Pages

Followers

31 May 2012

Happy Anniversary ke-3!!!

Sejak kebelakangan ni ibu sibuk sangat dengan kerja..
Al-maklumlah dok admin ni sibuk nak jaga nama kementerian..
Sekarang sibuk dengan SSR..
Apa tu SSR?...Sistem Star Rating....
Nak kena capai target 5 bintang tu..
Lepas ni 5S pulak..
Uhaiiiii...tersangatla pening kepala bila memikirkan semua itu...

Tapi...
Tarikh anniversary
Tetap ibu tidak akan melupakannya...
31.5.2009
Masih segar lagi dalam ingatan..
Majlis yang menyatukan ibu dan ayah..
Majlis yang menyaksikan segalanya..
Dan..
Hari ni merupakan hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke-3
Sekejap jer rasanya bertambah usia perkahwinan..
Diharapkan semoga ikatan cinta ibu dan ayah kekal selamanya hingga akhir hayat.
Semoga ibu dan ayah dapat membesarkan Mustaqim dengan penuh kasih sayang..
Semoga kami dapat mengharungi liku-liku kehidupan dengan penuh sabar dan tabah..

Hari ni ibu dan ayah makan di luar sempena mengingati hari ulangtahun perkahwinan kami..




~Makan-makan di  Restoran Anje, Bangi..Nasi Beriyani Gam Johor~
~sedap...dan ghegenyer pun sedap...he3..~
Makan 2 orang RM18....memang puas hati...

Hah!!!!


Along di mana?


hehehe...
Along kat taska la...
Hari ni kena la tinggal kejap
Bagi change kat ibu dan ayah nak beromantika kan..
Cayang anak ibu...

04 May 2012

Car Seat Along

Sebelum ini ibu dan ayah ada membelikan carseat untuk Along
Untuk digunakan berulang alik dari putrajaya ke rumah nenek di Ampang
Tapi malangnya bila di dudukkan Along dalam carseat itu
Menangis, mengamuk sakan si awang tecik tu
Dan yang paling ibu tak boleh tengok dia keraskan badan dan kaki
Menahan nafas sehingga menangis muntah2..
Teruk bukan keadaan Along mcam tu?
Banyak kali dah mencuba tetapi semuanya sama sahaja..
Hati ibu mana yang sanggup tengok keadaan anak mcm tu kan?
Dan sudahnya carseat itu hanya di simpan di dalam stor
Sedih pulak hati si ayah sebab anak dia tak nak duduk dalam carseat yang dia belikan.hu3.


Sejak Along di hantar ke Taska,
Teacher Sarah ada memberitahu ibu
Yang dia ada melatih Along duduk di atas kerusi dan di ikat badan Along pada kerusi tersebut
Dalam setegah jam juga Along dapat bertahan
Bila mendengarkan hal tersebut
Si ayah berkobar-kobar untuk mencuba di rumah
Dan terus si ayah mengeluarkan carseat yang telah berbulan2 lamanya tersimpan di dalam stor
Dan terus mencubanya pada Along

Dan!!!
Inilah hasilnya!!
Suka sangat ibu dan ayah tengok perkembangan terbaru Along
Hanya sekali-sekala sahaja keraskan kaki
Tidak lagi seperti dulu
Alhamdulillah syukur sangat tengok perubahan ini pada anak ibu.

~ Carseat yang di beli di Carrefour Putrajaya. Harganya RM150, jenama Pliko ~
Amboi.....dah macam big boss daaaaa anak ibu ni...(syhhhh....Along tengah tengok tv tu!!!)he3.

Bila tengok rancangan tv tertentu sahaja yang dia boleh duduk diam macam ni tau...
kalu dia tengok zikir-zikir di astro Oasis lagi la tak berkelip mata tu...
nak jadi ustaz la katakan anak ibu ni bila besar nanti..amin..
mudah2an masin mulut ibu ni kan sayang...

Moga Along selesa duduk dalam carseat yang ayah belikan ni tau..
Lepas ni ibu tak mahu tengok Along baring jer kat bawah lagi ok!!!

