Terima kasih pada mereka yang bertanyakan tentang keadaan Along. Sesungguhnya kalian sangat mengambil berat dan prihatin terhadap anakku. Untuk pengetahuan semua, Along kini sudah berusia 9bulan. Menurut Doktor perkembangan Along sekarang seperti bayi berusia 3bulan. Sudah tentu bagi bayi yang seusianya sekarang sudah pandai merangkak dan bermain-main sendiri bukan?
Ternyata Along belum mencapai kepada tahap itu lagi. Along masih belum boleh meniarap lagi, lehernya masih lembut dan perlu disokong dengan tangan bila mendukungnya. Baru pandai diagah dan senyumannya sungguh ikhlas yang menjadi penghibur dan penawar hati kami sekeluarga. Tangannya belum pandai memegang atau mengambil benda. Jika diberinya mainan, dia hanya memegang sekejap saja itu pun perlukan bantuan untuk membuka genggaman jari-jemarinya. Pendengarannya alhamdulillah baik tetapi sangat sensetif terhadap bunyi. Pada waktu siang Along tidur di dalam buaiannya dan masih perlu dibedung. Jika tidak dibedung Along suka terkejut dan menjerit menandakan dia berada dalam keadaan takut. Tidurnya bertemankan encik puting dan buaiannya menggunakan elektrik. Tetapi berlainan pula di malam hari, Along tidur di atas tilamnya tanpa perlu dibedung. Tidurnya di sebelah malam agak lama berbanding di sebelah siang.
Ramai yang melihatkan Along sihat seperti kanak-kanak biasa. Ya, Along memang sihat cuma perkembangannya tidak sama seperti kanak-kanak yang lain. Oleh itu, Along dirujuk ke Bahagian Fisioterapi, Hospital Putrajaya untuk membolehkannya dia belajar bergerak seperti kanak-kanak normal yang lain. Saya mengharapkan doa-doa dari kalian semua dan hanya Allah sahaja la yang dapat membalasnya.
Semoga dipermudahkan segalanya...
ReplyDeleteberat mata memandang, berat lagi bahu mereka yang menanggungnya.