Saja nak tukar selera untuk hidangan santapan Along dihujung minggu..inilah bubur nasi yang aku campurkan dengan kurma...tu je ker????aah...memang tu jer resepi dia..sedikit beras dan 3biji kurma....sangat senang kan..kurma memang banyak khasiatnya..mudah2an dapat memberikan kesihatan yang baik pada Along..saja la aku nak tukar supaya Along tak jemu..jika hari2 biasa aku bekerja, mak mertua aku yang buatkan bubur untuk Along. Biasanya mak mertua aku masak bubur letak ayam..carrot...kentang..sekali-sekala hujung minggu aku saja nak tukar cara hidangannya...memang Along suka makan bubur yang bercampur kurma tu sebab manis...ha...kalau bubur biasa pun nenek dia letakkan gula sedikit..kalu tak manis jawabnya mencemik la si Along tu tak nak makan bubur yang tawar dan masin tu..kadang2 campur gak la madu..
Kebaikan Kurma
Kurma adalah makanan paling istimewa dan mempunyai khasiat tersendiri. Diriwayatkan Imam Bukhari, Rasulullah saw bersabda yg bermaksud:”Sesiapa yg makan 7 biji tamar ‘Ajwad’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu.”. Selain itu Rasulullah saw turut bersabda yang bermaksud: “Beri makan buah tamar kepada isteri-isteri kamu yang hamil dan barang siapa yang memakan buah tamar tersebut semasa hamilnya, maka anak yang akan lahir itu akan menjadi anak yang penyabar dan bersopan santun, kerana makanan Siti Maryam ketika melahirkan Nabi Isa a.s adalah buah tamar.”
Amalan memakan buah kurma boleh mengurangkan risiko seseorang diserang penyakit kronik seperti penyakit jantung dan kencing manis.
|
~ inilah rupanya bubur nasi bercampur kurma ~ |
No comments:
Post a Comment