Suka duka dan warna warni kehidupan seindah ciptaan Tuhan,namun hidup perlu diteruskan..
24 October 2010
MaTaMu YaNg MeMPeSoNa
Andai nafas ibu ini dapat digantikan kepada along, ibu sedia memberinya kepadamu sayang..tapi apakan daya ibu kerana semua ni kuasa Allah s.w.t yang tak dapat ibu melawannya sayang. Ibu tidak dapat membayangkan seandainya bantuan oksigen ini tidak dapat berfungsi sepenuhnya adakah anak ibu dapat bernafas seperti sekarang. Alhamdulillah ibu sangat bersyukur padamu Ya Allah kerana masih lagi memberikan peluang untuk aku melihat dan menjaga pinjaman Mu ini. Sungguh sayu dan luluhnya hati ini bila melihatkan keadaan anak sendiri yang terlantar begini dengan wayar di hidung dan tiub di mulutnya itu. Ibu tau along tidak selesa dengan keadaan seperti ini. Sabar ye sayang, along kena kuat semangat tau untuk meneruskan hidup ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment