Semalam merupakan temujanji Along di ENT Hospital Putrajaya. Tak banyak aktiviti sebenarnya yang dapat dilakukan kerana Along menangis sepanjang aktiviti tersebut. Hati ini sudah tentu sayu melihat keadaan Along sedemikian dan cuba memujuk supaya membiarkan saja Along menangis sepanjang aktiviti yang mereka lakukan kepadanya itu. Jurupulih tu pun pening tengok Along menangis teresak-esak dan kejangkan badan.
Jika di rumah pun tidak banyak aktiviti yang boleh dibuat bersamanya kerana dek penangan menangisnya yang suka kejangkan seluruh badan. Menangisnya semahu hatinya sehinggakan kadang2 bibir kelihatan agak kebiru-biruan. Apalah yang boleh dibuat dengan keadaanya begitu setiap kali ingin melakukan aktiviti dan regangan. Sungguh risau bila melihatkan keadaannya sebegitu rupa. Maafkan ibu yer sayang terpaksa lakukan sedemikian untuk masa depan Along juga...apa yang ibu harapkan semoga Along dapat bergerak seperti kanak-kanak normal yang lain yang boleh bermain sendiri, yang boleh menguruskan diri sendiri...andai ibu dan ayah pergi dahulu tentunya hati kami tenang jika dapat melihat Along sudah pandai menguruskan diri sendiri. Kuatkan lah semangat mu sayang agar apa yang ibu harapkan ini dapat menggembirakan hati ibu dan ayah suatu hari nanti. Ibu tahu Along boleh lakukan..cuma kena kuatkan semangat dan usaha lebih sedikit yer sayang..hentikanlah tangisan mu yang bisa membuat ibu sedih dan sayu..
bykkan sabar...terus kan berdoa ye..
ReplyDeletealong jgn buat ibu dan ayah susah hati yer...ni semua utk masa depan along...
sayang along!!