Uhaiiii...dah lama rasanya aku tak update belog ni..byk tolla habuk...he3..syoh..syoh..ada lak lipas dok berkeliaran..eiiiii...nampak sangatla aku ni pemalas kan..kuang3...
sejak naik kerja, masing2 dok download gambar raya..uhai..meriah sgt..manis2 belaka..
tapi jgn pula kita lupa pada mereka yang sedang bersedih kerana pemergian ahli keluarga,sahabat handal yang pergi dulu meninggalkan kita. Al-fatihah untuk mereka. Mudah2han rohnya tenteram dan tergolong dikalangan orang2 yang beriman. Amin.
Tahun ni seronok sangat dapat beraya. Yang paling seronok sekali si Along la anak ibu yang sangat segak dan encem. Di pagi raya aku dah mandikan Along dengan niatkan untuknya mandi sunat hari raya aidilfitri. Bukan main seronok lagi si kecik tu mandi. Lepas tu, pakaikan Along baju melayu warna hijooo..ditempah khas untuknya..nasib baik ciap jahit baju raya dia. uhaiii ciap aku pakaikan sampin dan kopiah lagi...pewiiitttt..segak benor la anak ibu ni...teruja sangat dapat tengok Along menggayakan baju melayu. Tahun lepas Along masih di dalam perut dan tahun ni dia dah dapat melihat keindahan dunia ciptaan Allah. Dapatla kami beraya bersama-sama. Alhamdulillah syukur padaMu Ya Allah kerana masih lagi memberi kami kesempatan untuk merasakan nikmat berhari raya.
Jom layan gambar raya kami tiga beranak..
Tema tahun ni warna hijoooo turkois..sweet kan..he3..
Encik abang lah yang pilih warna tu..
*~ SELAMAT HARI RAYA~* MOHON AMPUN & MAAF JIKA ADA SALAH SILAP DARI KAMI SEKELUARGA. |
*segak bergaya dengan baju rayanya* |
*cayang sangat anak ibu* |
*amboi...kemain suka lagi yer dikkk* |
sweetnyer along..pakai baju raya..hemsem sangat..heee..selamat hari raya..buat along sekeluarga..amsyar pyer gambar raya lum upload lg..x sempat ...heee
ReplyDeleteselamat hari raya gak untuk cha sekeluarga..jgn lupa upload gambar amsyar yer..mesti lagi encemmm..
ReplyDelete