Pages

Followers

24 July 2012

28 Tahun Sudah...

Alhamdulillah..
Terima kasih Ya Allah kerana engkau masih beri kesempatan kepadaku untuk menghirup udara segar di muka bumi ini..
Sungguh hebat kuasa mu Ya Allah kerana menyatukan benih ibu dan bapa ku..
Dengan kuasa mu juga lahirlah aku kedunia..
Tak terucap dengan kata-kata di atas kejadian semua ni..
Subhanallah...aku syukur pada mu Ya Allah..
Terima kasih mak yang telah bertarung nyawa untuk melahirkan ku..
Teringat kesakitan yang aku rasa suatu ketika dahulu untuk melahirkan zuriatku..
Begitulah juga mak merasainya 28tahun dahulu..
Sesungguhnya banyak pengorbanan mak buat aku..
Terima kasih mak..untuk segalanya..
Moga hidup mak diberkati Allah s.w.t.

Ya Allah Ya Tuhanku...
Di hari bahagiaku ini..
Ku menadah tangan dengan rasa rendah dirinya..
Memohon dilanjutkan usia agar dapat ku menjaga anak istimewa yang kau pinjamkan untuk ku ini..
Kau murahkanlah rezeki untuk ku agar dapat ku menggunakannya pada jalan yang kau redhai..
Kau berikanlah kesihatan yang baik agar dapat ku uruskan zuriat ini sehingga akhir hayatnya..
Kau berkatilah hidup ku..
Kau kuatkanlah semangatku..
Kau kuatkanlah kasih sayang antara kami..
Amin...amin...Ya Rabbalalamin..

23 July 2012

Corner Chair For Taqim

Alhamdulillah..
Hasil berkat keuntungan ibu jual kuih selama ini..
Ibu belikan Taqim Corner Chair..
Semalam ibu berjumpa Kak Azlina The Helping Hand..
Yang mana sebelum ini ibu tak menempah corner chair terlebih dahulu..
Corner chair ini ibu beli yang The Helping Hand punya.
Terima kasih byk2 k.Azlina sebab sudi jualkan corner chair yang The Helping Hand punya..
Ibu sangat terharu kerana mampu memiliki corner chair ini untuk anak kesayangan ibu..
Harapnya selepas ini siku anak ibu tak lagi lebam dek penangan teacher mengikat Taqim pada kerusi plastik.
Hati ibu mana yang tak gundah melihat keadaan anaknya sedemikian..
Dan mudah-mudahan anak ibu selesa dengan corner chair yang ibu belikan ini..
Corner chair ini ibu letak dekat taska
Supaya Taqim boleh duduk dengan selesa...meterial kerusi ni pulak lembut dan bentuknya pula sesuai dan dapat menyokong badan ketika duduk..tombol di celah kangkang tu pulak untuk menahan badan supaya tidak terkeluar dari kerusi..

~ ni la K.Azlina yang baik hati dan sudi menjualkan corner chair kepada kami ~

~ amboi...sukenyer anak ibu ni...dpt corner chair baru yer syg...~
Harga Corner Chair ni RM135..
Harga istimewa selepas melepasi beberapa syarat..


~ Testing-testing...yg ni pun ok jugak kan ibu? ~
Ini pula CP Chair..kerusi dan meja sekali...kalau letak toys lagi bagus..tak la bosan bila si kecil duduk di sini..
Semasa ambil Corner chair pagi semalam, sempat lagi ibu testingkan Taqim duduk di atas CP Chair ni...harganya pun boleh tahan...lebih kurang RM450-RM600...
Ada niat di dalam hati ibu untuk melihat Taqim duduk sebegini di rumah..
Kalau ada rezeki lebih, nanti ibu belikan yang ini pula yer sayang..
Tapi Taqim kena janji dengan ibu tau,
Tak mo nangis-nangis kejangkan kaki lagi ok..
Nanti sia-sia jer ibu belikan CP Chair ni..

19 June 2012

Mustaqim Oh Mustaqim..

Pada hujung minggu yang lepas...
Ibu sibuk memasak di dapur..
Si ayah pula sibuk dengan tidurnya..
Al-maklumlah malam tu tengok bola sampai ke pagi..
Akhirnya ayah tewas dan terpaksa mengqada' kan tidurnya di siang hari...

Ibu biarkan Taqim baring di depan tv..
Dan ibu sibuk memasak untuk menyiapkan sarapan pagi..


Punyalah ibu sibuk di dapur..
Diam jer dia kat depan tv tu..
Selalunya dia merengek minta di angkat..
Tapi lain pula pagi tu...
Sekali ibu rasa tak sedap hati kenapa anak ibu diam jer...
Sekali ibu toleh dari dapur...



Tu dia.....


Bergegas ibu berlari dari dapur
Terkejut tengok aksi sedemikian rupa..
Ya Allah...
Di dalam hati kecil ni berkata mungkin Taqim nak ke dapur tolong ibu..
Beginilah caranya..
Andai dia boleh berjalan seperti anak2 tipikal yang lain..
Mungkin Taqim sudah berada di dapur bersama-sama dengan ibu
Sama-sama sibuk buka almari..
Ambil senduk..ambil periuk..lepas tu ketuk-ketuk..
Alangkah indahnya jika itu semua berlaku di depan mataku..he3..
Tak per Taqim...
Ibu tahu setakat mana kemampuan anak ibu..
Moga anak ibu semakin sihat dan kuat yer sayang..

Nama Along Sudah Bertukar!!!!!

