Pages

Followers

10 October 2011

WaLauPuN PaHiT TeTaP Ku TeLAn JuA...

     Sepahit mana pun hempedu...lagi pahit untuk aku terima semua ini...pada temujanji Along pada 6.10 yang lepas..banyak perkara yang kami bincangkan dengan Doktor berkenaan dengan Along...aku dan en.abang mengambil cuti pada hari tersebut memandangkan appoiment Along hingga ke petang. Seawal pagi jam 8.00pagi sudah beratur di kaunter untuk membuat pendaftaran. Punyalah ramai orang pada pagi tu..erm..biasalah hospital kerajaan kan. Selepas membuat pendaftaran, kami membawa Along ke bahagian mata. Orang pertama yg dapat jumpa doktor pada hari tu..he3..sgt suka berbanding masa usia Along 2bulan dulu..punyalah ramai orang dan lama giler nak tunggu giliran..yang tak boelh dilupakan masa tu Along kena titik ubat ke dalam mata setiap 15minit bertujuan untuk membesarkan anak mata. Tujuannya untuk memudahkan doktor melihat struktur sel-sel mata Along. Sehingga kami membawa ubat tu balik ke rumah dan selepas rehat ke hospital semula untuk doktor membuat pemeriksaan terhadap mata Along..masa tu doktor ckp mata struktur mata Along ok cuma tidak pasti sejauh mana fungsinya. Temujanji Along pada usia setahun pula untuk mendapat kepastian yang lebih lanjut.

 (8.00 pagi)
Temujanji Di Bahagian Mata : Doktor memeriksa mata Along dan memberitahu bahawa mata Along rabun dekat dan sedikit juling..tetapi julingnya tidak berapa ketara. Ya, memang aku akui seperti di entry yg lepas aku ada tunjuk gambar Along yang matanya agak juling. Doktor memberitahu yang Along perlu memakai cermin mata untuk memulihkan rabunnya itu. Temujanji 6bulan lagi dari sekarang, doktor nak pastikan samada power mata Along turun ataupun tidak. Jika powernya tetap sama...itu bermakna Along perlu memakai cermin mata. Tak pe la dik...kalau kena pakai pun pakai la..suma ni untuk kebaikan adik juga tau..mesti adik lagi encem kan bila pakai cermin mata..(ayat penyedap hati)

 (10.30 pagi)
Temujanji Di Bahagian Ortopedik : Sebelum ini memang Along ada follow-up dengan bahagian ortopedik kerana keadaan di bahagian buku lali (antara betis dengan tapak kaki) yg agak keras apabila dibengkokkan.Ini disebabkan Along selalu kejangkan kaki. Doktor kuatiri Along mengalami sejenis penyakit yang berkaitan dengan tulang yang menyebabkan Along tidak boleh membengkokkan kakinya lagi..(erm..lupa lak nama penyakit tu) Alhamdulillah, temujanji pada kali ini doktor telah mengesahkan Along tidak mengalami penyakit itu..dan Along tidak perlu lagi follow-up lagi dengan bahagian ortopedik.

(11.30 pagi)
Temujanji Di Bahagian Peads : Result MRI Scan Along dapat diketahui pada hari ini. Paling mendebarkan aku untuk mendengar keputusannya. Selama 2bulan kami menunggu untuk mengetahui keadaan otak Along. Doktor memberitahu bahawa kecederaan otak yang terlibat adalah di bahagian depan dan belakang. Manakala di bahagian tengah otak Along mempunyai cecair yang nampaknya membengkak. Fungsi yang mungkin terganggu ialah mata (penglihatan), telinga (pendengaran), dan pemikiran (belajar). Kata doktor lagi perkembangan kepala Along normal cuma perkembangan badan dan kakinya mungkin kecil sedikit kerana Along banyak guna tenaga semasa dia kejang. Ya Allah, aku sungguh sedih dan sangat kecewa bila mendengar keterangan itu. Tidak tercapai akal untuk memikirkan sebarang kemungkinan yang akan terjadi pada anak kesayangan ku ini. Kata-kata doktor tu aku pegang walaupun pahit tetap ku telan jua..tetapi kuasa Allah siapa yang boleh tanding kan? betol takkkk? semoga ada kejaiban di kemudian hari buat si Along...doa dari ibu untuk Along tidak pernah putus sayang...semoga ada keajaiban untuk anak ibu seperti kanak-kanak normal yang lain..amin..

(2.30 petang)
Temujanji Di Bahagian OCCT Teraphy : Kesian kat Along letih dari pagi berada di hospital dengan temujanji itu ini. Makan entah ke mana...tidur pun berapa minit jer..ibu faham Along letih..tapi latihan terapi tetap kena buat juga untuk perkembangan Along..sabar yer sayang..Along dapat cikgu baru ari ni..setiap kali pergi terapi mesti bertukar2 cikgu..tak pe la..janji korang buat terapi untuk Along..walaupun dari pagi Along di hospital, mood Along ok sedikit dari hari2 yang sebelum ni. Pelik gak aku tegok gelagat si kecik ni..kejap jer nangis yg selebihnya suka mengekek2..

    Selepas abis temujanji kami balik ke kuarters di Putrajaya dan berehat. Letih sungguh kami seharian di hospital. Selepas memberi Along makan, mandi dan aku masukkan dia dalam buai langsung terus dia tidur hingga ke maghrib. Cian anak ibu letih...selepas maghrib kami bertolak pulang ke rumah mak di Ampang.

~ Along di Hospital Putrajaya menunggu giliran ~

4 comments:

  1. insyaallah kak,mudah-mudahan along trs sht & m'bsr sprt bdk2 lain...sedih bace ksh along tp brt mata m'mandang,brt lg bahu yg m'mikul...mudah-mudahan Allah trs m'beri kshtn kpd akak n husband agar dpt m'jaga along...xpela kak,doctor cume manusia biasa,Allah Maha Berkuasa...sape tau ade k'ajaiban yg b'laku kn... =)

    ReplyDelete
  2. aLHAMDULILLAH....LEGA CKIT ECAH DGR.....xpe kak ida keep on pray to Allah...doa ibu sangat berkesan jika kita tidak berputus asa..ade hikmah sebaliknya...ade rezeki disebaliknya...insyaAllah..ade mungkin ade mukjizat disebaliknya...Along akan sembuh suati hari nanti..ecah akan doakan sama tuk Along...

    ReplyDelete
  3. tima kasih kwn2 kerana byk mendoakan Along n beri kata2 semangat..semoga hidup kalian juga diberkati Allah..amin..

    ReplyDelete
  4. Semoga dipermudahkan segalanya.Doktor hanya seorang manusia yang bisa meramal berdasarkan ilmu dan pengalamannya tetapi yang menentukan adalah ALLAH.Teruslah berusaha dan berdoa kepadaNYA.Insyaallah..doa ibu itu makbul ;)
    Hug untuk ida dan along.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...