Pages

Followers

29 February 2012

Kad OKU



Alhamdulillah...
setelah dua bulan lebih ibu menunggu..
menunggu dan menunggu dengan penuh sabar..
dan akhirnya siap juga kad untuk anak ibu..
Comel sungguh anak ibu dalam gambar tu..
Bukan senang sebenarnya nak ambil gambar Along di kedai gambar..
Punyalah beraksi dua tiga kali baru menjadi..
Gambar ni pun setelah di edit kerana ada tangan ibu di belakang kepala Along..
Untuk memegang leher Along yang masih belum boleh tegak lagi..
Terima kasih pada kawan ibu yang bernama Zila..
Dia lah banyak tolong ibu..tadi pergi ambil kad ini dengan dia..
Semasa menghantar borang untuk membuat kad ini dulu pun dengan dia juga..
Jasamu sangat dikenang wahai kawan..
Semoga dengan adanya kad ini..
Dapatlah ibu mendapatkan hak apa yang patut untuk anak ibu..
Kemudahan yang disediakan oleh JKM perlu digunakan sebaiknya..


28 February 2012

Ku Merinduimu...

Ibu rindu..
Ibu rindu pada anak ibu..
Ibu rindu pada ayah Along..
Sesungguhnya ibu terlalu rindu..
Rindu untuk kedua insan yang cukup istimewa di hati ibu..
Insan yang banyak mengajar ibu erti kesabaran dan ketabahan dalam mengharungi liku-liku hidup ini..
Semalam ibu diarahkan untuk bekerja lebih masa..
Banyak kerja urgent yang perlu diselesaikan segera semalam..
Dokumen SSR yang perlu dihantar ke MAMPU..
Kira-kira pukul 10.00malam baru semua kerja dapat diselesaikan..
Dan ibu terpaksa tidur di rumah kita di Putrajaya memandangkan hari sudah jauh malam untuk ibu pulang ke rumah nenek di Ampang..
Malam tadi tidur ibu tidak bertemankan Along dan ayah..
Dan tidur ibu juga tida lena kerna teringatkan Along yang perlukan pelukan dan belaian ibu..
Mesti Along pun rindu dengan bau busuk ketiak ibu kan..
Kerna tiap2 malam Along mesti nak tidur berkepit bawah ketiak ibu..
Maafkan ibu sayang..
Ibu mahu Along faham dengan kerja ibu yang kadang kala memerlukan tenaga ibu untuk menyiapkan kerja urgent tanpa di jadualkan..
Ibu tak nak Along fikir ibu lebih pentingkan kerja daripada Along..
Ibu perlu jaga kedua-duanya..
Jika ibu tak bekerja dan harapkan semata-mata pada gaji ayah..
Macam-macam yang ibu dan ayah tak boleh lakukan sayang..
Banyak benda yang terbatas jika wang kami tidak mencukupi..
Mungkin ibu tak dapat bawa Along berubat di Gedangsa..
Tak dapat bawa Along g terapi di Dr Sham di K.L..
Tak dapat beli ubat-ubat supplement untuk menambah antibodi Along..
Suma ini ibu lakukan demi keperluan yang ibu rasa Along perlu dapat..
Sesungguhnya ibu mahu Along tahu..
Ibu sangat merinduimu sayang..
Walaupun cuma sehari tak bertemu ibu rasakan bagai bertahun lamanya kita tak bersama..
Terima kasih sangat pada abang..
yang banyak memahami keadaan ibu..
Hari ini ibu tak sabar nak pulang dari kerja..
Nak berjumpa dengan kedua-dua insan yang sangat ibu rindui dan sayangi sepenuh hati..
Tidak tertanggung oleh ibu untuk semua perasaan ini..


27 February 2012

Aktiviti di rumah

Pada 6.2.2012 tempoh hari..
Ibu ada bawa Along ke Pusat Terapi swasta di Kuala Lumpur..
ibu dan ayah cuba untuk mendapatkan ilmu baru tentang terapi Along..
Tempat ini ibu tahu melalui kawan2 dlm group ibu di FB..
Untuk bayaran permulaan ibu perlu bayar RM100..
 Dan seterusnya hanya perlu bayar RM70..
Sesi terapi yang mengambil masa dalam 45minit..
Walaupun ibu tak cukup duit untuk bawa Along terapi tiap2 minggu di situ..
Ibu akan cuba bawa Along ke situ sebulan sekali.
Janji, ibu dapat ilmu yang berguna untuk melakukan terapi sendiri di rumah.
Untuk pertama kali ke situ, banyak ilmu yang di ajar oleh Dr Sham.
Along nampak enjoy di awal sesi terapi tu..
tapi bila dah lama-lama mulalah mencemikkan muka..
setiap hari bila ibu balik dari kerja..
ibu cuba curi masa untuk terapi Along.
antara aktiviti-aktivitinya seperti di bawah:

~ serius jer muka anak ibu ni ~
~ massage body supaya sel-sel yg masih elok akan ktif bekerja ~


~ alat-alat sensory yg lain ~

~ terapi untuk kuatkan leher dan kepala Along ~

Peanut Ball warna merah kat atas tu ibu beli kat Dr Sham..
Nak tau harganya tak?