03 May 2012

Restoran Haji Sharin Low

Semalam selepas ambil Along di Taska,
Ibu dan ayah bawa Kakak Malina iaitu sepupu Along..
Sebelum ni lupa nak bercerita tentang dia
Dah 4bulan Kakak Malina duduk dengan kita
Dia kerja dekat Taska Alif Ceria di Putrajaya
Sementara menunggu keputusan SPM keluar
Dia mengumpul duit untuk membeli Laptop
Dan akhirnya dia berjaya memiliki Laptop hasil usaha titik peluh sendiri.
Kakak Malina dah berhenti kerja pada hujung bulan 4 ari tu
Disebabkan Kakak Malina ingin melanjutkan pelajaran di Kolej Matrikulasi Gambang pada 28hb5
Ibu dan ayah mengambil kesempatan ini untuk belanja Kakak Malina makan
Restoran yang menjadi pilihan hati ialah:

~ Buku Menu ~

Sebelum ni ibu hanya dengar kawan-kawan di opis dok cerita pasal restoran ni...Saja la nak cuba pulak rasa macam mana kan? Restoran ni dekat Sungai Merab. Berdekatan dengan Putrajaya.

~ Antara Menu Pilihan ~

Pilih menu yang paling murah..nasi goreng jer tau!!!he3
Masakan Cina Muslim..
Sekali sekala kena juga kan rasa masakan lain, tak gitu kawan-kawan?

~ Along dan Kakak Malina ~

Sedap jugak la makanan kat sini..
Kalau tak sedap mau ku membebel 44 hari..hahaha..

~ Big boss yang kuat makan ~

~ Resit yang perlu dibayar sebelum keluar restoran ~

Nasib baik mood awang tecik masa tu baik-baik saja..
Disebabkan masa ibu ambil Along kat Taska dia tengah tidur.
Selalunya lepas Maghrib saja terus mengamuk nak tidur.
Semalam lain pula situasinya.
Perancangan kami semalam dipermudahkan.




02 May 2012

Tangan Bengkak

Hari Ahad yang lepas ibu bawa Along g berubat dengan k.raw lagi..
Kali ini anak ibu dibungkus dah jadi macam transformer dah...hahah..
sian anak ibu kan..
jom tengok balutan terbaru Along..
Kali ini bandage ditambah di siku..
kata k.raw untuk mengelakkan tangan daripada selalu membengkok mcm baby.

~ budak bucuk yang suka cembeng ~

~ anak ibu dah nak sama tinggi dgn ibu...he3 ~

Lepas balik dari rumah k.raw, Along merengek jer..tak selesa la tu badannya dibalut sedemikian rupa..
Dan kali ini pun selepas 6jam baru dibuka balutannya..
Dan hasil yang sangat ibu terkejut...
Jari jemari Along bengkak..
Susah hati ibu tengok keadaan macam tu dan ibu terus sapukan minyak dan urut2 sikit supaya bengkaknya reda..lama juga bengkak tu nak surut...keesokan paginya baru ok tangan anak ibu ni.
~ jari jemari gomuk2...~
sian anak ibu...





25 April 2012

Hati Orang Sape Yang Tahu...

Susah sebenarnya nak meramal hati seseorang bukan??
Tambahan pula jika seseorang itu baru kita kenali..
Kadang-kadang baru jer kenal seseorang itu.
Kita dah cepat mesra.
Tapi tak semua orang mcm tu kan?

Semalam ibu dan ayah ambil cuti untuk bawa Along ke Hospital, Putrajaya
Ada temujanji dengan bahagian mata..
Dan Alhamdulillah keputusan yang membuatkan hati ibu berbunga riang..
Mata Along yang dulunya di sahkan juling,
Kini sudah kembali normal..
Doktor pun pelik melihat situasi itu..
Semua ini keajaiban yang datangnya dari Allah s.w.t..
2,3 orang doktor pakar juga yang membuat pemeriksaan untuk mendapatkan kepastian..
Cuma power masih tetap sama seperti sebelumnya
Power mata Along 300..
Tahun depan jika power itu masih tidak berkurang juga, Along perlu memakai cermin mata..
Harapan dan doa ibu moga ada keajaiban lagi untuk Along nanti..

