Pages

Followers

11 April 2013

Telinga...

Alhamdulillah..
Ibu telah bawa Taqim untuk temujanji pemeriksaan telinga pada 10.4.2013,
di Hospital Putrajaya...
Kali ini doktor menggunakan alat baru untuk menguji sejauh mana telinga anak ibu boleh berfungsi...
Dengan beberapa minit sahaja alat itu di masukkan ke telinga anak ibu, keputusan dapat diketahui..
Doktor dengan senyuman yang manis memberitahu,
Untuk ke empat kali, keputusannya sangat baik.
Tiada masalah pendengaran untuk anak ibu..
Setinggi-tinggi syukur ke hadrat ilahi apabila ibu mendengar berita baik itu..

Masih teringat lagi ketika Taqim kecil dahulu,
Ibu dan ayah sedaya upaya cuba merangsang bunyi kepadamu nak..
Kata doktor tak perlu bazirkan wang ringgit untuk beli mainan mahal-mahal..
hanya gunakan apa yang ada di rumah..
Taqim tau apa ibu buat dulu?
Ibu gunakan sudu dan pinggan plastik sahaja
Ibu ketuk benda itu supaya Taqim boleh mengesan bunyi di mana..
Taqim juga akan menangis terkejut bila mendengar bunyi telefon berdering kuat.
Dan waktu itu juga ibu yakin anak ibu boleh mendengar.
Alhamdulillah ibu yakin dengan janji Allah itu..
Moga keistimewaan ini Allah masih pinjamkan lagi buatmu nak..

08 April 2013

Mata Mustaqim...

Sekian lama ibu tidak mencoret di sini...
Terasa rindu sangat nak meluahkan...nak menceritakan...nak berkongsi rasa...
Sejak kebelakangan ni ibu sibuk sangat..
Banyak kerja yang perlu disiapkan..
Semuanya nak kena settle segera...
Uwaaaaa.....

Tapi alhamdulillah ibu masih lagi diberikan kekuatan untuk menjaga anak yang sangat istimewa ini..
Tentang temujanji dengan Doktor Mata di Hospital Putrajaya
Ibu tidak pernah lupa akan tanggungjawab itu...

5.4.2013 (Jumaat)
Temujanji dengan Pakar Mata
Setengah hari kami di sana..
5 minit pertama doktor titik ubat dekat mata Taqim...
Selepas setengah jam kemudiannya
Doktor titik lagi ubat bagi memudahkan pembesaran kornea mata.
Terkulat-kulat mata anak ibu menahan kepedihan..
Kesiannya anak ibu...
Selepas setengah jam...doktor cek mata Taqim..
Macam-macam doktor bagi ujian kat anak ibu..
Doktor letak manik-manik warna di atas tapak tangan..
Doktor suruh Taqim tengok manik-manik tu..
Tapi malangnya anak ibu tak tengok pun pada manik-manik warna yang kecil tu...
Doktor cuba uji mata anak ibu guna lampu suluh dan kanta..
Ermmm.....
Paling sedih doktor kata mata anak ibu rabun dekat...mata sebelah kiri juling sedikit...
Power 300 lebih...
Still sama macam setahun yang lepas..
Doktor bagitahu yang anak ibu perlu pakai kanta mata..
Oh Tidak!!!!!!!
Ibu cuba berbincang dengan doktor supaya anak ibu diberikan peluang setahun lagi..
Doktor akur dan memberi peluang lagi setahun..
Alhamdulillah..
Tapi ibu perlu bekerja keras untuk memberikan terapi mata yang terbaik untuk anak ibu...
Mudah-mudahan mata anak ibu cepat sembuh dan dapat melihat dengan baik..




07 January 2013

"Luxury Taste"

Alhamdulillah...
Syukur pada mu Ya Allah...
Kerana rezeki yang kau limpahkan kepada kami sekeluarga...
Buat anak istimewa ini...



Dengan niat memulakan perniagaan secara kecil-kecilan
untuk mencari pendapatan lebih,
untuk mengumpul dana perubatan anak istimewa kami,
agar dapat kami bawa anak istimewa ini berterapi di tempat yang lebih baik.

Dengan lafaz Bismillah...
Dengan ini saya memperkenalkan blog "Luxury Taste"
kepada semua bolehlah ringan2kan jari untuk klik2 di sini..


Jutaan terima kasih juga kepada semua yang tak henti2 memberikan sokongan pada kami..
Moga Allah berkati dan murahkan lagi rezeki kalian semua...Amin...
Yang baik itu semua datangnya dari Allah...
dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan diri saya sendiri..


