Pages

Followers

25 April 2012

Hati Orang Sape Yang Tahu...

Susah sebenarnya nak meramal hati seseorang bukan??
Tambahan pula jika seseorang itu baru kita kenali..
Kadang-kadang baru jer kenal seseorang itu.
Kita dah cepat mesra.
Tapi tak semua orang mcm tu kan?

Semalam ibu dan ayah ambil cuti untuk bawa Along ke Hospital, Putrajaya
Ada temujanji dengan bahagian mata..
Dan Alhamdulillah keputusan yang membuatkan hati ibu berbunga riang..
Mata Along yang dulunya di sahkan juling,
Kini sudah kembali normal..
Doktor pun pelik melihat situasi itu..
Semua ini keajaiban yang datangnya dari Allah s.w.t..
2,3 orang doktor pakar juga yang membuat pemeriksaan untuk mendapatkan kepastian..
Cuma power masih tetap sama seperti sebelumnya
Power mata Along 300..
Tahun depan jika power itu masih tidak berkurang juga, Along perlu memakai cermin mata..
Harapan dan doa ibu moga ada keajaiban lagi untuk Along nanti..

Sewaktu menunggu giliran untuk berjumpa dengan doktor pakar bahagian mata,
Kami duduk bersebelahan dengan seorang makcik yang sama-sama menunggu giliran.
Sungguh ramah makcik tu macam2 bertanyakan pasal Along..
Makcik tu juga sering bercerita tentang cucunya yang sebaya Along..
Bila ibu memberitahu makcik itu yang Along adalah O.K.U..
Sungguh makcik tu terkejut...katanya muka Along seperti anak-anak tipikal..
Ya...memang benar..ramai yang akan perkatakan sedemikian..
Agak lama kami berbual..
Selepas Along bertemu doktor, makcik tu masih di kerusinya lagi..
Ibu menghampiri makcik tersebut untuk memberitahu ingin pulang dahulu..
Dan tanpa di duga, makcik tersebut memberikan duit di dalam genggaman tangan Along..
Ya Allah...sungguh baik hati makcik itu..
Memandangkan Along tidak pandai menggenggam barang lagi..
Duit di tangannya seakan-akan nak terjatuh..
Sempat pula ibu sambar..
Sekeping wang kertas yang tertulis RM100..
Nilai yang sangat banyak jika dibandingkan dengan pertemuan yang begitu singkat..
Dan tiba-tiba air mata bergenang di kelopak mata ini..
Ya Allah...makcik!!!kenapa susah2 bagi duit ni?
Kata makcik tu : tak per...ambik la buat beli barang2 keperluan untuk Mustaqim..
Sungguh sayu hati ibu ketika itu
Hati orang siapa yang tahu kan?
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat makcik tu..
Moga Allah melimpahkan lagi rezeki buat makcik sekeluarga..
Inilah namanya rezeki anak istimewa sentiasa ada di mana-mana..
Tapi jangan sesiapa pula fikir bukan kami ibu-ibu yang memiliki anak istimewa ini suka meraih simpati..
Rezeki itu datangnya dari Allah s.w.t.
Selepas bersalam dengan makcik itu kami pulang ke rumah..

Pada petangnya pula ibu dan ayah bawa Along ke Klinik Kesihatan Presint 3, Putrajaya..
Untuk mendapatkan suntikan imunisasi bagi umur setahun setengah..
Menangis jugakla si awang kenit tu bila pahanya di cucuk...tapi sekejap jer selepas ibu berjaya memujuk..






4 comments:

  1. masih ada lagi orang yang berhati mulia kan

    ReplyDelete
  2. mmg murah rezki along..syabas wat kak ida..saya sangat kagum ngn semangat n ketabahan ibu-ibu yang ade anak istimewa ni..klu ade rezki saya nk sgt jumpe ngn along..semoga kak ida sekeluarga terus tabah harungi ujian daripadaNya...

    ReplyDelete
  3. Kadang-kadang terharu apabila insan yang tidak mengenali kita , tapi sangat murah hati dengan "angel" kita.Murah rezeki along. Sofea pun selalu dapat duit mas tunggu giliran.

    ReplyDelete
  4. rezeki mereka siapa boleh duga kan...di sana nanti lagi mewah hidup mereka..moga Allah terus memberi pinjam anak syurga ini utkku...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...