Pages

Followers

03 May 2009

CoReTan KeHiduPaN

Coretan kehidupan ini dicipta khas untuk anakku yang tersayang Muhammad Mustaqim dengan panggilan manjanya (Along).
Segala kisah-kisah manis dan pahit along ibu coret di blog ini adalah untuk tatapan along bila besar nanti.
Semoga Allah dapat memberikan keistimewaan ini untuk along membacanya di kemudian hari.

Setiap apa yang dicoretkan dalam blog ini adalah sekadar untuk berkongsi cerita, pengalaman, nasihat dan panduan. Coretan tentang kehidupan ini bukanlah untuk meraih simpati daripada sesiapa yang membaca, malah bukan juga untuk menunjuk-nunjuk, menjaja cerita bahawa ibu ini insan yang tengah diuji untuk membesarkan zuriat yang diberikan oleh Allah s.w.t. Segala coretan kehidupan ini tidak memaksa sesiapa untuk memahami apa yang kami alami.

Coretan tentang kehidupan ini jika ada mengguris hati sesiapa yang membacanya, sejuta kemaafaan dipohon dan seandainya sesiapa yang ingin sama-sama berkongsi pengalaman, nasihat, dan panduan hidup sangat-sangatlah dialu-alukan kerana kalian lah yang akan memberikan semangat untuk kami meneruskan kehidupan ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...