01 January 2013

....2013.....

SELAMAT TAHUN BARU 2013
kepada semua...
Mohon jutaan kemaafan kerana telah lama blog ini bersawang...
banyak kisah2 yang tak sempat nak diceritakan di sini..
moga tahun baru dengan azam baru
akan menguatkan semangat kami sekeluarga untuk menempuh liku-liku kehidupan ini.
Tahun 2012 akan kami jadikan kenangan terindah 
dan
Tahun 2013???
Banyak agenda yang kami rancangkan buat si comel "MUHAMMAD MUSTAQIM"

Apa yang kami rancangkan???

Moga lebih banyak melakukan terapi untuk meningkatkan kemajuan pada diri anak istimewa ini...
Ibu ingin melihat anak CP ini melangkah bertatih bermain bola dengan ayahnya suatu hari nanti...mampu berdikari sendiri...mampu makan dan minum sendiri....
Mungkin terlalu tinggi impian seorang ibu terhadap anak istimewa ini bukan???
Tapi....percayalah....
Jika ada usaha kita dan keajaiban dari-Nya tidak mustahil semua itu akan berlaku bukan..
Insyallah..


~ cuba tengok Mustaqim tu kemain suka dia...he3....

24 July 2012

28 Tahun Sudah...

Alhamdulillah..
Terima kasih Ya Allah kerana engkau masih beri kesempatan kepadaku untuk menghirup udara segar di muka bumi ini..
Sungguh hebat kuasa mu Ya Allah kerana menyatukan benih ibu dan bapa ku..
Dengan kuasa mu juga lahirlah aku kedunia..
Tak terucap dengan kata-kata di atas kejadian semua ni..
Subhanallah...aku syukur pada mu Ya Allah..
Terima kasih mak yang telah bertarung nyawa untuk melahirkan ku..
Teringat kesakitan yang aku rasa suatu ketika dahulu untuk melahirkan zuriatku..
Begitulah juga mak merasainya 28tahun dahulu..
Sesungguhnya banyak pengorbanan mak buat aku..
Terima kasih mak..untuk segalanya..
Moga hidup mak diberkati Allah s.w.t.

Ya Allah Ya Tuhanku...
Di hari bahagiaku ini..
Ku menadah tangan dengan rasa rendah dirinya..
Memohon dilanjutkan usia agar dapat ku menjaga anak istimewa yang kau pinjamkan untuk ku ini..
Kau murahkanlah rezeki untuk ku agar dapat ku menggunakannya pada jalan yang kau redhai..
Kau berikanlah kesihatan yang baik agar dapat ku uruskan zuriat ini sehingga akhir hayatnya..
Kau berkatilah hidup ku..
Kau kuatkanlah semangatku..
Kau kuatkanlah kasih sayang antara kami..
Amin...amin...Ya Rabbalalamin..

23 July 2012

Corner Chair For Taqim

Alhamdulillah..
Hasil berkat keuntungan ibu jual kuih selama ini..
Ibu belikan Taqim Corner Chair..
Semalam ibu berjumpa Kak Azlina The Helping Hand..
Yang mana sebelum ini ibu tak menempah corner chair terlebih dahulu..
Corner chair ini ibu beli yang The Helping Hand punya.
Terima kasih byk2 k.Azlina sebab sudi jualkan corner chair yang The Helping Hand punya..
Ibu sangat terharu kerana mampu memiliki corner chair ini untuk anak kesayangan ibu..
Harapnya selepas ini siku anak ibu tak lagi lebam dek penangan teacher mengikat Taqim pada kerusi plastik.
Hati ibu mana yang tak gundah melihat keadaan anaknya sedemikian..
Dan mudah-mudahan anak ibu selesa dengan corner chair yang ibu belikan ini..
Corner chair ini ibu letak dekat taska
Supaya Taqim boleh duduk dengan selesa...meterial kerusi ni pulak lembut dan bentuknya pula sesuai dan dapat menyokong badan ketika duduk..tombol di celah kangkang tu pulak untuk menahan badan supaya tidak terkeluar dari kerusi..

~ ni la K.Azlina yang baik hati dan sudi menjualkan corner chair kepada kami ~

~ amboi...sukenyer anak ibu ni...dpt corner chair baru yer syg...~
Harga Corner Chair ni RM135..
Harga istimewa selepas melepasi beberapa syarat..


