Pages

Followers

24 October 2010

MaTaMu YaNg MeMPeSoNa


Andai nafas ibu ini dapat digantikan kepada along, ibu sedia memberinya kepadamu sayang..tapi apakan daya ibu kerana semua ni kuasa Allah s.w.t yang tak dapat ibu melawannya sayang. Ibu tidak dapat membayangkan seandainya bantuan oksigen ini tidak dapat berfungsi sepenuhnya adakah anak ibu dapat bernafas seperti sekarang. Alhamdulillah ibu sangat bersyukur padamu Ya Allah kerana masih lagi memberikan peluang untuk aku melihat dan menjaga pinjaman Mu ini. Sungguh sayu dan luluhnya hati ini bila melihatkan keadaan anak sendiri yang terlantar begini dengan wayar di hidung dan tiub di mulutnya itu. Ibu tau along tidak selesa dengan keadaan seperti ini. Sabar ye sayang, along kena kuat semangat tau untuk meneruskan hidup ini.

22 October 2010

SeJaRaH Di SeBaLiK NaMa MuHaMMaD MuStAQiM

Bila ada kelahiran bayi jer sudah semestinya soalan-soalan yang glamour keluar dari mulut orang-orang berhampiran kan..baby girl ker boy?lahir normal ke operate?berat baby baper kilo?dan soklan yang paling famous amous ialah apa nama baby?kelahiran Along sudah semestinya dinanti-nantikan. Sewaktu along berada di dalam kandungan, ibu dan ayah telah menyediakan 2 nama. 1 untuk nama lelaki dan 1 lagi untuk nama perempuan. Ibu tak pernah scan perut kat swasta. Kata ayah biarlah suprise sikit anak sulung kan. Selepas along selamat dilahirkan dan berada di ward NICU menggunakan bantuan oksigen akibat lemas semasa dilahirkan, semua orang risau dengan keadaan anak ibu ni. Atuk (bapa kepada suamiku) telah membuat solat hajat di masjid bersama-sama dengan ahli kariah yang lain. Ustaz yang menjadi imam pada waktu itu telah meminta nama pada atuk untuk berdoa dan menyeru nama bayi yang dimaksudkan. Dengan tidak teragak-agak lagi atuk telah memberi nama Muhammad Mustaqim Bin Mohd Shahnezam pada ustaz tersebut tanpa pengetahuan ibu dan ayah. Beberapa hari selepas itu, abg telah menceritakan segalanya pada aku dan abg meminta pandangan daripada aku tentang nama tersebut. Kami terlah membuat keputusan untuk menggunakan nama tersebut walaupun kami sudah mempunyai pilihan nama tersendiri. Kami berharap dengan nama tersebut yang memberi makna yang baik iaitu jalan yang lurus dan berharap moga dengan nama tersebut anak kami sihat.

21 October 2010

BeRGeNaNg AiR MaTaKu MeLiHaTKaN WaJaHMu DuHaI AnAk..

~ Bantuan oksigen pada tahap yang paling tinggi ~

~ Bantuan oksigen pada tahap sederhana ~

~ Masih lagi menggunakan bantuan oksigen pada tahap yang paling rendah ~

~ keletihan setelah bertarung nyawa untuk keluar dari perut ibu ~

~ Hari-hari yang dilalui Along di ward NICU, Putrajaya selama 14 hari ~
~ 19.10.2010 - 1.11.2010 ~
Tak terucap dengan kata-kata apabila melihatkan setiap wajah anakku yang terlantar di ward NICU selama 14 hari untuk menerima rawatan dan masih dalam pemantauan oleh Doktor pakar kanak-kanak. Hanya air mata yang diiringi dengan doa-doa yang mampu ku lakukan. Ya Allah Ya Tuhanku, kau berikanlah kesihatan dan kesejahteraan hidup sepanjang hayat anakku ini, kau panjangkanlah usia dan kuatkanlah semangatnya untuk dia meneruskan hidupnya, kau tabahkanlah hatiku untuk mengharungi semua dugaan dariMu ini, Ya Allah...

20 October 2010

NaUzuBiLLaH SeDiH MeLiHaT AnkKu TeRLaNtaR BeGiNi

~ 1st day di ward NICU Putrajaya ~
~ Menggunakan bantuan oksigen untuk pernafasannya ~
 Muhammad Mustaqim Bin Mohd Shahnezam
19 Oktober 2010
2.86kg
12.40pm
Lemas sewaktu dilahirkan.

