Pages

Followers

16 March 2011

SpLiNt uTk ALoNG..

Temujanji along pada hari ini di bahagian Otorpedik & fisioterapi..bila berjumpa dengan doktor Otorpedik mengesahkan bahawa kaki along normal macam bayi normal yang lain..alhamdulillah syukur pada mu Ya Allah kerana masih memberikan kesihatan yang baik pada anakku ini..tetapi seharusnya saya dan abg perlu beringat bahawa kami perlu membawa along lagi bejumpa doktor Otorpedik pada 1.6.2011 untuk doktor memantau lebih lanjut lagi tentang perkembangan tulang kaki Along..selepas itu saya dan abg membawa along ke bahagian rehab untuk pemeriksaan seterusnya..untuk pertama kalinya along menerima rawatan disini, dengan tidak disangka-sangka kami berjumpa dengan Jurupulih Perubatan iaitu En. Amirul Firdaus yang dahulunya juga merupakan Jurupulih along ketika berada di ward NICU. Dahulunya En. Amirul memberi tunjuk ajar bagaimana cara-cara untuk merangsang deria rasa along sewaktu along masih minum susu menggunakan bantuan tiub..En. Amirul memeriksa kaki Along dan seharusnya Along mesti memakai Splint untuk membetulkan semula kedudukan pergelangan kakinya..

~ Splint kaki untuk Along dipakai pada setiap malam ~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...