~ Testing-testing...yg ni pun ok jugak kan ibu? ~
Ini pula CP Chair..kerusi dan meja sekali...kalau letak toys lagi bagus..tak la bosan bila si kecil duduk di sini..
Semasa ambil Corner chair pagi semalam, sempat lagi ibu testingkan Taqim duduk di atas CP Chair ni...harganya pun boleh tahan...lebih kurang RM450-RM600...
Ada niat di dalam hati ibu untuk melihat Taqim duduk sebegini di rumah..
Kalau ada rezeki lebih, nanti ibu belikan yang ini pula yer sayang..
Tapi Taqim kena janji dengan ibu tau,
Tak mo nangis-nangis kejangkan kaki lagi ok..
Nanti sia-sia jer ibu belikan CP Chair ni..

19 June 2012

Mustaqim Oh Mustaqim..

Pada hujung minggu yang lepas...
Ibu sibuk memasak di dapur..
Si ayah pula sibuk dengan tidurnya..
Al-maklumlah malam tu tengok bola sampai ke pagi..
Akhirnya ayah tewas dan terpaksa mengqada' kan tidurnya di siang hari...

Ibu biarkan Taqim baring di depan tv..
Dan ibu sibuk memasak untuk menyiapkan sarapan pagi..


Punyalah ibu sibuk di dapur..
Diam jer dia kat depan tv tu..
Selalunya dia merengek minta di angkat..
Tapi lain pula pagi tu...
Sekali ibu rasa tak sedap hati kenapa anak ibu diam jer...
Sekali ibu toleh dari dapur...



Tu dia.....


Bergegas ibu berlari dari dapur
Terkejut tengok aksi sedemikian rupa..
Ya Allah...
Di dalam hati kecil ni berkata mungkin Taqim nak ke dapur tolong ibu..
Beginilah caranya..
Andai dia boleh berjalan seperti anak2 tipikal yang lain..
Mungkin Taqim sudah berada di dapur bersama-sama dengan ibu
Sama-sama sibuk buka almari..
Ambil senduk..ambil periuk..lepas tu ketuk-ketuk..
Alangkah indahnya jika itu semua berlaku di depan mataku..he3..
Tak per Taqim...
Ibu tahu setakat mana kemampuan anak ibu..
Moga anak ibu semakin sihat dan kuat yer sayang..

Nama Along Sudah Bertukar!!!!!

Pejam celik sekejap jer masa berlalu..
Dah 3bulan Along di hantar ke Taska
Satu jangkamasa yang amat kami kagumi dengan Along
Kerana pada mulanya kami khuatiri dengan keadaannya di situ
Alhamdulillah, syukur padamu Ya Allah kerana memberikan kami peluang merasai semua ini
Semenjak Along di hantar ke Taska itu, banyak perubahan yang berlaku pada dirinya
Tidak lagi seperti dulu yang tinggal bersama dengan neneknya
Al-maklumlah kan kalu dengan nenek dia manja sangat..
Bila sekarang tinggal dengan cikgunya
Along tidak lagi boleh manja dan tidak boleh curi tulang..
Banyak latihan yang cikgu ajar, semua kena buat..
Setiap hujung minggu pun cikgu bagi latihan suruh ibu ajar Along kat rumah...

Dan...

Kini
Along lebih peka namanya dipanggil dengan nama Mustaqim..
Kerana di taska cikgunya memang memanggilnya dengan nama itu..
Kawan-kawannya juga memanggilnya Mustaqim..
Dulunya namanya ditukar kerana dari kecil asyik menangis sahaja..
Selepas tukar nama panggilan pun nangis juga..he3..entah kenapala anak ibu asyik nangis...
Dan kini ibu dan ayah terpaksa menukar semula dengan panggilan nama:

*** MUSTAQIM ***

atau 

panggilan manjanya..

***TAQIM***

Sesungguhnya nama itu memberika makna yang sangat baik iaitu titian sirotulmustaqim..jalan yang lurus...
Tiap-tiap hari semua orang akan menyebutnya di dalam sembahyang.
Sememangnya nama yang sangat bersesuaian dengan orangnya..
Dan mudah-mudahan anak ibu akan mendoakan ibu dan ayah agar dapat bersama-sama di syurga nanti..

18 June 2012

Burger Bakar Kaw Kaw, Ampang


Selamat Hari Bapa
Buat semua yang bergelar bapa..
Untuk suamiku...untuk abah ku..dan juga untuk bapa mertuaku..
Semoga kalian menjadi insan yang sangat bermakna dalam hidup ini..

