Pages

Followers

26 September 2011

ALoNg Si MaTa bOlat...

    Memang tidak dapat dinafikan sejak dari dulu lagi ramai yang menyatakan aku ni jenis mata 'BOLAT'..bila bercakap mulalah aku akan membesarkan mata..kadang2 orang pun takut tengok aku dengan mata besar..huhuhu..dah memang Allah jadikan aku macam ni aku redha. Memang aku akui pemberian daripada Allah s.w.t yang sangat cantik ini sudah tentunya BOLAT..ada ke mata korang petak?segitiga? tidak bukan?hehehe..kalu tak de si BOLAT ni manakan aku dapat melihat keindahan alam ciptaan Tuhan ini mcm korang semua kan..Alhamdulillah syukur pada mu ya Allah kerana masih lagi meminjamkan mata yang sangat berguna ini untuk aku melihat keindahan alam ciptaanMu..aku akan menjaganya sebaik mungkin.
    Aku mula perasan sejak kehadiran Along dalam hidup ini rupanya2 mata kami sama spesisnya..Tapi bila sentuh bab mata aku tak pasti sejauh manakah penglihatan Along berfungsi..sejak Along berusia 2bulan dia telah menjalani ujian mata. Kata Doktor stuktur bebola mata Along ok cuma tidak pasti sejauh manakah fungsinya. Temujanji dengan bahagian mata lagi pada bulan 10 ini, Doktor akan menjalankan ujian mata sekali lagi untuk memastikan samada matanya berfungsi dengan baik ataupun tidak. Semoga semuanya baik2 sahaja hendaknya.
   Kadang2 bila melihat pada keadaan mata Along ok jer..tapi kadang2 macam nampak juling sedikit..adakah ini kesan daripada dia lemas semasa proses kelahirannya? cuba perhatikan pada gambar2 yang saya tempekkan dekat sini...

~ Along si mata BOLAT ~


~ Kadang2 mata Along seakan2 juling~


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...