Pages

Followers

04 May 2012

Car Seat Along

Sebelum ini ibu dan ayah ada membelikan carseat untuk Along
Untuk digunakan berulang alik dari putrajaya ke rumah nenek di Ampang
Tapi malangnya bila di dudukkan Along dalam carseat itu
Menangis, mengamuk sakan si awang tecik tu
Dan yang paling ibu tak boleh tengok dia keraskan badan dan kaki
Menahan nafas sehingga menangis muntah2..
Teruk bukan keadaan Along mcam tu?
Banyak kali dah mencuba tetapi semuanya sama sahaja..
Hati ibu mana yang sanggup tengok keadaan anak mcm tu kan?
Dan sudahnya carseat itu hanya di simpan di dalam stor
Sedih pulak hati si ayah sebab anak dia tak nak duduk dalam carseat yang dia belikan.hu3.


Sejak Along di hantar ke Taska,
Teacher Sarah ada memberitahu ibu
Yang dia ada melatih Along duduk di atas kerusi dan di ikat badan Along pada kerusi tersebut
Dalam setegah jam juga Along dapat bertahan
Bila mendengarkan hal tersebut
Si ayah berkobar-kobar untuk mencuba di rumah
Dan terus si ayah mengeluarkan carseat yang telah berbulan2 lamanya tersimpan di dalam stor
Dan terus mencubanya pada Along

Dan!!!
Inilah hasilnya!!
Suka sangat ibu dan ayah tengok perkembangan terbaru Along
Hanya sekali-sekala sahaja keraskan kaki
Tidak lagi seperti dulu
Alhamdulillah syukur sangat tengok perubahan ini pada anak ibu.

~ Carseat yang di beli di Carrefour Putrajaya. Harganya RM150, jenama Pliko ~
Amboi.....dah macam big boss daaaaa anak ibu ni...(syhhhh....Along tengah tengok tv tu!!!)he3.

Bila tengok rancangan tv tertentu sahaja yang dia boleh duduk diam macam ni tau...
kalu dia tengok zikir-zikir di astro Oasis lagi la tak berkelip mata tu...
nak jadi ustaz la katakan anak ibu ni bila besar nanti..amin..
mudah2an masin mulut ibu ni kan sayang...

Moga Along selesa duduk dalam carseat yang ayah belikan ni tau..
Lepas ni ibu tak mahu tengok Along baring jer kat bawah lagi ok!!!

5 comments:

  1. teruja tengok along da pandai duduk kat dalam car seat. along da semakin kuat la sekarang.. tahniah kat along yang rajin usaha...

    ReplyDelete
  2. Memang Along kuat semangat aimi...semangat tu ibu dia pinjam moga dia terus hidup dengan lebih baik...

    ReplyDelete
  3. Mazni pun nak beli car seat utk Sofea. Sbb yang kami ada sekarang "infant car seat" mmg mengamuk kalau Sofea duduk dlm tu. May be dia dah besar nak duduk pulak.Car seat along kalau tak ditahan dengan apa-apa di sebelah belakang stabil tak?

    ReplyDelete
  4. buat masa sekarang ida tak letakkan apa2 kat belakang dia..nampak pada mulanya ok..bila dah lama2 mcm dia tak selesa..

    ReplyDelete
  5. wahhh..gd boy along..mcm 2 lah...bru nmpk ensem xnanes duduk kat car set..cium cket...muahhhhh

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...