Sempena Hari Bapa..
Turn ibu kena belanja ayah makan..aduyaiiii...he3..
Hari ibu dulu ayah belanja makan KFC..
Puas dah fikir nak belanja ayah Taqim makan apa..
Terlintas di fikiran nak makan burger pelik..
Ada masuk dalam tv hari tu..
Tapi tak tahu kat mana kedainya..
Lastly, bagitahu encik suami..nasib baik dia tahu.
Dan dia bawa kami ke Ampang..
Encik suami kata kat situ memang burger dia sangat glamour..
Burger Bakar Kaw Kaw..
Dalam 6.30petang  gak la kami sampai di situ..
Nasib baik ada dalam 5orang beratur nak oder burger


Kata encik suami, kalu lagi malam lagi ramai orang beratur dan lagi panjang..
Selepas dok bincang2 nak oder burger apa..
Inilah hasilnya:

~ Yang kiri ni harganya RM12.50...yang sebelah kanan tu RM7.50 ~
Burger yang kiri ni memang sedap...nampak tak cheese yang dok meleleh tu?uhai..tak tertahan ku melihatnya apatah lagi bila memakannya...daging yang lembut..memang terbaekkk!!!
Taqim lak ibu suapkan cheese jer..kesian lak asyik dok tengok ibu dengan ayah makan..

~ punyalah susah nak makan burger ni..kena nganga luas-luas..ha3~

Air warna hijo tu jus epal hijau + asam boiii...gelas besooo ghegenyer Rm6
Fuyoooo..semua mahal-mahal kan..tapi tak per la sekali sekala nak gak try rasa benda berbeza kan..
Ni alamat tempat Burger Kaw Kaw cawangan Ampang:

Dagang Avenue Food Court
Jalan Dagang, B/3A, Taman Dagang
68000 Ampang.

Dekat dengan Balai Polis Ampang, pastu cari kawasan foodcourt.

31 May 2012

Happy Anniversary ke-3!!!

Sejak kebelakangan ni ibu sibuk sangat dengan kerja..
Al-maklumlah dok admin ni sibuk nak jaga nama kementerian..
Sekarang sibuk dengan SSR..
Apa tu SSR?...Sistem Star Rating....
Nak kena capai target 5 bintang tu..
Lepas ni 5S pulak..
Uhaiiiii...tersangatla pening kepala bila memikirkan semua itu...

Tapi...
Tarikh anniversary
Tetap ibu tidak akan melupakannya...
31.5.2009
Masih segar lagi dalam ingatan..
Majlis yang menyatukan ibu dan ayah..
Majlis yang menyaksikan segalanya..
Dan..
Hari ni merupakan hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke-3
Sekejap jer rasanya bertambah usia perkahwinan..
Diharapkan semoga ikatan cinta ibu dan ayah kekal selamanya hingga akhir hayat.
Semoga ibu dan ayah dapat membesarkan Mustaqim dengan penuh kasih sayang..
Semoga kami dapat mengharungi liku-liku kehidupan dengan penuh sabar dan tabah..

Hari ni ibu dan ayah makan di luar sempena mengingati hari ulangtahun perkahwinan kami..




~Makan-makan di  Restoran Anje, Bangi..Nasi Beriyani Gam Johor~
~sedap...dan ghegenyer pun sedap...he3..~
Makan 2 orang RM18....memang puas hati...

Hah!!!!


Along di mana?


hehehe...
Along kat taska la...
Hari ni kena la tinggal kejap
Bagi change kat ibu dan ayah nak beromantika kan..
Cayang anak ibu...

04 May 2012

Car Seat Along

Sebelum ini ibu dan ayah ada membelikan carseat untuk Along
Untuk digunakan berulang alik dari putrajaya ke rumah nenek di Ampang
Tapi malangnya bila di dudukkan Along dalam carseat itu
Menangis, mengamuk sakan si awang tecik tu
Dan yang paling ibu tak boleh tengok dia keraskan badan dan kaki
Menahan nafas sehingga menangis muntah2..
Teruk bukan keadaan Along mcam tu?
Banyak kali dah mencuba tetapi semuanya sama sahaja..
Hati ibu mana yang sanggup tengok keadaan anak mcm tu kan?
Dan sudahnya carseat itu hanya di simpan di dalam stor
Sedih pulak hati si ayah sebab anak dia tak nak duduk dalam carseat yang dia belikan.hu3.


