Di sini aku nak menceritakan bahawa Along dilahirkan ke dunia dengan melalui proses pembedahan setelah percubaan secara normal dan vacum tidak berjaya. Dalam percubaan tersebut tiba-tiba degupan jantung Along tidak berfungsi, dan doktor terus membuat keputusan untuk melakukan pembedahan emergency untuk menyelamatkan kedua-dua nyawa yang sedang bertarung.
Sewaktu aku menjalani pembedahan tersebut, aku sedar separuh badan. Mataku boleh melihat sekitar ruang bilik tersebut. Semasa doktor mengeluarkan Along dari perutku, aku dapat melihat badan anakku yang bewarna kebiru-biruan dari sebalik cermin lampu di atas kepala ku. Dalam hati, aku memanjatkan rasa syukur ke hadrat ilahi kerana anak aku telah selamat dilahirkan. Tapi...Tapi kenapa anak aku tidak menangis? kenapa doktor tidak menunjukkan anak itu pada aku? Ya Allah, sungguh aku begitu runsing memikirkannya..kenapa semua ini terjadi? sepanjang proses itu selesai, aku begitu bingung dengan pelbagai persoalan yang bermain difikiran. Selepas selesai, aku di hantar ke ward oleh nurse yang bertugas waktu itu.
Setibanya aku di ward, emak dan abang menghampiriku. Dengan muka yang agak sedih abang memegang tangan aku dan emak. Abang memberitahu bahawa kami mendapat anak lelaki yang sangat comel tapi malangnya anak kami terpaksa di tempatkan di Ward NICU kerana otaknya kurang oksigen semasa proses kelahirannya. Melihatkan pada air muka abang begitu berat untuk menceritakan segalanya pada aku yang ketika itu belum kuat untuk menerima hakikat semua ini, abang meneruskan juga bercerita sepertimana yang doktor telah memberitahu tentang keadaan anak kami ketika itu. Air mata kami tiga beranak tidak berhenti-henti membasahi pipi apabila mendapat tahu apa yang doktor perkatakan itu. Bagaikan aku tidak berpijak di bumi yang nyata..Ya Allah..bagaimana ku harus menempuh semua ini???
Semoga kami sekeluarga tabah mengharungi ujian daripada Allah s.w.t dan semoga anak ini kuat untuk meneruskan hidup demi menjadi amanah Allah yang terbaik.
No comments:
Post a Comment