Pejam celik sekejap jer masa berlalu..
Dah 3bulan Along di hantar ke Taska
Satu jangkamasa yang amat kami kagumi dengan Along
Kerana pada mulanya kami khuatiri dengan keadaannya di situ
Alhamdulillah, syukur padamu Ya Allah kerana memberikan kami peluang merasai semua ini
Semenjak Along di hantar ke Taska itu, banyak perubahan yang berlaku pada dirinya
Tidak lagi seperti dulu yang tinggal bersama dengan neneknya
Al-maklumlah kan kalu dengan nenek dia manja sangat..
Bila sekarang tinggal dengan cikgunya
Along tidak lagi boleh manja dan tidak boleh curi tulang..
Banyak latihan yang cikgu ajar, semua kena buat..
Setiap hujung minggu pun cikgu bagi latihan suruh ibu ajar Along kat rumah...

Dan...

Kini
Along lebih peka namanya dipanggil dengan nama Mustaqim..
Kerana di taska cikgunya memang memanggilnya dengan nama itu..
Kawan-kawannya juga memanggilnya Mustaqim..
Dulunya namanya ditukar kerana dari kecil asyik menangis sahaja..
Selepas tukar nama panggilan pun nangis juga..he3..entah kenapala anak ibu asyik nangis...
Dan kini ibu dan ayah terpaksa menukar semula dengan panggilan nama:

*** MUSTAQIM ***

atau 

panggilan manjanya..

***TAQIM***

Sesungguhnya nama itu memberika makna yang sangat baik iaitu titian sirotulmustaqim..jalan yang lurus...
Tiap-tiap hari semua orang akan menyebutnya di dalam sembahyang.
Sememangnya nama yang sangat bersesuaian dengan orangnya..
Dan mudah-mudahan anak ibu akan mendoakan ibu dan ayah agar dapat bersama-sama di syurga nanti..

18 June 2012

Burger Bakar Kaw Kaw, Ampang


Selamat Hari Bapa
Buat semua yang bergelar bapa..
Untuk suamiku...untuk abah ku..dan juga untuk bapa mertuaku..
Semoga kalian menjadi insan yang sangat bermakna dalam hidup ini..

Sempena Hari Bapa..
Turn ibu kena belanja ayah makan..aduyaiiii...he3..
Hari ibu dulu ayah belanja makan KFC..
Puas dah fikir nak belanja ayah Taqim makan apa..
Terlintas di fikiran nak makan burger pelik..
Ada masuk dalam tv hari tu..
Tapi tak tahu kat mana kedainya..
Lastly, bagitahu encik suami..nasib baik dia tahu.
Dan dia bawa kami ke Ampang..
Encik suami kata kat situ memang burger dia sangat glamour..
Burger Bakar Kaw Kaw..
Dalam 6.30petang  gak la kami sampai di situ..
Nasib baik ada dalam 5orang beratur nak oder burger


Kata encik suami, kalu lagi malam lagi ramai orang beratur dan lagi panjang..
Selepas dok bincang2 nak oder burger apa..
Inilah hasilnya:

~ Yang kiri ni harganya RM12.50...yang sebelah kanan tu RM7.50 ~
Burger yang kiri ni memang sedap...nampak tak cheese yang dok meleleh tu?uhai..tak tertahan ku melihatnya apatah lagi bila memakannya...daging yang lembut..memang terbaekkk!!!
Taqim lak ibu suapkan cheese jer..kesian lak asyik dok tengok ibu dengan ayah makan..

~ punyalah susah nak makan burger ni..kena nganga luas-luas..ha3~

Air warna hijo tu jus epal hijau + asam boiii...gelas besooo ghegenyer Rm6
Fuyoooo..semua mahal-mahal kan..tapi tak per la sekali sekala nak gak try rasa benda berbeza kan..
Ni alamat tempat Burger Kaw Kaw cawangan Ampang:

Dagang Avenue Food Court
Jalan Dagang, B/3A, Taman Dagang
68000 Ampang.

Dekat dengan Balai Polis Ampang, pastu cari kawasan foodcourt.

31 May 2012

Happy Anniversary ke-3!!!

Sejak kebelakangan ni ibu sibuk sangat dengan kerja..
Al-maklumlah dok admin ni sibuk nak jaga nama kementerian..
Sekarang sibuk dengan SSR..
Apa tu SSR?...Sistem Star Rating....
Nak kena capai target 5 bintang tu..
Lepas ni 5S pulak..
Uhaiiiii...tersangatla pening kepala bila memikirkan semua itu...

Tapi...
Tarikh anniversary
Tetap ibu tidak akan melupakannya...
31.5.2009
Masih segar lagi dalam ingatan..
Majlis yang menyatukan ibu dan ayah..
Majlis yang menyaksikan segalanya..
Dan..
Hari ni merupakan hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke-3
Sekejap jer rasanya bertambah usia perkahwinan..
Diharapkan semoga ikatan cinta ibu dan ayah kekal selamanya hingga akhir hayat.
Semoga ibu dan ayah dapat membesarkan Mustaqim dengan penuh kasih sayang..
Semoga kami dapat mengharungi liku-liku kehidupan dengan penuh sabar dan tabah..

Hari ni ibu dan ayah makan di luar sempena mengingati hari ulangtahun perkahwinan kami..




~Makan-makan di  Restoran Anje, Bangi..Nasi Beriyani Gam Johor~
~sedap...dan ghegenyer pun sedap...he3..~
Makan 2 orang RM18....memang puas hati...

Hah!!!!


