Pages

Followers

15 June 2011

BaGaI iSi DgN KuKu PeRumPaMaANnYa BaGaI PuTiNg DgN MaDu

     Ermm....bila bercerita bab puting dgn madu mungkin ramai yang pelik mendengarnya..Tapi bagi Along adalah sudah menjadi sebati dengan kehidupan sehariannya malah jika tiada kedua2 benda ni maka tak dapatlah dia tidur dengan lena.

    Setiap kali Along nak tidur, encik putingnya pasti dicelupkan dengan madu sedikit dan barulah dia akan tidur..itu pun bukan sekali sahaja, kadang2 3,4 kali jugaklah mengulang step itu untuk menidurkannya. Bak kata pepatah melayu 'Bagai isi dengan kuku' itulah perumpamaan seperti 'Bagai puting dengan madu'.

    Pasti ramai yang tertanya kenapa dan bagaimana aku boleh berbuat demikian kepada anak aku begitu kan?he3. Pada mulanya ada seorang sepupu suami memberikan petua supaya memberikan madu bercampur air masak dan diberikan kepada Along dengan menggunakan botol susu. Tapi malangnya Along tidak dapat menerima keadaan sedemikian. Aku cuba jugak ikhtiar dengan cara lain. Dan akhirnya aku terfikir untuk mencelupkan en.putingnya dengan madu itu. Akhirnya eksperimen aku berjaya dan sekarang sudah sebati dengan kehidupan harian Along. Kadang2 aku terfikir suatu hari nanti sudah pasti susah untuk aku memisahkannya dengan Along.

  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...