Sabtu lepas, ibu membawa Along ke Felda Gedangsa untuk membuat rawatan.
Sebelum ni ibu hanya mendengar sahaja tentang rawatan itu..
Untuk pertama kalinya ke situ..ibu konvoi dengan ibu irfan..
Minggu cuti raya cina sabtu tu tak sangka la pulak kami terperangkap di dalam kesesakan jalan raya..
perghhhh...kebas bontot dok dlm kereta..
Selalunya kawan2 yang lain bagitau jika dari K.L ambil masa dalam 2jam untuk sampai ke Gedangsa..
Buat pertama kalinya kami terpaksa mengharungi 4jam untuk sampai ke sana....huhuhu...
Memang perjalan yang sangat mencabar..bacaan meter di kereta tidak lari dari 20-40..
Kami tiba di Gedangsa pukul 1.00petang..
Nasib baik sempat terima rawatan kerana masih tinggal beberapa orang lagi pesakit ketika itu.
Setibanya giliran Along untuk menerima rawatan..
K.Raw memberitahu bahawa kepala Along besar..
Ya! itulah juga yang pernah di katakan oleh Doktor pakar semasa di Hospital Putrajaya..
Dan jika kepala Along semakin membesar, pembedahan akan dilakukan untuk
membuang air dari dalam kepalanya..
Ibu menceritakan hal sedemikian pada K.Raw..dan katanya tidak perlu melakukan
pembedahan itu, dia akan cuba merawat Along dengan menggunakan kaedah balutannya..
K.Raw ada memberitahu yang Along bukannya sawan..malahan tidak cukup Oksigen..
Untuk pertama kalinya badan Along dibalut..dan inilah rupanya...
Setelah dibalut, Along perlu di dirikan di standing frame selama 10minit..
~ Along & Irfan sama2 kena balut ~ |
Selama itulah Along meraung sekuat hatinya...
Tangisannya menggamatkan suasana..tangisannya juga merobek hatiku..
Hati ibu sayu melihatkan anak kesayangannya menanggung kesakitan..
Sabar ye sayang..selepas 4jam baru boleh buka balutan tu..
~ Along menangis..dan si ibu sempat lagi berposing..haha..~ |
~ kemain kuat tangannya mengayuh ~ |
ibu...ibu...tolonglah adik..... ~ sedihnya hati ibu melihat wajah ini...~ |
Setelah 10minit berdiri di standing frame, kami pun bertolak pulang..
Semasa di dalam perjalanan pulang, tiba2 Along muntah di dalam kereta...muntah yang banyak hinggakan bau busuk yang tidak mampu kami hidunya..selalunya susah sangat Along hendak muntah..dia tahan dan telan semula...tapi tidak pula kali ini...habis basah baju ibu kena muntah Along..lantai dalam kereta pun kena jugak...di dalam hati ini berdoa mudah2an segala penyakit anakku keluar melalui muntah tersebut..
Keletihan itu membuatkan Along tidur tidak sedarkan diri..dan ibu memerhatikan nafasnya ok atau tidak..
Untuk lihat perubahan yang baik..kami perlu bawa Along setiap minggu untuk rawatan ini..
Insyallah, Ibu dan ayah akan cuba sebaik mungkin sayang..
Semoga dengan rawatan ini dapat memberikan perubahan yang baik pada diri Along.
Alamat tempat berubat :
107 Jln Kg Tengah
Felda Gedangsa
44020 Kuala Kubu Baru
Selangor Darul Ehsan
No. Tel: 03-60463509
Untuk lihat perubahan yang baik..kami perlu bawa Along setiap minggu untuk rawatan ini..
Insyallah, Ibu dan ayah akan cuba sebaik mungkin sayang..
Semoga dengan rawatan ini dapat memberikan perubahan yang baik pada diri Along.
Alamat tempat berubat :
107 Jln Kg Tengah
Felda Gedangsa
44020 Kuala Kubu Baru
Selangor Darul Ehsan
No. Tel: 03-60463509
pic along menayuh tu cam my darwisy la.klu dia ngamuk x selesa mmg camtu ka keadaan dia...riba pun xnak
ReplyDeleteaah...mcm tula keadaannya kalu dia tak selesa..tapi lepas abis tempoh berdiri tu dia ok dah..kdg2 jer nangis...
ReplyDeletemcm mana keadaan along sekarang....
ReplyDelete