Sejak Along di hantar ke Taska,
Teacher Sarah ada memberitahu ibu
Yang dia ada melatih Along duduk di atas kerusi dan di ikat badan Along pada kerusi tersebut
Dalam setegah jam juga Along dapat bertahan
Bila mendengarkan hal tersebut
Si ayah berkobar-kobar untuk mencuba di rumah
Dan terus si ayah mengeluarkan carseat yang telah berbulan2 lamanya tersimpan di dalam stor
Dan terus mencubanya pada Along

Dan!!!
Inilah hasilnya!!
Suka sangat ibu dan ayah tengok perkembangan terbaru Along
Hanya sekali-sekala sahaja keraskan kaki
Tidak lagi seperti dulu
Alhamdulillah syukur sangat tengok perubahan ini pada anak ibu.

~ Carseat yang di beli di Carrefour Putrajaya. Harganya RM150, jenama Pliko ~
Amboi.....dah macam big boss daaaaa anak ibu ni...(syhhhh....Along tengah tengok tv tu!!!)he3.

Bila tengok rancangan tv tertentu sahaja yang dia boleh duduk diam macam ni tau...
kalu dia tengok zikir-zikir di astro Oasis lagi la tak berkelip mata tu...
nak jadi ustaz la katakan anak ibu ni bila besar nanti..amin..
mudah2an masin mulut ibu ni kan sayang...

Moga Along selesa duduk dalam carseat yang ayah belikan ni tau..
Lepas ni ibu tak mahu tengok Along baring jer kat bawah lagi ok!!!

03 May 2012

Restoran Haji Sharin Low

Semalam selepas ambil Along di Taska,
Ibu dan ayah bawa Kakak Malina iaitu sepupu Along..
Sebelum ni lupa nak bercerita tentang dia
Dah 4bulan Kakak Malina duduk dengan kita
Dia kerja dekat Taska Alif Ceria di Putrajaya
Sementara menunggu keputusan SPM keluar
Dia mengumpul duit untuk membeli Laptop
Dan akhirnya dia berjaya memiliki Laptop hasil usaha titik peluh sendiri.
Kakak Malina dah berhenti kerja pada hujung bulan 4 ari tu
Disebabkan Kakak Malina ingin melanjutkan pelajaran di Kolej Matrikulasi Gambang pada 28hb5
Ibu dan ayah mengambil kesempatan ini untuk belanja Kakak Malina makan
Restoran yang menjadi pilihan hati ialah:

~ Buku Menu ~

Sebelum ni ibu hanya dengar kawan-kawan di opis dok cerita pasal restoran ni...Saja la nak cuba pulak rasa macam mana kan? Restoran ni dekat Sungai Merab. Berdekatan dengan Putrajaya.

~ Antara Menu Pilihan ~

Pilih menu yang paling murah..nasi goreng jer tau!!!he3
Masakan Cina Muslim..
Sekali sekala kena juga kan rasa masakan lain, tak gitu kawan-kawan?

~ Along dan Kakak Malina ~

Sedap jugak la makanan kat sini..
Kalau tak sedap mau ku membebel 44 hari..hahaha..

~ Big boss yang kuat makan ~

~ Resit yang perlu dibayar sebelum keluar restoran ~

Nasib baik mood awang tecik masa tu baik-baik saja..
Disebabkan masa ibu ambil Along kat Taska dia tengah tidur.
Selalunya lepas Maghrib saja terus mengamuk nak tidur.
Semalam lain pula situasinya.
Perancangan kami semalam dipermudahkan.




02 May 2012

Tangan Bengkak

Hari Ahad yang lepas ibu bawa Along g berubat dengan k.raw lagi..
Kali ini anak ibu dibungkus dah jadi macam transformer dah...hahah..
sian anak ibu kan..
jom tengok balutan terbaru Along..
Kali ini bandage ditambah di siku..
kata k.raw untuk mengelakkan tangan daripada selalu membengkok mcm baby.

~ budak bucuk yang suka cembeng ~

~ anak ibu dah nak sama tinggi dgn ibu...he3 ~

Lepas balik dari rumah k.raw, Along merengek jer..tak selesa la tu badannya dibalut sedemikian rupa..
Dan kali ini pun selepas 6jam baru dibuka balutannya..
Dan hasil yang sangat ibu terkejut...
Jari jemari Along bengkak..
Susah hati ibu tengok keadaan macam tu dan ibu terus sapukan minyak dan urut2 sikit supaya bengkaknya reda..lama juga bengkak tu nak surut...keesokan paginya baru ok tangan anak ibu ni.
~ jari jemari gomuk2...~
sian anak ibu...





25 April 2012

Hati Orang Sape Yang Tahu...

