Pages

Followers

13 December 2011

BoRaNg iTu....


Setelah sekian lama ibu simpan BORANG itu...

Borang apa??????

Hurmmm...dengan menarik nafas panjang bila mengenangkan borang itu dan Diagnosisnya..

Borang yang doktor telah sahkan bahawa anak ibu Cerebral Palsy & Delevopment Delay..

Borang yang perlu dihantar ke Jabatan Kebajikan Masyarakat..

Borang untuk mendaftar Along sebagai O.K.U..

Setelah ibu simpan borang itu selama 5 bulan..

Hati ibu tidak dapat menerima hakikat yang anak ibu adalah O.K.U

Amat sukar hati ibu untuk menerimanya sayang.

Bagaikan duri menikam jiwa..

Tapi apakan daya kuasa ibu tidak dapat melawan takdirnya...ibu pasrah..ibu redha...

Dan semalam ibu gagahkan juga langkah kaki ini untuk menghantar borang itu ke 
Jabatan Kebajikan Masyarakat..

Setelah difikirkan sampai bila ibu harus menipu diri sendiri.

Menidakkan perkara yang benar..

Ibu harus menerima hakikat hidup yang sebenarnya..

Kad itu juga amat diperlukan oleh anak ibu untuk mendapatkan bantuan yang sepatutnya.

Semoga dengan adanya kad itu nanti dapat memudahkan perjalanan hidup anak ibu...amin..


~ Borang Itu ~

~ dalam tempoh sebulan kad OKU itu dijamin siap ~













3 comments:

  1. sabar ye dear, aku tau ko seorg ibu yg sgt kuat semangat...

    kami semua sayangkan along...

    ReplyDelete
  2. thanks a lot yer kak sebab mengambil berat & memahami..cyg akak..muah2.

    ReplyDelete
  3. sabar yerk kak idaH...kak idah mesti kuat utk hadapinya...insyallah..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...