Along di mana?


hehehe...
Along kat taska la...
Hari ni kena la tinggal kejap
Bagi change kat ibu dan ayah nak beromantika kan..
Cayang anak ibu...

04 May 2012

Car Seat Along

Sebelum ini ibu dan ayah ada membelikan carseat untuk Along
Untuk digunakan berulang alik dari putrajaya ke rumah nenek di Ampang
Tapi malangnya bila di dudukkan Along dalam carseat itu
Menangis, mengamuk sakan si awang tecik tu
Dan yang paling ibu tak boleh tengok dia keraskan badan dan kaki
Menahan nafas sehingga menangis muntah2..
Teruk bukan keadaan Along mcam tu?
Banyak kali dah mencuba tetapi semuanya sama sahaja..
Hati ibu mana yang sanggup tengok keadaan anak mcm tu kan?
Dan sudahnya carseat itu hanya di simpan di dalam stor
Sedih pulak hati si ayah sebab anak dia tak nak duduk dalam carseat yang dia belikan.hu3.


Sejak Along di hantar ke Taska,
Teacher Sarah ada memberitahu ibu
Yang dia ada melatih Along duduk di atas kerusi dan di ikat badan Along pada kerusi tersebut
Dalam setegah jam juga Along dapat bertahan
Bila mendengarkan hal tersebut
Si ayah berkobar-kobar untuk mencuba di rumah
Dan terus si ayah mengeluarkan carseat yang telah berbulan2 lamanya tersimpan di dalam stor
Dan terus mencubanya pada Along

Dan!!!
Inilah hasilnya!!
Suka sangat ibu dan ayah tengok perkembangan terbaru Along
Hanya sekali-sekala sahaja keraskan kaki
Tidak lagi seperti dulu
Alhamdulillah syukur sangat tengok perubahan ini pada anak ibu.

~ Carseat yang di beli di Carrefour Putrajaya. Harganya RM150, jenama Pliko ~
Amboi.....dah macam big boss daaaaa anak ibu ni...(syhhhh....Along tengah tengok tv tu!!!)he3.

Bila tengok rancangan tv tertentu sahaja yang dia boleh duduk diam macam ni tau...
kalu dia tengok zikir-zikir di astro Oasis lagi la tak berkelip mata tu...
nak jadi ustaz la katakan anak ibu ni bila besar nanti..amin..
mudah2an masin mulut ibu ni kan sayang...

Moga Along selesa duduk dalam carseat yang ayah belikan ni tau..
Lepas ni ibu tak mahu tengok Along baring jer kat bawah lagi ok!!!

03 May 2012

Restoran Haji Sharin Low

Semalam selepas ambil Along di Taska,
Ibu dan ayah bawa Kakak Malina iaitu sepupu Along..
Sebelum ni lupa nak bercerita tentang dia
Dah 4bulan Kakak Malina duduk dengan kita
Dia kerja dekat Taska Alif Ceria di Putrajaya
Sementara menunggu keputusan SPM keluar
Dia mengumpul duit untuk membeli Laptop
Dan akhirnya dia berjaya memiliki Laptop hasil usaha titik peluh sendiri.
Kakak Malina dah berhenti kerja pada hujung bulan 4 ari tu
Disebabkan Kakak Malina ingin melanjutkan pelajaran di Kolej Matrikulasi Gambang pada 28hb5
Ibu dan ayah mengambil kesempatan ini untuk belanja Kakak Malina makan
Restoran yang menjadi pilihan hati ialah:

~ Buku Menu ~

Sebelum ni ibu hanya dengar kawan-kawan di opis dok cerita pasal restoran ni...Saja la nak cuba pulak rasa macam mana kan? Restoran ni dekat Sungai Merab. Berdekatan dengan Putrajaya.

~ Antara Menu Pilihan ~

Pilih menu yang paling murah..nasi goreng jer tau!!!he3
Masakan Cina Muslim..
Sekali sekala kena juga kan rasa masakan lain, tak gitu kawan-kawan?

~ Along dan Kakak Malina ~

Sedap jugak la makanan kat sini..
Kalau tak sedap mau ku membebel 44 hari..hahaha..

~ Big boss yang kuat makan ~

~ Resit yang perlu dibayar sebelum keluar restoran ~

Nasib baik mood awang tecik masa tu baik-baik saja..
Disebabkan masa ibu ambil Along kat Taska dia tengah tidur.
Selalunya lepas Maghrib saja terus mengamuk nak tidur.
Semalam lain pula situasinya.
Perancangan kami semalam dipermudahkan.




02 May 2012

Tangan Bengkak

Hari Ahad yang lepas ibu bawa Along g berubat dengan k.raw lagi..
Kali ini anak ibu dibungkus dah jadi macam transformer dah...hahah..
sian anak ibu kan..
jom tengok balutan terbaru Along..
Kali ini bandage ditambah di siku..
kata k.raw untuk mengelakkan tangan daripada selalu membengkok mcm baby.

~ budak bucuk yang suka cembeng ~

~ anak ibu dah nak sama tinggi dgn ibu...he3 ~

Lepas balik dari rumah k.raw, Along merengek jer..tak selesa la tu badannya dibalut sedemikian rupa..
Dan kali ini pun selepas 6jam baru dibuka balutannya..
Dan hasil yang sangat ibu terkejut...
Jari jemari Along bengkak..
Susah hati ibu tengok keadaan macam tu dan ibu terus sapukan minyak dan urut2 sikit supaya bengkaknya reda..lama juga bengkak tu nak surut...keesokan paginya baru ok tangan anak ibu ni.
~ jari jemari gomuk2...~
sian anak ibu...





