Tepat jam 12tengah malam tadi, Along terjaga dari tidurnya dan merengek-rengek meminta susu. Agaknya haus anak ibu ni sedari aku sejak pukul 7mlm Along tidak minum susu. Terus aku bergegas ke dapur untuk membuat susu untuk anak kesayangan ku ini. Apabila diberikan susu pada Along, sedikit sahaja dia meminumnya dan selebihnya menolak tanda tidak mahu meminumnya lagi dan mulalah dia merengek-rengek dan batuk berkali-kali. Ya Allah, agak perit aku mendengarnya dan apalah sangat daya si anak kecil ini menanggung kesakitan itu. Andai sakit itu dapat diberikan kepada ibu, ibu rela menanggung segala kesakitan mu duhai anak.
Sedari jam 1pagi, Along masih lagi menangis dan merengek. Batuknya tidak berhenti lagi dan kepalanya agak panas. Aku terus menampalkan cool fever di atas dahinya dengan harapan suhu badannya turun. Ya Allah berat sungguh ujian yang kau berikan kepada anak kecil ku ini. Tanpa disedari air mataku membasahi pipi melihatkan keadaan Along begitu rupa. Puas aku memujuknya untuk tidur. Diberikan puting yang telah dicicahkan madu juga dia tidak mahu menerimanya. Aku dan abang bergili-gilir mendukung Along sambil dia menangis dan merengek mungkin ingin memberitahu bahawa dia tengah sakit kerongkong akibat batuk yang teruk itu. Agak hilang keruan kami berdua dibuatnya. Tanpa berfikir panjang aku dan abang terus memberikan ubat batuk kepada Along. Puas juga aku dan abang memujuk Along supaya tidur dan melihatkan jam di dinding sudah menunjukkan pukul 2pagi Along sudah terlelap bersama puting di mulutnya.Di dalam hati sentiasa berdoa semoga Allah memberikan kesihatan yang baik kepada anak kesayanganku ini.
Suka duka dan warna warni kehidupan seindah ciptaan Tuhan,namun hidup perlu diteruskan..
15 July 2011
07 July 2011
AsTrO OaSIS..
Untuk menaip entry ini sugguh aku teruja melihatkan Along begitu berminat melihat rancangan tv di Astro Oasis. Rancangan kegemarannya adalah zikir-zikir memuji kebesaran Allah s.w.t sebelum berkumandangnya suara azan. Sungguh aku teruja dan kagum melihat reaksi anakku ini. Baik-baik saja keadaannya melihat rancangan itu di kaca tv. Tidak merengek dan menangis meminta untuk didukung. TAPI, bila habis sahaja rancangan itu mulalah Along merengek-rengek minta didukung. Sungguh cerdik anakku ini bukan.
Alhamdulillah sungguh aku bersyukur melihatkan perkembangan Along sekarang. Di dalam hati ini sentiasa berdoa mudah-mudahan anakku terus-terusan begitu sehingga besar dan mudah-mudahan dengan kalimah-kalimah suci Allah itu dapat menyembuhkan segala penyakit anakku ini. Ada juga terdetik di hati ini alangkah bagusnya jika Along menjadi seorang Ustaz bila besar nanti dan dapat mendoakan ibu dan ayah serta mengimamkan sembahyang jenazah bila kami tiada nanti. Sungguh besar harapan aku pada Along tetapi jika takdir dah menentukan segalanya aku pasrah. Tetapi aku akan cuba sedaya upaya untuk menjadi seorang ibu yang akan mendidik dan menjaga amanah daripada Allah ini. Ibu sayang sangat kat Along dan ibu mahukan segalanya yang terbaik untuk permata hati ibu ini.

06 July 2011
HaK MiLiK KaMi
Seawal pagi telefon bimbitku sudah berdering. Aku terus mencapai telefon dan terus melihat nombor yang tertera di skrin telefon bimbitku dan siapakah pemanggilnya? Tenyata aku tidak mendapat jawapannya dan tanpa membuang masa aku terus menjawab panggilan tersebut, rupa-rupanya panggilan tersebut adalah dari pihak hospital Putrajaya. Dalam hati terdetik Alhamdlh..tapi apakah yang mereka mahu??...
Perbualan diteruskan dan pihak hospital memberitahu bahawa Along diperlukan masuk ke wad kanak-kanak 2C, Hospital Putrajaya pada 19.7.2011 jam 2.00ptg. Pada 20.7.2011 pula Along perlu menjalani ujian MRI di Hospital Serdang. Alhamdulillah bersyukur pada mu Ya Allah kerana doaku kau makbulkan. Perasaan suka beserta susah hati memikirkan keadaan Along nanti berada di dalam wad tanpa buaiannya. Adakah anak ibu dapat tidur tanpa teman akrabnya itu..erm..aku berharap segalanya dipermudahkan untuk kami sekeluarga.

