Pages

Followers

04 November 2011

Birthday Party Untuk Along..

    Ya Allah...kekangan masa yang tak dapat nak dielakkan..event besar di opis yang memerlukan tenaga aku untuk menjayakannya..Alhamdulillah, semuanya telah selamat walaupun ada beberapa kesilapan teknikal pada majlis Hari Inovasi tersebut...rasanya lama sungguh tak menghapdet blog ni...rindu sesangat..banyak benda sebenarnya nak dicoretkan disini..apa2 pun satu persatu akan aku ceritakan..

    Pada 23.10.2011 (Ahad) yang lepas, kami sekeluarga telah membuat majlis kecil-kecilan sempena menyambut Ulangtahun Kelahiran anak kesayangan kami yang ke 1tahun. Tambahan pula tahun ini rezeki aku sangat murah..dapat keluarkan duit EPF..dapat duit KUTU..dapat duit Anugerah Perkhidmatan Cemerlang..Alhamdulillah, rezeki sangat murah yang datangnya dari Dia...syukur ke hadrat ilahi kerana majlis tersebut berjalan dengan lancar. Kami sekeluarga mengucapkan ribuan terima kasih kepada tetamu yang sudi hadir memeriahkan majlis. Jutaan terima kasih juga kami ucapkan kepada mereka yang datang membawa hadiah untuk Bday Boy kami..dan tak lupa juga pada mereka yang memberi hadiah dalam bentuk wang ringgit..sungguh kami terharu..Alhamdulillah..ku panjatkan syukur pada mu Ya Allah kerana rezeki anak istimewa ini sungguh murah..semoga Kau melipat kali gandakan rezeki untuk mereka jua.

    Banyak gak menu yang disediakan pada majlis tempoh hari..chef yang diimport khas dari Pahang..iaitu mak dan kakak aku..terima kasih mak dan kakak kerana sudi masak untuk majlis Along..semuanya sedap2..kami sekeluarga juga mohon ampun dan maaf jika ada sebarang kekurangan semasa majlis tersebut..

   Di sini aku tempekkan gambar masa Bday Party Along tempoh hari...

~ Bday Boy Yang Encem~
~ Kek yang ditempah khas untuk Along *1tahun ~
~ Tak sabarnya Bday boy nak tiup lilin ~
~ Happy Bday sayang dari ibu dan ayah..tema biru gitu ~
~ bila nak dapat makan kek ni ibu?errrr ~
~ letihnya nak kena posing ~
~ kawan2 Along..auntie ayu dgn kakak aisya & auntie Zura dgn abang Habib ~
~ Pemberian ikhlas dari tetamu yg hadir..terima kasih semua..~
~ Antara tetamu yang hadir ~
~ Tok & Nenek Along ~

2 comments:

  1. kak ida..mintak maaf sebab tak boleh dtg bday along..ayu balik kampung ajak adik dier wat kenduri doa selamat sekali bday..sory kak..kalo ader rezeki kita jumpa ek..

    ReplyDelete
  2. its okey la dear..no touching..ada masa kita jumpa ek..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...