25 April 2012

Hati Orang Sape Yang Tahu...

Susah sebenarnya nak meramal hati seseorang bukan??
Tambahan pula jika seseorang itu baru kita kenali..
Kadang-kadang baru jer kenal seseorang itu.
Kita dah cepat mesra.
Tapi tak semua orang mcm tu kan?

Semalam ibu dan ayah ambil cuti untuk bawa Along ke Hospital, Putrajaya
Ada temujanji dengan bahagian mata..
Dan Alhamdulillah keputusan yang membuatkan hati ibu berbunga riang..
Mata Along yang dulunya di sahkan juling,
Kini sudah kembali normal..
Doktor pun pelik melihat situasi itu..
Semua ini keajaiban yang datangnya dari Allah s.w.t..
2,3 orang doktor pakar juga yang membuat pemeriksaan untuk mendapatkan kepastian..
Cuma power masih tetap sama seperti sebelumnya
Power mata Along 300..
Tahun depan jika power itu masih tidak berkurang juga, Along perlu memakai cermin mata..
Harapan dan doa ibu moga ada keajaiban lagi untuk Along nanti..

Sewaktu menunggu giliran untuk berjumpa dengan doktor pakar bahagian mata,
Kami duduk bersebelahan dengan seorang makcik yang sama-sama menunggu giliran.
Sungguh ramah makcik tu macam2 bertanyakan pasal Along..
Makcik tu juga sering bercerita tentang cucunya yang sebaya Along..
Bila ibu memberitahu makcik itu yang Along adalah O.K.U..
Sungguh makcik tu terkejut...katanya muka Along seperti anak-anak tipikal..
Ya...memang benar..ramai yang akan perkatakan sedemikian..
Agak lama kami berbual..
Selepas Along bertemu doktor, makcik tu masih di kerusinya lagi..
Ibu menghampiri makcik tersebut untuk memberitahu ingin pulang dahulu..
Dan tanpa di duga, makcik tersebut memberikan duit di dalam genggaman tangan Along..
Ya Allah...sungguh baik hati makcik itu..
Memandangkan Along tidak pandai menggenggam barang lagi..
Duit di tangannya seakan-akan nak terjatuh..
Sempat pula ibu sambar..
Sekeping wang kertas yang tertulis RM100..
Nilai yang sangat banyak jika dibandingkan dengan pertemuan yang begitu singkat..
Dan tiba-tiba air mata bergenang di kelopak mata ini..
Ya Allah...makcik!!!kenapa susah2 bagi duit ni?
Kata makcik tu : tak per...ambik la buat beli barang2 keperluan untuk Mustaqim..
Sungguh sayu hati ibu ketika itu
Hati orang siapa yang tahu kan?
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat makcik tu..
Moga Allah melimpahkan lagi rezeki buat makcik sekeluarga..
Inilah namanya rezeki anak istimewa sentiasa ada di mana-mana..
Tapi jangan sesiapa pula fikir bukan kami ibu-ibu yang memiliki anak istimewa ini suka meraih simpati..
Rezeki itu datangnya dari Allah s.w.t.
Selepas bersalam dengan makcik itu kami pulang ke rumah..

Pada petangnya pula ibu dan ayah bawa Along ke Klinik Kesihatan Presint 3, Putrajaya..
Untuk mendapatkan suntikan imunisasi bagi umur setahun setengah..
Menangis jugakla si awang kenit tu bila pahanya di cucuk...tapi sekejap jer selepas ibu berjaya memujuk..






19 April 2012

Rezeki Datang Tanpa Diundang...

Alhamdulillah...
Semenjak Along lahir ke dunia ni
Rezeki kami sekeluarga sangat murah
Rezeki yang datangnya dari Allah
Rezeki yang tidak pernah kami jangka
Rezeki untuk anak istimewaku
Yang aku menumpang di atas rezeki itu
Sungguh murah rezeki mu wahai sayang..

Sejak Along di hantar ke Taska
Ibu nekad untuk memulakan bisness jual kuih secara kecil-kecilan
Moga Allah melimpahkan lagi rezeki kita yer sayang
Sasaran ibu hanya satu untuk membawa Along buat rawatan HBOT (Terapi Oksigen) yang kos rawatannya menelan belanja sebanyak RM8000... 
Moga niat ibu ini dimakbulkan Allah..
Tiap-tiap malam lepas Along tidur
Ibu akan buat kuih minta ayah bawa ke sekolah letak di kantin
Ibu buat kuih apam mekar...cheesetart..muffin cup...
Satu hari satu jenis kuih jer ibu buat
Sebab ibu tak sempat nak buat semua tu kerana hari semakin malam
Walaupun tak banyak ibu buat tapi cukuplah untuk diletakkan sebagai jualan..
Alhamdulillah...semuanya rezeki dari Allah..


17 April 2012

Si Hitam Yang Menawan

Lupa nak kongsi cerita pasal ni...
Hari ni baru teringat..
Jom tengok apa dia kat bawah ni...


korang nampak tak?
mesti korang kata
Alaaaaaaaa
buntut keter la...
Erm...
jom...
jom kita tengok dengan lebih jelas lagi...

