Pages

Followers

16 August 2011

KeRnA KaSiH KiTa..

 Setiap pagi..
Aku wajib..
Salam tangan Along..
Cium pipi kanan dia yang gebu..
Cium pipi kiri dia pula..
Cium dahi dia yang luas..
Cium hidung dia yang mancung..
Dan ulangi lagi.
Sambil berpesan sesuatu..


"Along duduk dengan nenek elok-elok yer,
Nanti ayah balik dari sekolah,
Along duduk dengan ayah elok2 jugak tau,
Anak ibu jangan nakal-nakal..
Tak mo ngamuk-ngamuk..
Ibu nak pergi kerja..
Nak cari duit..
Nanti nak belikan Along baju baru..
Nak belikan Along mainan..
Petang nanti ibu balik yer..
Along kena faham tau..
Nanti ibu balik..
Ibu dukung Along..
Ibu peluk, cium Along..
Ibu nak main-main dengan Along..
Along jangan nangis yer..
Ibu sayang sangat kat Along..
Ibu tau Along pun sayang kat ibu dengan ayah gak kan.."
**sambil Along merenung tepat ke arah mata ku tanda dia faham akan situasi yang perlu dilaluinya setiap hari sepanjang aku bekerja.

Sungguh berat kaki ini untuk melangkah ke tempat kerja apabila mengenangkan Along. Aku pasti bahawa ibu-ibu diluar sana yang senasib dengan aku juga akan mempunyai perasaan sedemikian. Alangkah indahnya jika dapat menjaga anak yang cukup istimewa ini sepenuh masa tapi apabila difikirkan tentang kerja pula, aku perlu membahagikan masa sebaik-baiknya agar kedua-duanya tidak aku abaikan. Sebagai seorang ibu yang bekerja memang agak berat tanggungjawab yang dipikul ini. Manakan pula kadang-kadang fikiran ini dihantui dengan bermacam-macam persoalan. Pernah aku menyatakan hasrat kepada abang untuk berhenti kerja dan menjaga Along sepenuh masa, tapi abang tidak mengizinkan aku berbuat sedemikian. Kata abang, aku perlu kerja kerana memandangkan ekonomi sekarang yang agak tidak stabil, dia tidak mampu untuk menangggung kos sara hidup kami seorang diri yang masih terikat dengan hutang-hutang seperti hutang kereta, rumah, pinjaman pelajaran dan lain-lain lagi memandangkan sekarang ini zaman duit. Semuanya perlukan duit, nak buang air kecil pun kena bayar duit...Sekurang-kurangnya bila aku bekerja dapat juga membantu dalam hal-hal yang lain. Abang juga menyuruh aku berfikir panjang untuk masa hadapan seandainya dia pergi dulu dan jika aku pula tidak bekerja, agak susah hidup kami nanti. Buat sementara ini, abang memberitahu biarlah Along dijaga oleh maknya sepanjang waktu aku bekerja. Ya! memang benar kata-kata abang itu dan aku terpaksa akur dengan kata-kata suami yang sangat mengambil berat tentang keluarga kami.





5 comments:

  1. tu la kak ida,penah gak t'pk nk bhnt keje,dok rmh jage ank,pakai mkn suami...pnh gak bgtau husband tp mcm suami akk la,die xkasi sbb ekonomi...bknla die nk ambk ksmptn ke ats kite sbb kite pn keje tp juz utk ringankan beban die skit...ble pk2 blk,ade btl gak ape yg die ckp tu,atleast ble die xde nnt kite dh ade pndptn sendiri xyah nk mntk bantuan org lain...insyaallah,mdh-mdhn ank2 kite fhm dgn situasi nie w/pn dieorg t'lalu kcl utk m'mahami..

    ReplyDelete
  2. sedih baca entry nih..tak sanggup nak memikirkan apa yang kak ida lalui..akak kena kuat untuk alaong..betolll..tak boleh nak gantung ngan suami je sekarang nih..terpaksa kerja..semoga segala urusan dipermudahkan..

    ReplyDelete
  3. cubit peha kanan pasti peha kiri akan terasa jugak kan..zaman sekarang tak sama dengan dulu..perubahan membuatkan kita berubah..

    ReplyDelete
  4. Yup..jeles kan ida tgk ibu-ibu yang duk umh jaga anak mereka sendiri.Tapi apa yang kita lakukan ni (bekerja) pun untuk mereka jugak.Saya yakin along paham situasi ini.

    ReplyDelete
  5. aah ayu..jeles tgok dorg yg dpt jaga anak sendiri..mudah2an anak kita memahami situasi kita.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...