Suka duka dan warna warni kehidupan seindah ciptaan Tuhan,namun hidup perlu diteruskan..
05 July 2011
BeRiTa YaNG AmAt SeDiH..
Hari ini merupakan temujanji Along dengan Doktor Pakar Bahagian Pediatrik. Doktor yang merawat along pada hari ini ialah Dr. Chan dan banyak perkara yang dibincangkan tentang perkembangan Along. Setelah Doktor memberikan tempoh selama 6bulan untuk perkembangan Along meniarap, ternyata Along belum mencapai lagi kemahiran tersebut pada usia 8bulan. Doktor Chan telah mengesahkan Along sebagai Cerebral Palsy & Delevopment Delay. Pada saat ini ternyata air mata bergenang di kelopak mataku mendengarkan berita tersebut. Betapa luluhnya hati seorang ibu apabila mendapat berita sedemikian tentang perkembangan anak kesayangannya. Aku akur dengan apa yang diperkatakan oleh doktor dan aku sepatutnya bersyukur kerana Allah masih lagi meminjamkan Along kepada kami. Doktor menerangkan serba sedikit tentang Cerebral Palsy dan penyakit ini tiada ubat untuk menyembuhkannya kecuali TERAPI..TERAPI..& TERAPI..Dengan cara ini sahajalah yang dapat membantu perkembangan Along untuk masa hadapannya. Semoga anak ini tabah menghadapi dugaan yang diberikan oleh Allah s.t.w.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment