Pages

Followers

30 September 2011

TahNiaH!!!! NoMBoR 3...

     Uhaiiiii...bz bebenor aku semalam..biasalakan artist...chewahhhhh..perasan lak minah sorang ni sampai tak sempat nak update belog..ari ni aku amik gak kesempatan nak kongsikan kegembiraan dengan korang semua...alhamdulillah dengan berkat kesungguhan ahli2 koir treasury dalam pertandingan koir semalam dapat nombor 3..seronok bukan main sebab tak pernah2 masuk pertandingan koir..baru masuk pertandingan dah dapat nombor 3..ok la kannnnn daripada langsung tak dapat nombor...tak gitu wak?akekekee...TAHNIAH! untuk pasukan koir treasury yang diberikan nama "THE VOKALIS". korang semua memang sporting dan bersemangat. Tidak lupa juga kepada Cikgu Delly yang mengajar kami tanpa jemu, Cik Farah selaku pemantau, dan pihak2 lain yang terlibat, jutaan terima kasih diucapkan di atas jasa2 yang disumbangkan.
     Dalam pertandingan tu 6 agensi di bawah Kementerian Kewangan bertanding. Mereka yang menyertainya ialah pasukan daripada LHDN, BSN, KASTAM, AG, JPPH, dan wakil daripada treasury sendiri. Persaingan memang agak sengit dan juri telah memilih pasukan koir dari LHDN sebagai Johan dan pasukan BSN di tempat kedua..Memang sedap suara diorang..Tahniah kepada mereka.
     Kat sini aku attact gambar masa pertandingan tu ek...layankan je la...

~ Bersama Cikgu Delly ~ 
~ amboi2...seluar celoreng2 gitu..kelasss kauu ~

~ ini lah habuannya ~

~ Team Koir "The Vokalis" Treasury ~



  

27 September 2011

MaJLiS PeRkAhWiNaN AsHRaf MuSLiM & DaYaNa LoKMaN

~Majlis Perkahwinan Ashraf Muslim & Dayana Lokman~
    Aktiviti hujung minggu pada 24 September 2011 kami sekeluarga ke Majlis Perkahwinan artis terkenal iaitu Ashraf Muslim & Dayana Lokman di Dewan MITC, Melaka. Majlis perkahwinan mereka berkonsepkan Taman Raudhah yang sangat menarik. Tentu ada yang tertanya kenapa aku diundang ke majlis tersebut kan? akekee...aku ni mana la ada sedara mara berketurunan artis..hanya menumpang publisiti je..bapa mertuaku dengan ayah Ashraf adalah sepupu..so..ada la kena mengena dengan keluarga kami..sebab tu la kami diundang ke Majlis Perkahwinan mereka. Ramai sangat tetamu yang hadir. Nasib baik la dapat jugak bergambar dengan pengantin.Apa2 pun "Selamat Pengantin Baru Kepada Ashraf & Dayana..semoga kekal berbahagia hingga ke akhir hayat" Kat sini ada la aku tempek2 kan sikit gambar masa kat majlis tersebut..layankanlan gedik aku ni ek...hehehe...

~Bersama sepupu2 belah en.hubby~
~ amboiiii...sempat lagi tu berposing..~
~uih..curik bunga ek...~ 

Nasib baik la si Along baik2 ajer masa g wedding tu..sebelum sampai di Dewan, dia dah tido dalam kereta ..sebelum turun dari kereta dah minum susu 4oz abis lak tu..

26 September 2011

ALoNg Si MaTa bOlat...

    Memang tidak dapat dinafikan sejak dari dulu lagi ramai yang menyatakan aku ni jenis mata 'BOLAT'..bila bercakap mulalah aku akan membesarkan mata..kadang2 orang pun takut tengok aku dengan mata besar..huhuhu..dah memang Allah jadikan aku macam ni aku redha. Memang aku akui pemberian daripada Allah s.w.t yang sangat cantik ini sudah tentunya BOLAT..ada ke mata korang petak?segitiga? tidak bukan?hehehe..kalu tak de si BOLAT ni manakan aku dapat melihat keindahan alam ciptaan Tuhan ini mcm korang semua kan..Alhamdulillah syukur pada mu ya Allah kerana masih lagi meminjamkan mata yang sangat berguna ini untuk aku melihat keindahan alam ciptaanMu..aku akan menjaganya sebaik mungkin.
    Aku mula perasan sejak kehadiran Along dalam hidup ini rupanya2 mata kami sama spesisnya..Tapi bila sentuh bab mata aku tak pasti sejauh manakah penglihatan Along berfungsi..sejak Along berusia 2bulan dia telah menjalani ujian mata. Kata Doktor stuktur bebola mata Along ok cuma tidak pasti sejauh manakah fungsinya. Temujanji dengan bahagian mata lagi pada bulan 10 ini, Doktor akan menjalankan ujian mata sekali lagi untuk memastikan samada matanya berfungsi dengan baik ataupun tidak. Semoga semuanya baik2 sahaja hendaknya.
   Kadang2 bila melihat pada keadaan mata Along ok jer..tapi kadang2 macam nampak juling sedikit..adakah ini kesan daripada dia lemas semasa proses kelahirannya? cuba perhatikan pada gambar2 yang saya tempekkan dekat sini...

~ Along si mata BOLAT ~


~ Kadang2 mata Along seakan2 juling~


21 September 2011

SeMaLaM Di ENT HoSPiTaL PuTRaJaYa

    Semalam merupakan temujanji Along di ENT Hospital Putrajaya. Tak banyak aktiviti sebenarnya yang dapat dilakukan kerana Along menangis sepanjang aktiviti tersebut. Hati ini sudah tentu sayu melihat keadaan Along sedemikian dan cuba memujuk supaya membiarkan saja Along menangis sepanjang aktiviti yang mereka lakukan kepadanya itu. Jurupulih tu pun pening tengok Along menangis teresak-esak dan kejangkan badan.

    Jika di rumah pun tidak banyak aktiviti yang boleh dibuat bersamanya kerana dek penangan menangisnya yang suka kejangkan seluruh badan. Menangisnya semahu hatinya sehinggakan kadang2 bibir kelihatan agak kebiru-biruan. Apalah yang boleh dibuat dengan keadaanya begitu setiap kali ingin melakukan aktiviti dan regangan. Sungguh risau bila melihatkan keadaannya sebegitu rupa. Maafkan ibu yer sayang terpaksa lakukan sedemikian untuk masa depan Along juga...apa yang ibu harapkan semoga Along dapat bergerak seperti kanak-kanak normal yang lain yang boleh bermain sendiri, yang boleh menguruskan diri sendiri...andai ibu dan ayah pergi dahulu tentunya hati kami tenang jika dapat melihat Along sudah pandai menguruskan diri sendiri. Kuatkan lah semangat mu sayang agar apa yang ibu harapkan ini dapat menggembirakan hati ibu dan ayah suatu hari nanti. Ibu tahu Along boleh lakukan..cuma kena kuatkan semangat dan usaha lebih sedikit yer sayang..hentikanlah tangisan mu yang bisa membuat ibu sedih dan sayu..

SeMbELiT LaGI...oH..TiDaKKkkk.....

Bercerita pasal sembelit memang ngeri bukan bila mendengarnya...kalu kita orang dewasa yg mengalaminya pun tidak begitu selesa..manakan pula si anak kecil yang mengalaminya..oh tidak...menitik air mata ini bila tengok keadaan Along sembelit..kemain la meneran untuk mengeluarkan sisa-sisa yang tidak diperlukan dalam tubuh badannya tetapi hasilnya tiada...menggigil-gigil tubuh anak kecil ini menerannya..alangkah kecewanya hati bila melihat usaha Along yang bersungguh-sungguh itu tidak mendatangkan kejayaan pada dirinya..kenapa la ianya terjadi pada anak ku?memang betol kata Doktor budak2 CP selalu sembelit. Tapi kalau la hari2 macam tu kesiannya anak ibu untuk menghadapinya..Doktor memang ada memberikan ubat Lactul untuk diberikan kepada Along untuk melembutkan najisnya..kadang2 aku tidak memberikan ubat itu pada Along..Untuk pengetahuan, Along ni bukan jenis yang membuang setiap hari..hormon badannya sama seperti ibunya..2 atau 3hari simpan baru membuang..jika diberikan ubat Lactul tu pada Along setiap hari pun sama jer, bukan jenis diberikan ubat setiap hari dia akan membuang pada setiap hari..sama jer aku rasa lebih baik diberikan ubat itu 2 atau 3 hari sekali..salah tak aku berlaku sedemikian? tapi bila difikirkan sampai bila Along harus bergantung kepada ubat tersebut setiap hari untuk selama hidupnya. Kejam kah aku melakukan sedemikian pada Along? mungkin orang akan bertanggapan sedemikian pada aku...lantak lah orang nak kata apa..aku ada cara aku yang tersendiri..mungkin jijik bagi sesetengah orang..tapi tidak pula bagi aku..bila Along beriya2 meneran untuk membunag sisa najisnya..aku akan cuba membantunya..aku akan membantu menekan-nekan disekitar buntutnya supaya najis itu mudah untuk keluar..YA! Alhamdulillah memang usaha aku berjaya tapi sedikit rasa sakit bagi Along untuk menahannya..aku akan sapukan sedikit minyak pada sekitar kawasan buntutnya yang agak kemerah2an itu..tentang najisnya memang sangatlah keras...masyaAllah..kesiannya bila kenangkan nasib anak ku ini.. Ibu akan pastikan setiap hari Along dapat minum air Gulkos secukupnya untuk memudahkan Along membuang najis. Wahai en.sembelit...tolonglah jangan kau dekati anakku lagi...kasihanilah dia...

