Untuk menaip entry ini sugguh aku teruja melihatkan Along begitu berminat melihat rancangan tv di Astro Oasis. Rancangan kegemarannya adalah zikir-zikir memuji kebesaran Allah s.w.t sebelum berkumandangnya suara azan. Sungguh aku teruja dan kagum melihat reaksi anakku ini. Baik-baik saja keadaannya melihat rancangan itu di kaca tv. Tidak merengek dan menangis meminta untuk didukung. TAPI, bila habis sahaja rancangan itu mulalah Along merengek-rengek minta didukung. Sungguh cerdik anakku ini bukan.
Alhamdulillah sungguh aku bersyukur melihatkan perkembangan Along sekarang. Di dalam hati ini sentiasa berdoa mudah-mudahan anakku terus-terusan begitu sehingga besar dan mudah-mudahan dengan kalimah-kalimah suci Allah itu dapat menyembuhkan segala penyakit anakku ini. Ada juga terdetik di hati ini alangkah bagusnya jika Along menjadi seorang Ustaz bila besar nanti dan dapat mendoakan ibu dan ayah serta mengimamkan sembahyang jenazah bila kami tiada nanti. Sungguh besar harapan aku pada Along tetapi jika takdir dah menentukan segalanya aku pasrah. Tetapi aku akan cuba sedaya upaya untuk menjadi seorang ibu yang akan mendidik dan menjaga amanah daripada Allah ini. Ibu sayang sangat kat Along dan ibu mahukan segalanya yang terbaik untuk permata hati ibu ini.
No comments:
Post a Comment