insan yang sudi menjadi follower kepada empunya blog ini.
Semoga persahabatan yang dijalinkan ini akan berkekalan hingga akhir hayat dan mendapat keberkatan dari yang maha esa. Amin..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...