Taraaaaa....
dah nampak kan apa dia..
botol besar yang ada kat dalam bonet tu..
untuk isi gas..N.G.V.
bonet pun dah tinggal cenoit..
lepas ni kena beringatla..
bonet yg dulunya besar kini dah tinggal besar bonet kancil..
no more shoping!!!!kata encik suami..ha3..
Encik suami pasang ni yang jenis semi fibre...kurang berat sikit jika dibandingkan dengan jenis besi..kalau pasang yang betol-betol fibre lagi la ringan tapi ongkosnya la pulak ku tak mampu..hu3.
sangat jimat pakai gas jika dibandingkan guna minyak..patutla semua teksi guna N.G.V..
Semua ini kami lakukan untuk kemudahan dan kepentingan Along..
Tiap-tiap minggu nak bawa Along p Gedangsa berubat dengan kak Raw..
Nak berulang alik hari2 antar dan ambik Along di taska..
Jimat memang berbaloi..
Sayang sangat kat Si Hitam ni yang banyak berjasa..
Kau la jantung hati kami..
Semoga Allah memudahkan lagi urusan kami sekeluarga lepas ni...amin..



16 April 2012

2 Minggu Sudah....

Wah!!!
Tahniah Sayang!!!!
Sudah 2 minggu ker?
Suspen jer kan bila sebut angka 2 itu...
Hehehe...
Bukan mengenai diriku...
Ini berkaitan dengan Along..
2minggu sudah Along bersekolah di Taska Sarah Vira, Di Bandar Kinrara. Puchong..
Alhamdulillah..
Nampak ada perubahan pada diri anak kesayangan ku ini..
Dulu tido menggunakan buai elektrik..
Dan bertemankan en.puting dan madunya..
Tanpa kesemua itu maka tak tidurlah awang kenit tu..
Akan mengamuk sakan tak hingat dunia...
Tapi kini sejak bersekolah di Taska itu..
Semuanya itu hanya tinggal kenangan..
Kini Along mula pandai menyesuaikan diri di tempat baru itu,
Along dah pandai tidur meniarap..
Tidak lagi menghisap en.putingnya di siang hari..
Alhamdulillah..
Bukan senang sebenarnya nak melatih anak kecil ini berbuat sedemikian
Kerana tabiatnya yang sebelum ini telah sebati dengan dirinya selama lebih 1tahun
TAPI
Ibu tetap gagal !!!!!
Gagal untuk mendisiplinkan
Anak ibu
Tiap2 malam ibu terpaksa juga untuk memberikan en.puting dan madu..
kerana amukan Along yang bisa merobek hati ibu..
Teacher Sarah sangat mengambil berat pasal Along..
Selalu tanya ibu..
Kat umah U ada bagi dia puting dgn madu ker?
Ibu terpaksa menidakkan..
Huhuhuhu...ibu terpaksa sayang..tak mampu tengok anak ibu menangis di tengah2 malam..
Kalau teacher Sarah tau..mampos ibu kena bebel dgn dia nanti..uwauwauwa..
Teacher Sarah selalu pesan pada ibu..
Kita jangan ikut apa yg anak kita suka...
Kita sebagai ibu kena mencorakkan hidup dia..

~ nyenyaknyer anak ibu tidur~
ini gaya tidur terbaru



15 April 2012

Mandi Penutup

Malam sabtu ibu dan ayah bawa Along lagi mengharungi pekat malam ke rumah k.raw
Untuk apa?
Untuk mandikan Along dengan air masjid sebagai penutup segala mandi di rumah k.raw..
Sebelum ni Along mandi dengan air tanah dan daun sireh..
Kali ini hanya mandi dengan air masjid sahaja.
Alhamdulillah..selesai sudah bab mandi..
Selesai mandi Along tunggu untuk buat rawatan terapi minda..
Kepala je di balut dengan bandage..
Pada keesokan paginya pula,
Badan Along di balut dengan bandage dan teknik tangga dilakukan oleh k.raw..
teknik ini bertujuan untuk menguatkan tulang pinggang Along
dan membolehkannya dia duduk dengan tegak suatu hari nanti..
sebelum ni kaki Along dirapatkan..dan kali ini kaki Along dijarakkan supaya tidak bersilang..

~ Inilah rupanya kaki awang kenit tu ~

~ 6 jam baru boleh buka balutan ~

13 April 2012

Kami Merubah Hidup...

Alhamdulillah...
Alhamdulillah...
Dan Alhamdulillah...
Mulut dan hati ini tak henti2 mengucapkan syukur padaMu Ya Allah...
Kerana engkau sangat mengasihi kami..
Kau tak pernah membebani hidup kami..
Dan kami tetap akan berusaha dan berdoa..

Kini Kau beri kepada kami pelangi yang sangat indah...
Pelangi yang mewarnai hidup kami..
Harapnya pelangi itu akan kekal di dalam hati kami untuk selamanya..
Dulu hidup kami bergantung harap pada mak untuk menjaga Along sepanjang kami bekerja..
Dan ini bukanlah cara yang terbaik untuk kami..
Sehinggalah kami berusaha dan terus berusaha dan menemui jalan yang ini..
Kami kembali menetap di kuarters di Putrajaya..
Rumah yang dulunya suram..kini kembali meriah dengan penghuni sebenarnya..
Rutin harian setiap hari kami bermula seawal 5.00pagi..
Ibu dan ayah bangun menyiapkan diri untuk pergi mencari rezeki..
5.30pagi pula ibu akan mengejutkan Along untuk bangun mandi dan bersiap untuk ke Taska.
Dan pukul 6.00pagi kami perlu bergegas keluar untuk menghantar Along ke Taska di Bandar Kinrara, Puchong yang perjalanannya yang akan mengambil masa 30minit..
Selepas menghantar Along..ibu dan ayah pula bergegas keluar untuk ke ERL Bandar Tasik Selatan...ayah akan menghantar ibu ke situ dan seterusnya ayah akan ke sekolah di Bukit Indah, Ampang.
Di waktu petang pula..
Ayah akan mengambil ibu di pejabat tepat pukul 5.00ptg
Dan terus bergegas mengambil Along di Taska..
Perjalanan pergi dan balik dari Putrajaya ke Taska mengambil masa 1jam..
Sampainya di rumah kira-kira pukul 6.30ptg..
Beginilah rutin harian hidup kami sekeluarga..
Moga jalan hidup kami lebih dipermudahkan lagi
Jika permohonan en.suami untuk bertukar mengajar di Putrajaya diluluskan..
Moga ada pihak yang prihatin dengan keadaan Along..
Bagi memudahkan kami untuk menguruskan anak istimewa ini..

