Bila nak bercerita bab pengasuh ni aku sungguh bingung bila memikirkannya..Untuk pengetahuan semua buat masa ini aku menetap di rumah mak mertuaku di Ampang. Sejak Along berusia 3bulan lagi kami menetap disana sedangkan aku telah mempunyai kuarters kerajaan di prseint 18, Putrajaya. Disebabkan keadaan Along sedemikian, aku dan abang mengambil keputusan untuk menetap di rumah mak buat sementara waktu. Bila difikirkan tentang keselesaan, kos pengangkutan untuk aku berulang alik ke tempat kerja setiap hari memang memakan belanja yang agak banyak jika dibandingkan dengan menetap di Putrajaya sahaja. Tapi semua perkar yang menjadi penghalang itu aku ketepikan apabila memikirkan keadaan Along. Mak mertuaku menjaga Along dengan baik sekali sehinggalah sekarang. Tapi sampai bila aku harus bergantung harap pada mak untuk menjaga Along. Kebetulan pula pada bulan 10 ini adik ipar hendak berkahwin dan menetap dirumah mak mertuaku. Agak tidak selesa apabila memikirkan keadaan Along apabila terpaksa bertukar bilik yang sekarang kami tidur ke bilik yang lebih sempit dan tiada pencahayaan yang baik untuk Along. Pelbagai aspek yang aku kira untuk keselesaan Along dan akhirnya aku dan abang membuat keputusan untuk mencari pengasuh di Putrajaya dan kami akan metetap di rumah kami semula pada bulan 10 ini.
Usaha abang menampal iklan untuk mencari pengasuh untuk Along di setiap blok berhampiran rumah kami mendapat perhatian oleh beberapa orang yang berminat. Ada yang menghantar sms dan ada juga yang terus menelefon. Apabila diberitahu sanggup ke menjadi pengasuh pada anak yang cukup istimewa ini? ada yang terus tidak membalas sms. Dalam hati aku terdetik betapa susahnya untuk mencari pengasuh untuk anak-anak istimewa ini. Aku faham dan aku tidak pernah memaksa untuk mereka menjadi pengasuh pada anak ini. Risiko menjaga anak istimewa ini sangatlah besar dan memerlukan perhatian yang lebih untuk menjaganya. Kadang-kala aku berfikir panjang seandainya suatu hari nanti kami telah memejamkan mata, siapalah yang sanggup menjaga anak ini sepanjang ketiadaan kami nanti? Semoga Allah akan menunjukkan jalan yang terbaik untuk kami di kemudian hari.
Disebalik cerita itu, ada seorang makcik ni yang sangat baik hati menelefon ingin mencuba untuk menjaga Along untuk beberapa hari. Jika dia boleh menjaganya, dia akan terus menjadi pengasuh Along dan seandainya dia tidak sanggup menjaga Along aku terpaksa akur. Pada hari Sabtu, aku telah membawa Along berjumpa dengan makcik tersebut dan banyak juga hal yang dibincangkan tentang Along. Pada aku, agak sukar juga sebenarnya untuk menjaga Along ni kerana perlu memahami karenah si kecil ini kerana ragamnya lebih inginkan dia didukung dibawa berjalan kesana kemari. Mungkin agak menyusahkan pengasuhnya nanti untuk membuat kerja rumah dan memasak.Tetapi jika ada orang yang dapat mengatasinya sungguh aku kagum. Dalam hati ini berbisik alangkah indahnya kalau dapat pengasuh yang begitu prihatin dan penuh dengan kasih sayang menjaga anakku sepanjang waktu aku bekerja. Aku berharap percubaan pada awal ramadhan nanti akan berhasil dan mampu merubah hidup kami sekeluarga. Amin....
insyaAllah kak ida..berkat doa dan kesabaran Allah akan tunjukkan jalannyer nt..ecah sgt berharap along akn makin sihat..n sihat cergas seperti anak2 lain...biasanye doa ibu akan makbul..yg penting kak ida jgn berhenti berdoa...kak ida kene kuat...along akan jd lebih kuat...cayunk..ecah akan doakan yng terbaik untuk along n kak ida sekeluarga
ReplyDeletesemoga kak ida tabah mengharungi ujian tuhan ni..tuhan tak kan menduga diluar batas kemampuan kita..amin-amin ya rabbal alamin..
ReplyDelete