|
~ Di hari FAMEkids, Puchong ~
Alhamdulillah syukur pada Mu Ya Allah kerana masih lagi diberi kesempatan untuk aku bertemu dengan insan-insan yang cukup istimewa di hatiku. Bermulanya detik pertemuan ini adalah dari membaca blog-blog mereka yang mana nasibku seperti mereka. Sesungguhnya aku tidak berdiri keseorangan di dunia ini kerana masih ada lagi insan yang senasib dengan ku. Semangat dari ibu-ibu dan anak-anak yang comel inilah yang aku perlukan untuk meneruskan kehidupan ini. Semoga persahabatan yang terjalin ini berkekalan hingga akhir hayat dan mendapat keberkatan dari yang maha esa. Amin. |
Sebelum ini aku hanya membaca blog-blog mereka sahaja dan tidak pernah bersua muka. Hari ini merupakan hari yang cukup bermakna buat aku kerana dapat juga berjumpa dengan ina & nabila yang sangat comel, ayu & aisya yang sangat manja, zura & habib yang sgt sporting. Sungguh aku gembira. Walaupun aku tidak dapat hadir di awal majlis, tapi akulah orang yang paling terakhir hadir ke majlis tersebut dan sempat jugak berjumpa dengan mereka. Walaupun hanya beberapa minit sahaja bersembang dengan mereka aku harap ada lagi kesempatan untuk aku berjumpa mereka nanti.
No comments:
Post a Comment