Pages

Followers

20 October 2011

SeLaMaT HaRi LaHiR aNaKkU SaYaNg...


"HAPPY BIRTHDAY TO YOU..
HAPPY BIRTHDAY TO YOU..
HAPPY BIRTHDAY TO ALONG..
HAPPY BIRTHDAY TO YOU"..
(kucupan dan ciuman kasih sayang yang tidak ternilai dari ayah dan ibu hinggap di pipi & dahi Along)

     Lagu ini dituju khas untuk anakku Along..seawal 5.30pagi 19 Oktober 2011, ibu dan ayah menyanyikan lagu ini untuk Along...masa ni Along dah jaga dari tidur..terkebil2 mata dia di dalam cahaya lampu yang samar...seakan memahami apa yang ibu dan ayah perkatakan..perasaan gembira semasa menyanyikan lagu ini tiba2 bertukar hambar apabila air mata ayah dan ibu mengalir tanpa disedari apabila mengenangkan kisah kelahiran Along setahun yang lepas..kisah yang tidak mungkin kami lupakan di dalam kamus hidup kami...dari sinilah bermula segalanya kisah hidup Along...lahirnya Along di dunia ini mengajar ibu dan ayah erti kehidupan yang sebenar..(aku meneruskan juga menaip entry ni dengan penuh rasa tabah dek penangan air mata yang mengalir tanpa henti....sambil menaip sambil mengesat air mata yang mengalir..) 

     Along dengar kan pagi tadi ayah cakap apa...ayah cakap ayahlah orang pertama yang lihat Along dulu..ayah la yang mengazankan Along, masa tu Along terbaring di dalam balang kaca bernafas menggunakan bantuan oksigen...masa tu ibu tak dapat tengok Along lagi...ibu kat wad..tak dibenarkan bergerak2 selama 6jam selepas menjalani pembedahan untuk mengeluarkan Along dari perut...ayah je yang berulang alik ke ward NICU untuk memantau keadaan Along..waktu ni ibu sedih sangat sebab tak dapat nak lihat..dukung..peluk...cium anak yang ibu kandungkan selama 9bulan10hari...tak dapat nak rasa kehangatan tubuh anak kecil ini di atas pangkuan ku..tak dapat nak menyusukan anak ibu...ermmmm...segalanya sedih buat ibu kerana tidak dapat memberikan segalanya pada waktu ini...duhai anak...kuatkanlah semangatmu untuk meneruskan hidup ini wahai sayang...sesungguhnya ibu dan ayah terlalu sayangkan Along..tak dapat nak gambarkan dengan kata-kata...hanya Allah sahaja yang mengetahuinya...
~ Along di ward NICU ~



~ Duhai anak...kuatkan semangat mu yer sayang ~

~ berselirat wayar di tubuh badan si anak kecil ~

~ indahnya dunia ciptaan Allah ~

~ tak dapat merasa susu ibu yang enak..~
     Kesian anak ibu terbaring di sini selepas bertarung nyawa (lemas) untuk keluar dari perut ibu...Maafkan ibu yer sayang...ibu tak dapat nak selamatkan Along...degupan jantung Along tiba2 lemah semasa ibu cuba untuk melahirkan mu sayang...semua ini kuasa Allah yang ibu tak dapat nak tandingi kuasaNya...Ya Allah..sedih sangat melihatkan keadaan anak ibu sebegini rupa...

     Genap lah usia Along 1tahun pada hari ini...segalanya ibu dan ayah doakan yang baik-baik untuk anak ibu yang comel dan kuat ini...semoga amanah yang diberikan kepada kami ini tak akan kami sia-siakan hidupnya...percayalah sayang..sesungguhnya Allah telah mengatur perjalanan hidup kita secantik-cantik kejadiannya...ibu bersyukur kerana Allah masih meminjamkan Along untuk ibu dan ayah..senyum dan tawamu penawar di kala kami berduka...semoga kebahagiaan ini hak milik kita selamanya...amin..



6 comments:

  1. EPI BESDAY ALONG...smoga menjadi anak yg soleh utk ayah n ibu ye....

    ReplyDelete
  2. slmt ulang thn along...smoga m'jd ank yg soleh,smoga along sentiasa di rahmati Allah S.W.T...

    ReplyDelete
  3. Happy Besday Along.Semoga membesar dengan sihat dan bijak.Along adalah amanah..Anugerah Terindah dari ALLAH untuk ibu dan ayah.

    ReplyDelete
  4. touching baca n3 ni...sob sob...sesungguhnya ko dan along mmg kuat semangat...teruskan semangat tu yer..


    hepi beday along....sayang along!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...