Susah sebenarnya nak meramal hati seseorang bukan??
Tambahan pula jika seseorang itu baru kita kenali..
Kadang-kadang baru jer kenal seseorang itu.
Kita dah cepat mesra.
Tapi tak semua orang mcm tu kan?

Semalam ibu dan ayah ambil cuti untuk bawa Along ke Hospital, Putrajaya
Ada temujanji dengan bahagian mata..
Dan Alhamdulillah keputusan yang membuatkan hati ibu berbunga riang..
Mata Along yang dulunya di sahkan juling,
Kini sudah kembali normal..
Doktor pun pelik melihat situasi itu..
Semua ini keajaiban yang datangnya dari Allah s.w.t..
2,3 orang doktor pakar juga yang membuat pemeriksaan untuk mendapatkan kepastian..
Cuma power masih tetap sama seperti sebelumnya
Power mata Along 300..
Tahun depan jika power itu masih tidak berkurang juga, Along perlu memakai cermin mata..
Harapan dan doa ibu moga ada keajaiban lagi untuk Along nanti..

Sewaktu menunggu giliran untuk berjumpa dengan doktor pakar bahagian mata,
Kami duduk bersebelahan dengan seorang makcik yang sama-sama menunggu giliran.
Sungguh ramah makcik tu macam2 bertanyakan pasal Along..
Makcik tu juga sering bercerita tentang cucunya yang sebaya Along..
Bila ibu memberitahu makcik itu yang Along adalah O.K.U..
Sungguh makcik tu terkejut...katanya muka Along seperti anak-anak tipikal..
Ya...memang benar..ramai yang akan perkatakan sedemikian..
Agak lama kami berbual..
Selepas Along bertemu doktor, makcik tu masih di kerusinya lagi..
Ibu menghampiri makcik tersebut untuk memberitahu ingin pulang dahulu..
Dan tanpa di duga, makcik tersebut memberikan duit di dalam genggaman tangan Along..
Ya Allah...sungguh baik hati makcik itu..
Memandangkan Along tidak pandai menggenggam barang lagi..
Duit di tangannya seakan-akan nak terjatuh..
Sempat pula ibu sambar..
Sekeping wang kertas yang tertulis RM100..
Nilai yang sangat banyak jika dibandingkan dengan pertemuan yang begitu singkat..
Dan tiba-tiba air mata bergenang di kelopak mata ini..
Ya Allah...makcik!!!kenapa susah2 bagi duit ni?
Kata makcik tu : tak per...ambik la buat beli barang2 keperluan untuk Mustaqim..
Sungguh sayu hati ibu ketika itu
Hati orang siapa yang tahu kan?
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat makcik tu..
Moga Allah melimpahkan lagi rezeki buat makcik sekeluarga..
Inilah namanya rezeki anak istimewa sentiasa ada di mana-mana..
Tapi jangan sesiapa pula fikir bukan kami ibu-ibu yang memiliki anak istimewa ini suka meraih simpati..
Rezeki itu datangnya dari Allah s.w.t.
Selepas bersalam dengan makcik itu kami pulang ke rumah..

Pada petangnya pula ibu dan ayah bawa Along ke Klinik Kesihatan Presint 3, Putrajaya..
Untuk mendapatkan suntikan imunisasi bagi umur setahun setengah..
Menangis jugakla si awang kenit tu bila pahanya di cucuk...tapi sekejap jer selepas ibu berjaya memujuk..






19 April 2012

Rezeki Datang Tanpa Diundang...

Alhamdulillah...
Semenjak Along lahir ke dunia ni
Rezeki kami sekeluarga sangat murah
Rezeki yang datangnya dari Allah
Rezeki yang tidak pernah kami jangka
Rezeki untuk anak istimewaku
Yang aku menumpang di atas rezeki itu
Sungguh murah rezeki mu wahai sayang..

Sejak Along di hantar ke Taska
Ibu nekad untuk memulakan bisness jual kuih secara kecil-kecilan
Moga Allah melimpahkan lagi rezeki kita yer sayang
Sasaran ibu hanya satu untuk membawa Along buat rawatan HBOT (Terapi Oksigen) yang kos rawatannya menelan belanja sebanyak RM8000... 
Moga niat ibu ini dimakbulkan Allah..
Tiap-tiap malam lepas Along tidur
Ibu akan buat kuih minta ayah bawa ke sekolah letak di kantin
Ibu buat kuih apam mekar...cheesetart..muffin cup...
Satu hari satu jenis kuih jer ibu buat
Sebab ibu tak sempat nak buat semua tu kerana hari semakin malam
Walaupun tak banyak ibu buat tapi cukuplah untuk diletakkan sebagai jualan..
Alhamdulillah...semuanya rezeki dari Allah..