14 September 2011

UHuk...UHuK...

   Ha...ambik ko ida...saper suruh masuk kumpulan koir treasury? kan dah dapat penyakit...baru jer semalam training koir dengan geng2 koir treasury, ari ni aku dah mula uhukkkk...uhukkk...apa lagi kalu bukan batuk..dah abis suara dikeluarkan..perit sungguh tekak ni tak terkata tambahan lak tak leh minum air disebabkan ari ni aku berpuasa ganti. Sabar yer wahai anak tekak ku..nanti buka puasa aku minum air masak banyak2 yer untuk melegakan ko..sempena Hari Inovasi, pihak yang terlibat telah menganjurkan pertandingan koir antara agensi2 di bawah kementerian kewangan. So, apa lagi..dah compom2 la aku kena nyanyi nanti dengan geng2 koir. Cikgu Delly yang akan melatih kami sepanjang sesi latihan. Cikgu Delly ni glamour tau..selalu kuar tv gak..dia pernah ajar budak2 dalam rancangan Idola Kecil..tak sangka lak aku dapat belajar dengan cikgu Delly tu..suara dia memang mantooopppp la...bertuah dapat belajar dengan dia..

   Mesti korang nak tau kan aku ni kategori suara mana kan? akekeke...dah tentula aku ni tergolong dalam suara ALTO..ala...bak kata orang suara aku ni macam ajinamoto jer..fuyoooooo...penyedap tu...tapi tak la sesedap suara SOPRANO tu haaaaaa....suara orang soprano tu la suara penting, memang dorangla penyayi sebenar kalu korang nak tahu...kalu aku menyanyi nadanya macam sedihhhhhh jer bunyinyer....tapi aku tetap bersyukur kerana Allah masih lagi meminjamkan suara sedap ini utk aku..tapi bila orang soprano menyanyi pulak...mak aiiiiii...nyaringnya....mcm buluh perindu...nafas mmg kena simpan byk2 la....hehehe...

   Pertandingan koir tu akan di adakan pada 29 September nanti..uhaii...tinggal tak baper hari jer lagi kannn...harap2 tekak aku ok la nanti time pertandingan tu..jangan jadi penyumbang suara sudah la...tapi apa2 pun Good Luck la untuk pasukan Koir Treasury..chayookkkk...chayokkk...agogooooo...

07 September 2011

HaRi RaYa YaNg GeMBiRa..

Uhaiiii...dah lama rasanya aku tak update belog ni..byk tolla habuk...he3..syoh..syoh..ada lak lipas dok berkeliaran..eiiiii...nampak sangatla aku ni pemalas kan..kuang3...
sejak naik kerja, masing2 dok download gambar raya..uhai..meriah sgt..manis2 belaka..
tapi jgn pula kita lupa pada mereka yang sedang bersedih kerana pemergian ahli keluarga,sahabat handal yang pergi dulu meninggalkan kita. Al-fatihah untuk mereka. Mudah2han rohnya tenteram dan tergolong dikalangan orang2 yang beriman. Amin.

Tahun ni seronok sangat dapat beraya. Yang paling seronok sekali si Along la anak ibu yang sangat segak dan encem. Di pagi raya aku dah mandikan Along dengan niatkan untuknya mandi sunat hari raya aidilfitri. Bukan main seronok lagi si kecik tu mandi. Lepas tu, pakaikan Along baju melayu warna hijooo..ditempah khas untuknya..nasib baik ciap jahit baju raya dia. uhaiii ciap aku pakaikan sampin dan kopiah lagi...pewiiitttt..segak benor la anak ibu ni...teruja sangat dapat tengok Along menggayakan baju melayu. Tahun lepas Along masih di dalam perut dan tahun ni dia dah dapat melihat keindahan dunia ciptaan Allah. Dapatla kami beraya bersama-sama. Alhamdulillah syukur padaMu Ya Allah kerana masih lagi memberi kami kesempatan untuk merasakan nikmat berhari raya.

Jom layan gambar raya kami tiga beranak..
Tema tahun ni warna hijoooo turkois..sweet kan..he3..
Encik abang lah yang pilih warna tu..

*~ SELAMAT HARI RAYA~* MOHON AMPUN & MAAF JIKA ADA SALAH SILAP DARI KAMI SEKELUARGA.


*segak bergaya dengan baju rayanya*

*cayang sangat anak ibu*


*amboi...kemain suka lagi yer dikkk*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...