Apakah pandangan pertama anda pada anak ini yang sedang terlantar begini?
Berat mata yang memandang..berat lagi bahu yang memikulnya..
andai sakit itu dapat digantikan kepada ibu...
ibu rela menanggung segala kesakitanmu sayang..
Semoga anakku ini kuat semangat berjuang untuk teruskan hidup ini.


14 July 2010

PrOsES KeLaHiRaN PeRMaTa HaTiKU

    Di sini aku nak menceritakan bahawa Along dilahirkan ke dunia dengan melalui proses pembedahan setelah percubaan secara normal dan vacum tidak berjaya. Dalam percubaan tersebut tiba-tiba degupan jantung Along tidak berfungsi, dan doktor terus membuat keputusan untuk melakukan pembedahan emergency untuk menyelamatkan kedua-dua nyawa yang sedang bertarung.

   Sewaktu aku menjalani pembedahan tersebut, aku sedar separuh badan. Mataku boleh melihat sekitar ruang bilik tersebut. Semasa doktor mengeluarkan Along dari perutku, aku dapat melihat badan anakku yang bewarna kebiru-biruan dari sebalik cermin lampu di atas kepala ku. Dalam hati, aku memanjatkan rasa syukur ke hadrat ilahi kerana anak aku telah selamat dilahirkan. Tapi...Tapi kenapa anak aku tidak menangis? kenapa doktor tidak menunjukkan anak itu pada aku? Ya Allah, sungguh aku begitu runsing memikirkannya..kenapa semua ini terjadi? sepanjang proses itu selesai, aku begitu bingung dengan pelbagai persoalan yang bermain difikiran. Selepas selesai, aku di hantar ke ward oleh nurse yang bertugas waktu itu.

    Setibanya aku di ward, emak dan abang menghampiriku. Dengan muka yang agak sedih abang memegang tangan aku dan emak. Abang memberitahu bahawa kami mendapat anak lelaki yang sangat comel tapi malangnya anak kami terpaksa di tempatkan di Ward NICU kerana otaknya kurang oksigen semasa proses kelahirannya. Melihatkan pada air muka abang begitu berat untuk menceritakan segalanya pada aku yang ketika itu belum kuat untuk menerima hakikat semua ini, abang meneruskan juga bercerita sepertimana yang doktor telah memberitahu tentang keadaan anak kami ketika itu. Air mata kami tiga beranak tidak berhenti-henti membasahi pipi apabila mendapat tahu apa yang doktor perkatakan itu. Bagaikan aku tidak berpijak di bumi yang nyata..Ya Allah..bagaimana ku harus menempuh semua ini???

    Semoga kami sekeluarga tabah mengharungi ujian daripada Allah s.w.t dan semoga anak ini kuat untuk meneruskan hidup demi menjadi amanah Allah yang terbaik.

    

29 March 2010

SuKa SuKi AloNg Di DaLaM RaHiM

Along...
ibu nak citer kat en3 ni kenangan terindah ibu bersama along..
saat manis kita bersama menjalani kehidupan yang penuh dengan suka dan duka..
along nak tau tak..ibu tak pernah mengeluh membawa along ke sana sini..
malah ibu rasa seronok, bangga kerana diberi nikmat untuk merasai pengalaman mengandungkan along..
Alhamdulillah syukur kepadaMu yang maha esa..ibu takkan sia-siakan hidupmu sayang..

ketika along di dalam perut ibu berusia 11minggu..
Allah telah memberi kita pelbagai dugaan Nak..
Dugaan dan ujian yang sangat hebat..
ibu diuji dengan alahan yang sangat teruk..
ibu asyik muntah jer sepanjang mengandungkan along bermula usia kandungan 10minggu sehingga 6bulan.
kemana ibu pergi pasti bertemankan beg plastik dan viks didalam beg tangan..mcm2 warna ada lak tu..ahaksss..bila nak muntah pilih jer nak warna apa..hua3..(mohon maaf jika ada pembaca blog ini tidak selesa dgn ayat tersebut)ampun ya buk...
along nak tau..sepanjang tempoh alahan tu..ibu tak boleh bau orang memasak makanan, bau nasi yang mendidih, bau bawang yang dipotong pasti ibu muntah..yang ibu tak boleh nak lupa bila ibu tak boleh bau badan ayah..(mintak maaf yer ayah, ibu tak sengaja..semua ni pembawakan budak).
semua ini menjadi kenagan terindah dalam hidup ibu kerana mungkin lepas melahirkan along ibu tak dapat lagi nak merasai semua itu..