17 April 2012

Si Hitam Yang Menawan

Lupa nak kongsi cerita pasal ni...
Hari ni baru teringat..
Jom tengok apa dia kat bawah ni...


korang nampak tak?
mesti korang kata
Alaaaaaaaa
buntut keter la...
Erm...
jom...
jom kita tengok dengan lebih jelas lagi...

Taraaaaa....
dah nampak kan apa dia..
botol besar yang ada kat dalam bonet tu..
untuk isi gas..N.G.V.
bonet pun dah tinggal cenoit..
lepas ni kena beringatla..
bonet yg dulunya besar kini dah tinggal besar bonet kancil..
no more shoping!!!!kata encik suami..ha3..
Encik suami pasang ni yang jenis semi fibre...kurang berat sikit jika dibandingkan dengan jenis besi..kalau pasang yang betol-betol fibre lagi la ringan tapi ongkosnya la pulak ku tak mampu..hu3.
sangat jimat pakai gas jika dibandingkan guna minyak..patutla semua teksi guna N.G.V..
Semua ini kami lakukan untuk kemudahan dan kepentingan Along..
Tiap-tiap minggu nak bawa Along p Gedangsa berubat dengan kak Raw..
Nak berulang alik hari2 antar dan ambik Along di taska..
Jimat memang berbaloi..
Sayang sangat kat Si Hitam ni yang banyak berjasa..
Kau la jantung hati kami..
Semoga Allah memudahkan lagi urusan kami sekeluarga lepas ni...amin..



16 April 2012

2 Minggu Sudah....

Wah!!!
Tahniah Sayang!!!!
Sudah 2 minggu ker?
Suspen jer kan bila sebut angka 2 itu...
Hehehe...
Bukan mengenai diriku...
Ini berkaitan dengan Along..
2minggu sudah Along bersekolah di Taska Sarah Vira, Di Bandar Kinrara. Puchong..
Alhamdulillah..
Nampak ada perubahan pada diri anak kesayangan ku ini..
Dulu tido menggunakan buai elektrik..
Dan bertemankan en.puting dan madunya..
Tanpa kesemua itu maka tak tidurlah awang kenit tu..
Akan mengamuk sakan tak hingat dunia...
Tapi kini sejak bersekolah di Taska itu..
Semuanya itu hanya tinggal kenangan..
Kini Along mula pandai menyesuaikan diri di tempat baru itu,
Along dah pandai tidur meniarap..
Tidak lagi menghisap en.putingnya di siang hari..
Alhamdulillah..
Bukan senang sebenarnya nak melatih anak kecil ini berbuat sedemikian
Kerana tabiatnya yang sebelum ini telah sebati dengan dirinya selama lebih 1tahun
TAPI
Ibu tetap gagal !!!!!
Gagal untuk mendisiplinkan
Anak ibu
Tiap2 malam ibu terpaksa juga untuk memberikan en.puting dan madu..
kerana amukan Along yang bisa merobek hati ibu..
Teacher Sarah sangat mengambil berat pasal Along..
Selalu tanya ibu..
Kat umah U ada bagi dia puting dgn madu ker?
Ibu terpaksa menidakkan..
Huhuhuhu...ibu terpaksa sayang..tak mampu tengok anak ibu menangis di tengah2 malam..
Kalau teacher Sarah tau..mampos ibu kena bebel dgn dia nanti..uwauwauwa..
Teacher Sarah selalu pesan pada ibu..
Kita jangan ikut apa yg anak kita suka...
Kita sebagai ibu kena mencorakkan hidup dia..

~ nyenyaknyer anak ibu tidur~
ini gaya tidur terbaru



15 April 2012

Mandi Penutup

Malam sabtu ibu dan ayah bawa Along lagi mengharungi pekat malam ke rumah k.raw
Untuk apa?
Untuk mandikan Along dengan air masjid sebagai penutup segala mandi di rumah k.raw..
Sebelum ni Along mandi dengan air tanah dan daun sireh..
Kali ini hanya mandi dengan air masjid sahaja.
Alhamdulillah..selesai sudah bab mandi..
Selesai mandi Along tunggu untuk buat rawatan terapi minda..
Kepala je di balut dengan bandage..
Pada keesokan paginya pula,
Badan Along di balut dengan bandage dan teknik tangga dilakukan oleh k.raw..
teknik ini bertujuan untuk menguatkan tulang pinggang Along
dan membolehkannya dia duduk dengan tegak suatu hari nanti..
sebelum ni kaki Along dirapatkan..dan kali ini kaki Along dijarakkan supaya tidak bersilang..