02 April 2012

First Day Along Ke School...

Hari ini ibu dan ayah ambil cuti..
Sebab exited sangat nak hantar anak bujangnyer ke Taska dan juga sebagai langkah bersedia jika teacher
di situ tak dapat mengawal perangai Along..
Seawal pagi lagi tepat jam 6.00pagi kami memulakan perjalanan untuk menghantar Along ke Taska..
Sepanjang perjalanan ibu dan ayah berpesan pada Along
Supaya duduk di sekolah elok-elok...
Jangan nakal-nakal...jangan ngamuk-ngamuk..kena dengar cakap teacher..
Ibu dan ayah kena pergi kerja cari duit..
Untuk bayar yuran sekolah Along..
Nanti petang ibu dan ayah ambil Along yer..
Seakan mengerti si anak kecil ini apa yang ibu dan ayahnya perkatakan..
Sungguh berat hati ibu buat pertama kalinya Along berada di bawah jagaan orang lain..
Setiap detik memikirkan bagaimanala keadaan anak aku di tempat baru..
Apa yang dibuatnya?...apa yang dimakannya?...apa yang dibelajarnya?..tidur ke tidak?..
Mesti menangis kuat anak ibu ni..
Ishhhh!!!!macam2 la yang ibu fikirkan tentang anak ibu berada di tempat baru..
Sapa tak risaukan anak kan????betol tak???
Kita sebagai ibu nakkan yang terbaik untuk anak kita kan..
Di sebelah petangnya ibu dan ayah mengambil Along di Taska..
Banyak cerita yang dibualkan dengan teacher Along..
Kata teacher, Along ok sahaja..
(dalam hatiku berkata: sajala tu teacher tu cakap macam tu supaya aku tak susah hati..he3)
Moga Along selesa di tempat baru...

04 March 2012

Cheese Tart...

Entah kenapa mood ibu baik sangat hari Ahad ni..
Nak masak itu ini untuk ayah..
Dah kena sawan masak gamaknyer..
Saja la tu nak menunjuk terror kat suami...
Nak menunjuk-nunjuk kat kengkawan semua..
Ado aku kesah ker? mesti kengkawan aku ckp mcm tu kan dlm hati dorang!!! muahaha..
Lantok lah..nak tulis gak kat sini..hehe..

Dah lama sebenarnya ibu nak try buat Cheese Tart..
Tengok punya tengok kat internet tu sampai nak naik juling biji matooo ni ha Along..
Lastly dapat gak ibu buat dengan menggunakan resepi ini, Terima kasih banyak2 tuan empunya BLOGGER kerana sudi kongsi resepi..sangat menjadi dan sedap..si somiku pulak suruh jual..muahaha..


Tart Crust / Shell .
Bahan-bahan :

·                     170 gm marjerin/mentega
·                     50 gm gula aising
·                     1 biji telur Gred C
·                     290 gm tepung gandum
·                     1 sudu kecil esen vanilla

Cara membuatnya :

1.      Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.
2.      Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
3.      Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut.Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
4.      Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
5.      Bakar pada suhu 170oC sehingga masak.
Nota :
Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.

Cream Cheese Filling
Bahan :

·                     250gm cream cheese
·                     50gm gula kastor / gula halus
·                     1 biji telur Saiz B
·                     ½ sudu teh esen vanilla / esen lemon - Mas letak esen vanila

Cara membuatnya :

1.      Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
2.      Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
3.      Masukkan filling ke dalam kulit tat.
4.      Tuang cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170c. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.

Alhamdulillah..jadi gak akhirnya...
Jom layan gambar-gambar di bawah ini..
Kalau nak oder pun boleh..hehe..

~ ibu tengah dok melukis atas cheese tart ~

~ siap sedia untuk di bakar ~


~ taraaaaa....dah siap ~
hot from oven..

Along nak tahu tak...
Ibu ni memang suka memasak..
Ibu ada impian tau sayang..
Kalu boleh ibu nak buat bisness..
Bisness jual kuih-muih..
Harapnya Allah makbulkan impian ibu..
Semua ini ibu nak lakukan untuk Along dan untuk menambah pendapatan keluarga..
Semoga apa yang ibu hajatkan ini terlaksana suatu hari nanti hendaknya..




Home Sweet Home

Hari Ahad yang indah buat ibu..
Dapat berada di rumah kita di Putrajaya..
Sudah 2minggu kita tak balik jengok rumah kita kan Along..
Hari ni ibu masak special untuk ayah..
Al-maklumlah hari-hari ayah Along makan masakan nenek kan..
Bila la masanya ibu nak tunjuk terror kan..huhu..
Jom tengok menu apa yang special sangat ibu masak untuk ayah Along..