05 July 2011
BeRiTa YaNG AmAt SeDiH..
Hari ini merupakan temujanji Along dengan Doktor Pakar Bahagian Pediatrik. Doktor yang merawat along pada hari ini ialah Dr. Chan dan banyak perkara yang dibincangkan tentang perkembangan Along. Setelah Doktor memberikan tempoh selama 6bulan untuk perkembangan Along meniarap, ternyata Along belum mencapai lagi kemahiran tersebut pada usia 8bulan. Doktor Chan telah mengesahkan Along sebagai Cerebral Palsy & Delevopment Delay. Pada saat ini ternyata air mata bergenang di kelopak mataku mendengarkan berita tersebut. Betapa luluhnya hati seorang ibu apabila mendapat berita sedemikian tentang perkembangan anak kesayangannya. Aku akur dengan apa yang diperkatakan oleh doktor dan aku sepatutnya bersyukur kerana Allah masih lagi meminjamkan Along kepada kami. Doktor menerangkan serba sedikit tentang Cerebral Palsy dan penyakit ini tiada ubat untuk menyembuhkannya kecuali TERAPI..TERAPI..& TERAPI..Dengan cara ini sahajalah yang dapat membantu perkembangan Along untuk masa hadapannya. Semoga anak ini tabah menghadapi dugaan yang diberikan oleh Allah s.t.w.
15 June 2011
BaGaI iSi DgN KuKu PeRumPaMaANnYa BaGaI PuTiNg DgN MaDu
Ermm....bila bercerita bab puting dgn madu mungkin ramai yang pelik mendengarnya..Tapi bagi Along adalah sudah menjadi sebati dengan kehidupan sehariannya malah jika tiada kedua2 benda ni maka tak dapatlah dia tidur dengan lena.
Setiap kali Along nak tidur, encik putingnya pasti dicelupkan dengan madu sedikit dan barulah dia akan tidur..itu pun bukan sekali sahaja, kadang2 3,4 kali jugaklah mengulang step itu untuk menidurkannya. Bak kata pepatah melayu 'Bagai isi dengan kuku' itulah perumpamaan seperti 'Bagai puting dengan madu'.
Pasti ramai yang tertanya kenapa dan bagaimana aku boleh berbuat demikian kepada anak aku begitu kan?he3. Pada mulanya ada seorang sepupu suami memberikan petua supaya memberikan madu bercampur air masak dan diberikan kepada Along dengan menggunakan botol susu. Tapi malangnya Along tidak dapat menerima keadaan sedemikian. Aku cuba jugak ikhtiar dengan cara lain. Dan akhirnya aku terfikir untuk mencelupkan en.putingnya dengan madu itu. Akhirnya eksperimen aku berjaya dan sekarang sudah sebati dengan kehidupan harian Along. Kadang2 aku terfikir suatu hari nanti sudah pasti susah untuk aku memisahkannya dengan Along.

10 May 2011
PeRTeMuAn YaNg TeLaH DiRaNCaNg DaN AkHiRnYa...
16 March 2011
SpLiNt uTk ALoNG..
Temujanji along pada hari ini di bahagian Otorpedik & fisioterapi..bila berjumpa dengan doktor Otorpedik mengesahkan bahawa kaki along normal macam bayi normal yang lain..alhamdulillah syukur pada mu Ya Allah kerana masih memberikan kesihatan yang baik pada anakku ini..tetapi seharusnya saya dan abg perlu beringat bahawa kami perlu membawa along lagi bejumpa doktor Otorpedik pada 1.6.2011 untuk doktor memantau lebih lanjut lagi tentang perkembangan tulang kaki Along..selepas itu saya dan abg membawa along ke bahagian rehab untuk pemeriksaan seterusnya..untuk pertama kalinya along menerima rawatan disini, dengan tidak disangka-sangka kami berjumpa dengan Jurupulih Perubatan iaitu En. Amirul Firdaus yang dahulunya juga merupakan Jurupulih along ketika berada di ward NICU. Dahulunya En. Amirul memberi tunjuk ajar bagaimana cara-cara untuk merangsang deria rasa along sewaktu along masih minum susu menggunakan bantuan tiub..En. Amirul memeriksa kaki Along dan seharusnya Along mesti memakai Splint untuk membetulkan semula kedudukan pergelangan kakinya..
![]() |
| ~ Splint kaki untuk Along dipakai pada setiap malam ~ |
Subscribe to:
Posts (Atom)