Pages

Followers

12 November 2011

BuKaN ReZeKi KaMi

    Baru semalam aku menaip entry tentang permohonan pertukaran sekolah en.suami ke Putrajaya. Permohonan pertukaran ini dibuat kerana memandangkan kami akan menetap semula di Putrajaya tidak lama lagi. Beberapa minit kemudian aku mendapat sms dari abang yang berbunyi begini :

En.abang   : Bu...ayah tak dapat tukar la..erm..
Aku           : Ye ker ayah..sedihnya hati ibu..erm..(sangat kecewa sehingga menitiskan air mata)
En.abang   : Erm..tu la..jauh la pulak ayah g kejer lepas ni..
Aku           : Tak pe la ayah, bukan rezeki kita..nanti ayah cuba mintak tukar lagi yer..

    Buat masa sekarang kami menetap di rumah mertua ku di Ampang. Tiap hari aku akan berulang ke tempat kerja, ayah menghantar aku dengan menaiki teksi ke stesen ERL Bandar Tasik Selatan, dari situ aku menaiki train ERL ke stesen Putrajaya Sentral, dan menaiki bas pula untuk sampai ke opis. Agak banyak prosesnyer untuk sampai ke opis aku bukan? tetapi aku tidak pernah merasa penat bahkan mengeluh untuk semua ini kerana pengorbanan ini untuk Along yang dijaga oleh neneknya sepanjang aku bekerja. En.suami pula bekerja di Ampang. Baginya untuk berulang alik ke tempat kerja tidaklah jauh. Tetapi memandangkan kami bakal mendapat MAID dalam masa 2minggu lagi, kami akan menetap semula di kuarters di Putrajaya..oleh itu en.abang la pula kena berulang ke Ampang setiap hari untuk bekerja. Kata en.abang biarlah aku dekat dengan tempat kerja, senang untuk pulang ke rumah menjenguk Along bila waktu rehat. Ya..memang betul kata abang..tapi bila fikirkan keadaan abang yang terpaksa menaiki motosikal mengharung jalan selama 1jam untuk ke tempat kerja..Ya Allah, sungguh aku sedih..semoga Allah memudahkan segala urusan kami.

2 comments:

  1. sabar ye dear...nnt try lagi mohon tukar...

    semoga semuanya dipermudahkan...amin...

    ReplyDelete
  2. Mekasih yer kak wahida..hrp2 impian kami tercapai suatu hari nanti..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...