~ Siakap 3 rasa ~
~ Telur Bungkus ~
~ Sawi Goreng ~

Sesekali masak sedap untuk si suami yang tersayang apa salahnyer kan..
Cara nilah nak pikat hati suami kan..tak gituuu...
Terima kasih gak kat encik abang yang sudi tolong membeli barang2 untuk dimasak..
Moga kasih sayang antara kami berkekalan hendaknya hingga akhir hayat..amin..

03 March 2012

Taska Untuk Along

Selepas balik dari balut2 dari rumah k.raw..
Ibu bawa Along ke Bandar Kinrara, Puchong..
Untuk sesi temuduga dengan principal Taska tersebut..
Lebih kurang pukul 5.30 petang kita tiba di Taska SARAH VIRA..
Principal taska tersebut seorang perempuan berbangsa India..
Berpengalaman dalam bidang fisioterapi..
Ibu mengetahui tentang Taska ini melalui supermum dalam group ibu bernama kak Rafidah Rafizah Ahmad..
Terima kasih banyak-banyak kak..
Sebelum ini memang ibu mencari taska yang berdekatan dengan Putrajaya..
Alhamdulillah, dengan info yang diberikan dapat membantu ibu menyelesaikan masalah
yang sekian lama ibu fikirkan..
Ibu akan cuba menghantar Along ke Taska ini..
Bermula bulan April..
Semoga Along happy di tempat baru nanti yer sayang..
Tak mo ngamuk2...tak mo nangis2...
Ibu tahu Along memang selesa tinggal dengan nenek sepanjang ibu bekerja..
Tapi..sampai bila sayang...nenek kan dah tua..
Moga keputusan ini dapat mengubah hidup kita sekeluarga yer sayang..
Ibu mahu Along pandai berdikari dan lakukan banyak latihan untuk masa depan nanti..
Ibu mahu Along pandai uruskan diri sendiri bila ibu dan ayah sudah tiada nanti..
Semoga Allah permudahkan segala urusan kami di dunia dan akhirat.




Balutan Kali ke-4

Kali ini ibu ke Gedangsa lagi..
Bawa Along untuk balutan kali ke-4 setelah melepasi mandi malam ke-7 kalinya..
Kali ini ibu minta tolong kawan ibu menulis nama giliran Along..
Kita lambat ari ini dan giliran Along sudah terlepas..
Tapi Along masih bernasib baik bila ibu memberitahu k.am pembantu k.raw yang giliran Along sudah terlepas kerana tiba di sana terlewat sedikit..
Selepas k.raw menyudahkan balutan kepada budak yang sedang dibalutnya,
K.am memanggil nama Along untuk menerima rawatan..
Maaf yer kengkawan yang lain..
Bukan niatku potong giliran kalian semua..
Kali ini k.raw balut Along sama seperti balutan kali ke-3..
Dan rawatan Tolak Tulang dilakukan lagi seperti sebelum ini..
Menangis dan menjerit si Along menahan kesakitan..
Cuma bezanya k.raw meletakkan daun mengkudu di perut Along sebelum membalutnya dengan bandage.
Kata K.Raw, Along nampak banyak perubahan selepas mandi ke-7 kalinya..
Nampak rupa Along pun sama seperti ibunya..
Sebelum ini k.raw tak dpat nak bezakan rupa Along ikut siapa..hehe..
Anak ibu..mesti rupa ikut ibu kan sayang..yg paling jelas mata kita sama bolat dan besar..

~ sayanggggg anak ibu...~





29 February 2012

Kad OKU



Alhamdulillah...
setelah dua bulan lebih ibu menunggu..
menunggu dan menunggu dengan penuh sabar..
dan akhirnya siap juga kad untuk anak ibu..
Comel sungguh anak ibu dalam gambar tu..
Bukan senang sebenarnya nak ambil gambar Along di kedai gambar..
Punyalah beraksi dua tiga kali baru menjadi..
Gambar ni pun setelah di edit kerana ada tangan ibu di belakang kepala Along..
Untuk memegang leher Along yang masih belum boleh tegak lagi..
Terima kasih pada kawan ibu yang bernama Zila..
Dia lah banyak tolong ibu..tadi pergi ambil kad ini dengan dia..
Semasa menghantar borang untuk membuat kad ini dulu pun dengan dia juga..
Jasamu sangat dikenang wahai kawan..
Semoga dengan adanya kad ini..
Dapatlah ibu mendapatkan hak apa yang patut untuk anak ibu..
Kemudahan yang disediakan oleh JKM perlu digunakan sebaiknya..


28 February 2012

Ku Merinduimu...

