Seperti di entry yang lepas aku ada menceritakan tentang Along akan ditinggalkan bersama pengasuh baru. Hari ini tibalah masanya yang aku mengharapkan segalanya akan merubah kehidupan kami sekeluarga seandainya Along sesuai dengan pengasuh baru itu. Diawal pagi aku dan abang menghantar Along ke rumah makcik di sebelah blok rumah kami. Mesti ada yang hairan kan kenapa suamiku tidak ke sekolah. Kebetulan pula abang merasakan badannya agak tidak sihat dan kepalanya sakit. Sejak dari hari Jumaat lagi abang demam dan hanya terlantar berselubungkan selimut. Sudah ke klinik di Ampang berjumpa dengan doktor dan mengambil ubat. Tapi malangnya keadaan abang sama seperti 2hari lepas tiada perubahan apa-apa. Jadi pagi ini sebelum abang ke klinik, abang menemani aku menghantar Along ke rumah pengasuh. Setibanya dirumah makcik tu kami disambut dengan baik. Aku menerangkan serba sedikit tentang penjagaan Along dan cara-cara nak bagi makan, mandi, tidur. Sebelum aku bergegas ke pejabat sempat aku menidurkan Along di dalam buainya. Berat sungguh rasa hati untuk meninggalkan anak kesayanganku bersama pengasuh barunya. Apalah perasan Along nanti bila berhadapan dengan orang yang baru dikenalinya. Ternyata sejak kecil lagi Along tidak pernah dijaga oleh orang lain kecuali Tok dan neneknya sahaja. Mereka sahajalah yang tahu cara memujuk ragam si Along. Di dalam hati ini sudah merasa sebak dan air mata mula jatuh ke pipi. Sebelum abang ke klinik sempat dia menghantar aku ke ofis. Sepanjang aku bekerja, bermacam-macam perasaan bermain difikiran ini memikirkan tentang si Along. Ada juga aku menelefon makcik tu bertanyakan khabar Along, dan katanya ada jugak Along meragam dan mengamuk mungkin dirasakannya tidak seperti keadaan biasa dan pula melihatkan bukan wajah neneknya yang selalu menjaganya asyik mencemik jer muka Along. Sungguh pandai anak kecil ku ini. Dia dah mula kenal orang (Bisik hati kecil ini).
Aku menerima sms dari abang memberitahu yang dia sudat mendapat ubat dan MC kerana suhu badannya 38darjah celcius. Darah pun telah diambil untuk diuji dikhuatiri dijangkiti demam Denggi. Alhmdlh, keputusan darah tersebut ok dan abang berhat sajalah dirumah.
Waktu rehat tepat jer jam 1.00ptg aku bergegas menunggu bas di depan ofis untuk ke rumah makcik tu untuk melihat Along. Setibanya aku di rumah makcik tu, keadaan Along baik-baik sahaja. Nak tahu apa yang si kecik ni lakukan? Along tengah menonton tv rancangan kegemarannya zikir2 sebelum berkumandangnya azan Zohor. Sejuk hati ini melihatkan keadaan Along dan di dalam hati kecil ini berbisik: Alhmdlh Along boleh menerima situasi baru bersama pengasuh barunya. Hidup kami lepas ni akan berubah dan lebih selesa. Harapan dan hasrat hati ini sangat tinggi agar kami sekeluarga dapat mengharungi liku-liku kehidupan yang penuh cabaran ini bersama-sama. Lama juga aku bermain-main dengan permata hatiku dan tepat jam 2ptg aku bergegas ke ofis semula. Pada pukul 3.30ptg, tanpa disangka-sangka makcik tu telefon memberitahu Along menangis dan mengamuk sakan. Makcik dah tak boleh nak pujuk. Sedari kata-kata makcik itu, aku terus menelefon abang memberitahu keadaan sebenar dan menyuruh abang mengambil Along di bawa pulang ke rumah. Mujurlah hari ini abang MC. Untuk pengetahuan semua bahawa aku sudah banyak kali memberitahu kepada makcik itu seandainya dia tidak sanggup menjaga Along, jangan segan silu untuk memberitahu. Aku tidak menyalahkan makcik itu malahan sangat berterima kasih kerana sudi untuk mencuba menjaga Along anak yang cukup istimewa ini. Susah sebenarnya untuk berjumpa orang sebegini malahan bila ada yang mendengar jer perkataan anak istimewa sudah pasti mereka beranggapan sebaliknya.
Tak pe la Along....bukan rezeki Along nak duduk dengan makcik tu. Allah tu dah ada perancangannya untuk kita nak...ibu akan usahakan dengan cara lain pulak agar kita dapat hidup sama-sama menetap di kuarters ibu di Putrajaya yer. Tak payah lagi menyusahkan atuk dan nenek. Sama-sama kita berdoa mudah-mudahan ada sinar bahagia untuk kita suatu hari nanti. Amin.
No comments:
Post a Comment