Sewaktu menunggu giliran untuk berjumpa dengan doktor pakar bahagian mata,
Kami duduk bersebelahan dengan seorang makcik yang sama-sama menunggu giliran.
Sungguh ramah makcik tu macam2 bertanyakan pasal Along..
Makcik tu juga sering bercerita tentang cucunya yang sebaya Along..
Bila ibu memberitahu makcik itu yang Along adalah O.K.U..
Sungguh makcik tu terkejut...katanya muka Along seperti anak-anak tipikal..
Ya...memang benar..ramai yang akan perkatakan sedemikian..
Agak lama kami berbual..
Selepas Along bertemu doktor, makcik tu masih di kerusinya lagi..
Ibu menghampiri makcik tersebut untuk memberitahu ingin pulang dahulu..
Dan tanpa di duga, makcik tersebut memberikan duit di dalam genggaman tangan Along..
Ya Allah...sungguh baik hati makcik itu..
Memandangkan Along tidak pandai menggenggam barang lagi..
Duit di tangannya seakan-akan nak terjatuh..
Sempat pula ibu sambar..
Sekeping wang kertas yang tertulis RM100..
Nilai yang sangat banyak jika dibandingkan dengan pertemuan yang begitu singkat..
Dan tiba-tiba air mata bergenang di kelopak mata ini..
Ya Allah...makcik!!!kenapa susah2 bagi duit ni?
Kata makcik tu : tak per...ambik la buat beli barang2 keperluan untuk Mustaqim..
Sungguh sayu hati ibu ketika itu
Hati orang siapa yang tahu kan?
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat makcik tu..
Moga Allah melimpahkan lagi rezeki buat makcik sekeluarga..
Inilah namanya rezeki anak istimewa sentiasa ada di mana-mana..
Tapi jangan sesiapa pula fikir bukan kami ibu-ibu yang memiliki anak istimewa ini suka meraih simpati..
Rezeki itu datangnya dari Allah s.w.t.
Selepas bersalam dengan makcik itu kami pulang ke rumah..

Pada petangnya pula ibu dan ayah bawa Along ke Klinik Kesihatan Presint 3, Putrajaya..
Untuk mendapatkan suntikan imunisasi bagi umur setahun setengah..
Menangis jugakla si awang kenit tu bila pahanya di cucuk...tapi sekejap jer selepas ibu berjaya memujuk..






19 April 2012

Rezeki Datang Tanpa Diundang...

Alhamdulillah...
Semenjak Along lahir ke dunia ni
Rezeki kami sekeluarga sangat murah
Rezeki yang datangnya dari Allah
Rezeki yang tidak pernah kami jangka
Rezeki untuk anak istimewaku
Yang aku menumpang di atas rezeki itu
Sungguh murah rezeki mu wahai sayang..

Sejak Along di hantar ke Taska
Ibu nekad untuk memulakan bisness jual kuih secara kecil-kecilan
Moga Allah melimpahkan lagi rezeki kita yer sayang
Sasaran ibu hanya satu untuk membawa Along buat rawatan HBOT (Terapi Oksigen) yang kos rawatannya menelan belanja sebanyak RM8000... 
Moga niat ibu ini dimakbulkan Allah..
Tiap-tiap malam lepas Along tidur
Ibu akan buat kuih minta ayah bawa ke sekolah letak di kantin
Ibu buat kuih apam mekar...cheesetart..muffin cup...
Satu hari satu jenis kuih jer ibu buat
Sebab ibu tak sempat nak buat semua tu kerana hari semakin malam
Walaupun tak banyak ibu buat tapi cukuplah untuk diletakkan sebagai jualan..
Alhamdulillah...semuanya rezeki dari Allah..


17 April 2012

Si Hitam Yang Menawan

Lupa nak kongsi cerita pasal ni...
Hari ni baru teringat..
Jom tengok apa dia kat bawah ni...


korang nampak tak?
mesti korang kata
Alaaaaaaaa
buntut keter la...
Erm...
jom...
jom kita tengok dengan lebih jelas lagi...

Taraaaaa....
dah nampak kan apa dia..
botol besar yang ada kat dalam bonet tu..
untuk isi gas..N.G.V.
bonet pun dah tinggal cenoit..
lepas ni kena beringatla..
bonet yg dulunya besar kini dah tinggal besar bonet kancil..
no more shoping!!!!kata encik suami..ha3..
Encik suami pasang ni yang jenis semi fibre...kurang berat sikit jika dibandingkan dengan jenis besi..kalau pasang yang betol-betol fibre lagi la ringan tapi ongkosnya la pulak ku tak mampu..hu3.
sangat jimat pakai gas jika dibandingkan guna minyak..patutla semua teksi guna N.G.V..
Semua ini kami lakukan untuk kemudahan dan kepentingan Along..
Tiap-tiap minggu nak bawa Along p Gedangsa berubat dengan kak Raw..
Nak berulang alik hari2 antar dan ambik Along di taska..
Jimat memang berbaloi..
Sayang sangat kat Si Hitam ni yang banyak berjasa..
Kau la jantung hati kami..
Semoga Allah memudahkan lagi urusan kami sekeluarga lepas ni...amin..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...