Ibu rindu..
Ibu rindu pada anak ibu..
Ibu rindu pada ayah Along..
Sesungguhnya ibu terlalu rindu..
Rindu untuk kedua insan yang cukup istimewa di hati ibu..
Insan yang banyak mengajar ibu erti kesabaran dan ketabahan dalam mengharungi liku-liku hidup ini..
Semalam ibu diarahkan untuk bekerja lebih masa..
Banyak kerja urgent yang perlu diselesaikan segera semalam..
Dokumen SSR yang perlu dihantar ke MAMPU..
Kira-kira pukul 10.00malam baru semua kerja dapat diselesaikan..
Dan ibu terpaksa tidur di rumah kita di Putrajaya memandangkan hari sudah jauh malam untuk ibu pulang ke rumah nenek di Ampang..
Malam tadi tidur ibu tidak bertemankan Along dan ayah..
Dan tidur ibu juga tida lena kerna teringatkan Along yang perlukan pelukan dan belaian ibu..
Mesti Along pun rindu dengan bau busuk ketiak ibu kan..
Kerna tiap2 malam Along mesti nak tidur berkepit bawah ketiak ibu..
Maafkan ibu sayang..
Ibu mahu Along faham dengan kerja ibu yang kadang kala memerlukan tenaga ibu untuk menyiapkan kerja urgent tanpa di jadualkan..
Ibu tak nak Along fikir ibu lebih pentingkan kerja daripada Along..
Ibu perlu jaga kedua-duanya..
Jika ibu tak bekerja dan harapkan semata-mata pada gaji ayah..
Macam-macam yang ibu dan ayah tak boleh lakukan sayang..
Banyak benda yang terbatas jika wang kami tidak mencukupi..
Mungkin ibu tak dapat bawa Along berubat di Gedangsa..
Tak dapat bawa Along g terapi di Dr Sham di K.L..
Tak dapat beli ubat-ubat supplement untuk menambah antibodi Along..
Suma ini ibu lakukan demi keperluan yang ibu rasa Along perlu dapat..
Sesungguhnya ibu mahu Along tahu..
Ibu sangat merinduimu sayang..
Walaupun cuma sehari tak bertemu ibu rasakan bagai bertahun lamanya kita tak bersama..
Terima kasih sangat pada abang..
yang banyak memahami keadaan ibu..
Hari ini ibu tak sabar nak pulang dari kerja..
Nak berjumpa dengan kedua-dua insan yang sangat ibu rindui dan sayangi sepenuh hati..
Tidak tertanggung oleh ibu untuk semua perasaan ini..


27 February 2012

Aktiviti di rumah

Pada 6.2.2012 tempoh hari..
Ibu ada bawa Along ke Pusat Terapi swasta di Kuala Lumpur..
ibu dan ayah cuba untuk mendapatkan ilmu baru tentang terapi Along..
Tempat ini ibu tahu melalui kawan2 dlm group ibu di FB..
Untuk bayaran permulaan ibu perlu bayar RM100..
 Dan seterusnya hanya perlu bayar RM70..
Sesi terapi yang mengambil masa dalam 45minit..
Walaupun ibu tak cukup duit untuk bawa Along terapi tiap2 minggu di situ..
Ibu akan cuba bawa Along ke situ sebulan sekali.
Janji, ibu dapat ilmu yang berguna untuk melakukan terapi sendiri di rumah.
Untuk pertama kali ke situ, banyak ilmu yang di ajar oleh Dr Sham.
Along nampak enjoy di awal sesi terapi tu..
tapi bila dah lama-lama mulalah mencemikkan muka..
setiap hari bila ibu balik dari kerja..
ibu cuba curi masa untuk terapi Along.
antara aktiviti-aktivitinya seperti di bawah:

~ serius jer muka anak ibu ni ~
~ massage body supaya sel-sel yg masih elok akan ktif bekerja ~


~ alat-alat sensory yg lain ~

~ terapi untuk kuatkan leher dan kepala Along ~

Peanut Ball warna merah kat atas tu ibu beli kat Dr Sham..
Nak tau harganya tak?

RM190..huhu..

Ada lagi beberapa jenis latihan terapi yang perlu ibu buat untuk Along..
Mana yang sempat jer ibu snap gambar..
Nanti ibu snap lagi yer gambar Along..
Tapi tolonglah wat muka encem skit ek...ni serius jer..huhu...

Di sini ibu sertakan alamat tempat terapi yang Along g tu :

DR SHAM THERAPY CENTRE,
Tingkat 1, Blok A, Plaza Pekeliling, Jalan Sentul. (Atas Maybank).
Sesiapa yang mahukan rawatan di situ, ini nombornya: 0340410751,
pembantunya Miss Karen



7 kali mandi

Alhamdulillah, jumaat lepas Along sudah melepasi 7 kali mandi air tanah+daun sireh di rumah k.raw..
untuk terakhir kali mandi itu Along dilibas dengan air sekuat hati k.raw..
menangis tak ingat dunia si budak kecik tu..
hati ibu tetiba jadi sayu melihat anak ibu menangis bagai dipukul..
hati ibu dan ayah lebih lega bila kami dapat menunaikan permintaan k.raw itu..
Lepas ni ibu dan ayah akan bawa Along untuk rawatan di siang hari setiap hujung minggu.
Insyallah..

22 February 2012

Tolak Tulang...

Sabtu lepas Along telah melepasi mandi malam air tanah + sireh
Untuk kali ke 6 
Alhamdulillah tinggal lagi 1kali untuk melepasi syarat yang k.raw kehendaki
Semoga Along lebih baik selepas rawatan mandi malam itu nanti..

Alhamdulillah syukur pada mu Ya Allah..
Kerana kali ketiga Along mendapat sentuhan balutan dari k.Raw, Along telah menerima rawatan
 Tolak Tulang bertujuan untuk membetulkan semula keadaan tulangnya..
Pada hari Sabtu lepas juga k.raw membalut tubuh badan Along dengan menggunakan cara balutan yang 
ke 101..lupa pula nak tanya K.Raw ada berapa jenis balutan semuanya..hehe..
Kali ini bandage coklat lebih banyak digunakan untuk membaluti tubuh Along.
ni lah rupanya Along selepas dibalut..

~ ala ciannyer anak ibu..wat muka seposen..~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...