Pages

Followers

18 August 2011

KeNaPa aKu YaNg DiPilih..

Kenapa aku yang dipilih..
Akulah..
Insan yang dipilih oleh Allah untuk menjaga amanah dariNya..
Amanah yang sangat berharga dan istimewa di mata semua..
Mungkin kerana Dia tidak mahu aku lupa padaNya.
Setiap masa perlu mengingatinya..
Mengingati tentang kebesaran dan kekuasaanNya..
Mungkin Dia lebih sayangkan aku dari umat-umatNya yang lain.

Kenapa aku yang dipilih..
Mungkin Dia merasakan aku adalah hambanya yang terbaik 
Untuk menjaga amanah dariNya
Kerana Dia tidak akan membebankan seseorang hambanya
Jika merasakan hambanya tidak mampu untuk menanggungnya.
Mungkin aku lebih kuat dari insan-insan yang lain
Untuk menempuh semua dugaan dariNya.
 
Semua orang mempunyai perancangan..
Dan aku juga mempunyai perancangan yang tersendiri.
Tetapi sebenarnya perancangan Dia lagi hebat dari apa yang kita semua rancangkan..
Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya..
Dan aku sebagai hambanya perlu akur dengan ketentuan dariNya 
Kerana semuanya telah tertulis di atas sana.
Siapalah aku untuk menentang kuasanya yang sangat hebat..
Aku sebagai hambanya tetap sebagai hambanya..
Dan tetap sujud padaNya yang satu.

Ya Allah,
Aku bersyukur padamu
Kerana aku yang dipilih olehMu
Kau kuatkanlah semangatku untuk menempuh semua ini
Kau berikanlah kesihatan yang baik untukku
Agar aku dapat menjaga amanah dariMu
Sebaik yang mungkin.



3 comments:

  1. Insyaallah Allah akan permudahkan segala2 nya..amin.salam peluk cium utk BB "along".

    ReplyDelete
  2. Amin..terima kasih byk2 kerana tolong doakan untuk Along..mudah2an Allah memurahkan rezeki untuk mereka yang mendoakan.

    ReplyDelete
  3. insyaallah...smoga Allah permudahkan smuenye...b'tuah Along dpt ibu mcm kak ida...kak ida kene trs kuat spy Along pn akn trs kuat!!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...