Pages

Followers

04 March 2012

Cheese Tart...

Entah kenapa mood ibu baik sangat hari Ahad ni..
Nak masak itu ini untuk ayah..
Dah kena sawan masak gamaknyer..
Saja la tu nak menunjuk terror kat suami...
Nak menunjuk-nunjuk kat kengkawan semua..
Ado aku kesah ker? mesti kengkawan aku ckp mcm tu kan dlm hati dorang!!! muahaha..
Lantok lah..nak tulis gak kat sini..hehe..

Dah lama sebenarnya ibu nak try buat Cheese Tart..
Tengok punya tengok kat internet tu sampai nak naik juling biji matooo ni ha Along..
Lastly dapat gak ibu buat dengan menggunakan resepi ini, Terima kasih banyak2 tuan empunya BLOGGER kerana sudi kongsi resepi..sangat menjadi dan sedap..si somiku pulak suruh jual..muahaha..


Tart Crust / Shell .
Bahan-bahan :

·                     170 gm marjerin/mentega
·                     50 gm gula aising
·                     1 biji telur Gred C
·                     290 gm tepung gandum
·                     1 sudu kecil esen vanilla

Cara membuatnya :

1.      Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.
2.      Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
3.      Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut.Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
4.      Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
5.      Bakar pada suhu 170oC sehingga masak.
Nota :
Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.

Cream Cheese Filling
Bahan :

·                     250gm cream cheese
·                     50gm gula kastor / gula halus
·                     1 biji telur Saiz B
·                     ½ sudu teh esen vanilla / esen lemon - Mas letak esen vanila

Cara membuatnya :

1.      Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
2.      Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
3.      Masukkan filling ke dalam kulit tat.
4.      Tuang cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170c. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.

Alhamdulillah..jadi gak akhirnya...
Jom layan gambar-gambar di bawah ini..
Kalau nak oder pun boleh..hehe..

~ ibu tengah dok melukis atas cheese tart ~

~ siap sedia untuk di bakar ~


~ taraaaaa....dah siap ~
hot from oven..

Along nak tahu tak...
Ibu ni memang suka memasak..
Ibu ada impian tau sayang..
Kalu boleh ibu nak buat bisness..
Bisness jual kuih-muih..
Harapnya Allah makbulkan impian ibu..
Semua ini ibu nak lakukan untuk Along dan untuk menambah pendapatan keluarga..
Semoga apa yang ibu hajatkan ini terlaksana suatu hari nanti hendaknya..




6 comments:

  1. amboi ida, favorite akak jugak tu. nak tiru resepi boleh ye...cantik 'ukiran/lukisan' atas tart tu. seni sungguh...

    ReplyDelete
  2. hehe..silakan kak saripah..kalu dah buat leh tgk yg akak pulak kan..menggigil2 tangan ni nak lukis sebenarnya..kena kasi lagi power baru lagi cantik kak..muahaha..

    ReplyDelete
  3. kak ida: nanti wat lg ea... cedap!!

    ReplyDelete
  4. eee....sedap nmpk.leh tempah??? :)

    ReplyDelete
  5. k.baya: muahahaha..kalu betol2 nak try leh jer oder..pucuk di cita ulam mendatang...he3

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...