~ Inilah rupanya kaki awang kenit tu ~

~ 6 jam baru boleh buka balutan ~

13 April 2012

Kami Merubah Hidup...

Alhamdulillah...
Alhamdulillah...
Dan Alhamdulillah...
Mulut dan hati ini tak henti2 mengucapkan syukur padaMu Ya Allah...
Kerana engkau sangat mengasihi kami..
Kau tak pernah membebani hidup kami..
Dan kami tetap akan berusaha dan berdoa..

Kini Kau beri kepada kami pelangi yang sangat indah...
Pelangi yang mewarnai hidup kami..
Harapnya pelangi itu akan kekal di dalam hati kami untuk selamanya..
Dulu hidup kami bergantung harap pada mak untuk menjaga Along sepanjang kami bekerja..
Dan ini bukanlah cara yang terbaik untuk kami..
Sehinggalah kami berusaha dan terus berusaha dan menemui jalan yang ini..
Kami kembali menetap di kuarters di Putrajaya..
Rumah yang dulunya suram..kini kembali meriah dengan penghuni sebenarnya..
Rutin harian setiap hari kami bermula seawal 5.00pagi..
Ibu dan ayah bangun menyiapkan diri untuk pergi mencari rezeki..
5.30pagi pula ibu akan mengejutkan Along untuk bangun mandi dan bersiap untuk ke Taska.
Dan pukul 6.00pagi kami perlu bergegas keluar untuk menghantar Along ke Taska di Bandar Kinrara, Puchong yang perjalanannya yang akan mengambil masa 30minit..
Selepas menghantar Along..ibu dan ayah pula bergegas keluar untuk ke ERL Bandar Tasik Selatan...ayah akan menghantar ibu ke situ dan seterusnya ayah akan ke sekolah di Bukit Indah, Ampang.
Di waktu petang pula..
Ayah akan mengambil ibu di pejabat tepat pukul 5.00ptg
Dan terus bergegas mengambil Along di Taska..
Perjalanan pergi dan balik dari Putrajaya ke Taska mengambil masa 1jam..
Sampainya di rumah kira-kira pukul 6.30ptg..
Beginilah rutin harian hidup kami sekeluarga..
Moga jalan hidup kami lebih dipermudahkan lagi
Jika permohonan en.suami untuk bertukar mengajar di Putrajaya diluluskan..
Moga ada pihak yang prihatin dengan keadaan Along..
Bagi memudahkan kami untuk menguruskan anak istimewa ini..

02 April 2012

First Day Along Ke School...

Hari ini ibu dan ayah ambil cuti..
Sebab exited sangat nak hantar anak bujangnyer ke Taska dan juga sebagai langkah bersedia jika teacher
di situ tak dapat mengawal perangai Along..
Seawal pagi lagi tepat jam 6.00pagi kami memulakan perjalanan untuk menghantar Along ke Taska..
Sepanjang perjalanan ibu dan ayah berpesan pada Along
Supaya duduk di sekolah elok-elok...
Jangan nakal-nakal...jangan ngamuk-ngamuk..kena dengar cakap teacher..
Ibu dan ayah kena pergi kerja cari duit..
Untuk bayar yuran sekolah Along..
Nanti petang ibu dan ayah ambil Along yer..
Seakan mengerti si anak kecil ini apa yang ibu dan ayahnya perkatakan..
Sungguh berat hati ibu buat pertama kalinya Along berada di bawah jagaan orang lain..
Setiap detik memikirkan bagaimanala keadaan anak aku di tempat baru..
Apa yang dibuatnya?...apa yang dimakannya?...apa yang dibelajarnya?..tidur ke tidak?..
Mesti menangis kuat anak ibu ni..
Ishhhh!!!!macam2 la yang ibu fikirkan tentang anak ibu berada di tempat baru..
Sapa tak risaukan anak kan????betol tak???
Kita sebagai ibu nakkan yang terbaik untuk anak kita kan..
Di sebelah petangnya ibu dan ayah mengambil Along di Taska..
Banyak cerita yang dibualkan dengan teacher Along..
Kata teacher, Along ok sahaja..
(dalam hatiku berkata: sajala tu teacher tu cakap macam tu supaya aku tak susah hati..he3)
Moga Along selesa di tempat baru...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...