Pada usia kandungan Along 3bulan juga..
Dugaan hebat kita hadapi bersama..
Ibu tidak dapat membuang air kencing sendiri..
Menurut doktor disebabkan ketika itu baby menutup pundi kencing ibu..
Kita bersama-sama dua hari berada di ward Hospital Putrajaya..
Selepas itu ibu dibenarkan pulang dengan memakai tiub kencing..
Selama seminggu ibu perlu memakai benda itu..
Sungguh hebat dugaan kita sayang..
Setiap hari ibu berdoa dan berpesan pada baby di dalam rahim ibu supaya baby bergerakla naik ke atas..
Supaya tidak menutup lubang kencing ibu..
Alhamdulillah dengan berkat doa semua dan baby dengar apa yang ibu pinta..
Selepas doktor mencabut tiub kencing itu..
Ibu dapat membuang air kecil seperti biasa tanpa menggunakan bantuan tiub itu..
Syukur pada mu Ya Allah...
Tidak mampu berkata-kata dengan keajaiban Mu..

16 March 2010

MuKa BenGkAk YaNg CoMeL.


 Selepas aku disahkan hamil 2bulan..bermulalah cik alahan datang tanpa diundang. Akibat daripada makan bayam seluruh badan aku gatal2 dan mulai membengkak. Aku juga mengalami muntah2. Apabila berjumpa dengan doktor katanya mungkin bayam yang aku makan mengandungi racun perosak yang berlebihan. Dan mungkin juga aku alah makan sayur bayam ketika mengandung. Pada masa itu satu badan aku mcm digigit serangga merah2 membengkak. Tak sempat pulak untuk aku snap gambar pada masa itu. Doktor memberi ubat krim tahan gatal dan ubat tahan muntah. 2jam selepas makan ubat tersebut mata dan bibir aku membengkak dan merah. Aku begitu risau dengan keadaan tersebut dan abg membawa aku berjumpa dengan doktor sekali lagi. Doktor menasihatkan aku supaya tidak memakan ubat tahan muntah tersebut kerana katanya aku alah pada ubat tahan muntah. Aku akur dengan nasihat doktor. Sepanjang aku mengandung aku tidak dibenarkan sama sekali memakan ubat tersebut.

~ mata yang stim & bibir yang seksi gitu ~

01 March 2010

PoSiTiF???

Bila dikira & dihitung usia perkahwinanku setakat ini sudah 8bulan. Sebelum berkahwin lagi aku & abg sudah berbincang tentang "anak". Kami sebolehnya tidak mahu menimang cahaya mata selagi abg tidak mendapat posting cikgu. Banyak yang kami fikirkan andaian-andaian dan kebarangkalian. Kadang2 kami terfikir seandainya abg mendapat posting di Sabah/Sarawak bagaimana pula dgn aku? kami dah sepakat seandainya abg mendapat posting cikgu di Sabah/Sarawak kami biarkan dulu niat untuk menimang cahaya mata.
Alhamdulillah, dengan berkat doa semua pada awal tahun ini abg mendapat posting cikgu di Sekolah Taman Bukit Indah, Ampang. Kami sangatlah bersyukur dan gembira dengan perkhabaran berita tersebut. Perasaan kami pada waktu ini tersangatlah gembira dan bermulalah usaha untuk mendapatkan anak..he3..
Setelah sebulan tarikh period aku lambat daripada biasa, aku mencuba sendiri pregnancy test dirumah. Sungguh teruja apabila melihat hasilnya begini :


POSITIF
~ double line yang sangat terang ~
siap amik gambar lagi tu..

Alhamdulillah syukur kepada Allah yang memberikan rezeki kepada aku & abg serta seluruh keluarga kami..inilah saat-saat yang kami nanti-nantikan. Tak lama lagi keluarga ini akan menerima orang baru. Aku akan menjadi seorang ibu dan abg akan menjadi seorang ayah. Horreyyyy..ops..terlebih sudah..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...