RM190..huhu..

Ada lagi beberapa jenis latihan terapi yang perlu ibu buat untuk Along..
Mana yang sempat jer ibu snap gambar..
Nanti ibu snap lagi yer gambar Along..
Tapi tolonglah wat muka encem skit ek...ni serius jer..huhu...

Di sini ibu sertakan alamat tempat terapi yang Along g tu :

DR SHAM THERAPY CENTRE,
Tingkat 1, Blok A, Plaza Pekeliling, Jalan Sentul. (Atas Maybank).
Sesiapa yang mahukan rawatan di situ, ini nombornya: 0340410751,
pembantunya Miss Karen



7 kali mandi

Alhamdulillah, jumaat lepas Along sudah melepasi 7 kali mandi air tanah+daun sireh di rumah k.raw..
untuk terakhir kali mandi itu Along dilibas dengan air sekuat hati k.raw..
menangis tak ingat dunia si budak kecik tu..
hati ibu tetiba jadi sayu melihat anak ibu menangis bagai dipukul..
hati ibu dan ayah lebih lega bila kami dapat menunaikan permintaan k.raw itu..
Lepas ni ibu dan ayah akan bawa Along untuk rawatan di siang hari setiap hujung minggu.
Insyallah..

22 February 2012

Tolak Tulang...

Sabtu lepas Along telah melepasi mandi malam air tanah + sireh
Untuk kali ke 6 
Alhamdulillah tinggal lagi 1kali untuk melepasi syarat yang k.raw kehendaki
Semoga Along lebih baik selepas rawatan mandi malam itu nanti..

Alhamdulillah syukur pada mu Ya Allah..
Kerana kali ketiga Along mendapat sentuhan balutan dari k.Raw, Along telah menerima rawatan
 Tolak Tulang bertujuan untuk membetulkan semula keadaan tulangnya..
Pada hari Sabtu lepas juga k.raw membalut tubuh badan Along dengan menggunakan cara balutan yang 
ke 101..lupa pula nak tanya K.Raw ada berapa jenis balutan semuanya..hehe..
Kali ini bandage coklat lebih banyak digunakan untuk membaluti tubuh Along.
ni lah rupanya Along selepas dibalut..

~ ala ciannyer anak ibu..wat muka seposen..~



15 February 2012

Mandi Tanah..

Sudah dua minggu berturut-turut ibu bawa Along ke Gedangsa berubat..
Sewaktu Along tengah lena di buai mimpi..
Sewaktu itulah juga ibu dan ayah mengharungi gelap pekat malam menuju ke Gedangsa
Bertujuan untuk mandikan Along dengan air tanah (tanah yang diambil di tempat uri Along tertanam)
Sebanyak 7kali Along perlu melalui proses mandi malam itu pada pukul 12.30pagi.
Dan permintaan K.Raw juga supaya ibu menyediakan 44 helai daun sireh yang bertemu urat untuk di campurkan bersama di dalam air tanah tersebut.
Menurut K.Raw mandi tanah bertujuan untuk memulihkan kembali semangat Along..
Dan daun sireh pula untuk mengubati kepala Along yang K.Raw katakan sedikit besar itu..
Buat masa ini sudah 4kali ibu membawa Along untuk rawatan yang sedemikian.
K.Raw ada memberitahu yang badan Along nampak ada perubahan iaitu lebih tegap daripada sebelumnya..
Ibu dan Along demam selepas mandi air tanah tempoh hari..
Kesian anak ibu asyik merengek jer tidak selesa dengan keadaan tersebut..
Insyallah minggu ni ibu akan bawa Along lagi...
Harapnya dapatlah kami membawa Along untuk 7kali itu secepat yg mungkin kerana kata K.Raw mulai 
bulan 3 dia nak berhenti lakukan rawatan mandi malam
 kerana badannya terlalu letih dan perlukan rehat yang cukup.
Kat sini ibu tepekkan gambar Along semasa balutan badan kali kedua..

~ cian kat anak ibu..berbuih2 keluar air liur ~

NeuroGain Vegicaps


Dah hampir sebulan Along makan supplement ni..
Ubat ni berupa minyak ikan...
Tentang baunya pulak...mak aiiiii...busuk dan hanyir...
Ubat ni ibu picit dan masukkan ke dalam bubur Along..
Kalau bagi makan sebiji mcm tu dah tentulah Along tercekik nanti...
Nasib baik jugakla Along boleh menelannya..
Ubat ni ibu ibu minta tolong kawan belikan..
Rupa-rupanya di farmasi pun ada jual..
Harganya RM 39.90
Ada 30biji...tahan la untuk sebulan..
Khasiat supplement ni untuk memberi nutrien tambahan pada makanan..
Untuk keterangan lanjut pasal supplement ni boleh rujuk DI SINI.
Sebiji untuk sehari sahaja ibu berikan pada Along di sebelah petang.
Sebelah pagi pula ibu bagi ubat TF yang dicampurkan di dalam susu..
Mudah-mudahan dengan ubat2 ini dapat membantu Along lebih kuat dan sihat seperti kanak2 yang lain..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...