Pages

Followers

30 December 2011

Berurut...


Sudah dua tiga hari badan aku rasa bisa dan banyak angin yang tak dapat nak dilepaskan..
Agaknya adala aku tersalah makan benda-benda yang berangin..
Bak kata orang kalau badan berangin memang sakit Oooo...
Ditambah pula dengan kaki aku yang terseliuh semasa mendukung si Along tempoh hari
Menguatkan rasa hati untuk badan ini diurut..
Semasa di dalam pantang selepas melahirkan Along setahun yang lepas,
Aku pernah diurut oleh seorang akak ni..namanya kak Fizah..tinggal di Putrajaya..
Wajahnya masih muda remaja tau akak ni..
Aku mengetahui tentang perkhidmatannya melalui kawan sepejabat.
Boleh tahan jugak akak ni berurut..
Tambahan pula minyak yang digunakan semasa berurut memang wangi..berangin..
Minyak yang diadun oleh kak Fizah tu sendiri menggunakan minyak buah pala katanya..
Kalau makcik2 yang berurut di kampung tu selalunya menggunakan minyak kelapa je..
Malam tadi barulah ada kelapangan waktu untuk kak Fizah datang ke rumah aku untuk mengurut aku.
Alhamdulillah..pagi ni badan aku rasa segar dan ringan..cuma rasa sakit2 sikit disesetengah bahagian badan..
biasalah kan...ada tempat2 yang agak teruk
Seminggu sebelum diurut perlu membuat temujanji terlebih dahulu kerana k.Fizah ni memang sibuk kerana ramai pelanggan di merata tempat.
Kos bayaran yang dikenakan untuk urutan satu badan ialah RM50 kecuali di luar kawasan Putrajaya, bergantung kepada jaraknya.
Kepada sesiapa yang berminat untuk mencuba urutan kak Fizah, boleh menghubungi :
Norhafizah : 013-6051005

23 December 2011

Hari ini...esok...dan tak mungkin untuk selamanya..

Semalam, ibu bertemu kembali dengan anak kesayangan ibu..
Selama 4hari kita terpaksa berpisah sayang..
Dan semalam kita bertemu kembali..
Hati ibu berbunga riang...
Setibanya di rumah nenek Along petang semalam,
Ibu memberikan salam..
Ibu lihat Along berada di pangkuan nenek..
Sambil mata merenung tepat ke arah ibu..
Dan lantas Along memberikan senyuman yang sangat manis..
Tanpa membuang masa ibu merangkul Along dari nenek..
Ya Allah...betapa ridunya aku pada anak ini..
Bukan main manjanya Along dengan ibu..
Asyik dok merenung tepat ke arah mata ibu 
Bagaikan ingin mengadu sesuatu..
Andai Along boleh berbicara..
Sudah pastinya dia akan berkata-kata begini...
Ibu ke mana selama ini?
Kenapa tinggalkan Along bersama nenek?
Along rindukan ibu...
Andai kata-kata itu terkeluar dari mulut Along..
Sudah pastinya deraian air mata ini membasahi pipi..
Air muka Along sangat jernih semalam bila dapat bertemu dengan ibu semula..

Bermula dari hari ini...esok..dan tak mungkin untuk selamanya..
Along akan dijaga oleh Tok (mak ibu)
Kita akan tinggal di Putrajaya semula setelah sekian lama rumah itu ditinggalkan..
Tapi keadaan ini bukan untuk selamanya sayang..
Ibu akan usaha untuk mencari sekolah untuk Along..
Usiamu makin bertambah sayang..
Ibu tak mahu anak ibu terlantar di rumah begitu saja..
Ibu mahu anak ibu merasai kehidupan seperti kanak2 normal..
Dapat belajar...bermain bersama2 kawan yang lain..
Harapan ibu moga apa yang ibu impikan ini akan menjadi kenyataan suatu hari nanti sayang..



20 December 2011

Along Meniarap...

Alhamdulillah...
Anak ibu dah pandai meniarap..
Senang jer nak pusingkan badan..
Kalau tak dulu punyalah menangis tak nak meniarap.
Kepala dan leher semakin kuat..
Saat-saat yang ibu nantikan sayang..
Ibu tahu anak ibu mampu lakukan semua itu dengan usaha sendiri..

Tapi bila ibu tersedar dari tidur semalam..
Rupanya anak ibu tiada di sisi..
Itu semua MIMPI semata-mata..
Oh tidak!!!!!!
Alangkah indahnya andai mimpi itu menjadi realiti..
Moga ianya menjadi sesuatu yang indah buat kita suatu hari nanti kan sayang.
Ibu terlalu memikirkan tentang anak ibu yang sedang berjauhan dari ibu.
Tak tertanggung rasanya rindu di hati..
Tak sabar rasanya untuk menunggu hari esok
Untuk bertemu kembali dengan buah hati pengarang jantung ibu..
Cepatlah masa bertukar ke hari esok..




19 December 2011

AkU LeMaH TaNPa KaMu SaYaNG...

Duhai anak dan suamiku..
Sungguh aku lemah tanpa kamu...
3 hari terpaksa berpisah
Dek kerana meeting abang di Selayang yang diberitahu last minit..
3hari ibu menanggung rindu tanpa menatap wajah kedua2 insan yang banyak mengajar ibu erti kesabaran...
Untuk ketiga hari ini, Along & ayah terpaksa menumpang di rumah nenek di Ampang..
Ibu pula di Putrajaya untuk menemankan kak Long yang baru dapat kerja.
Maafkan ibu yer sayang...
Ini sahaja jalan terbaik untuk melalui 3hari tersebut..
Bukan niat ibu untuk berjauhan dari mu sayang
Sungguh ibu sunyiii..
Sungguh ibu riduuu...
Pada kamu berdua sayang..
Cepatlah masa berlalu agar ibu dapat bersama kamu semula..

16 December 2011

SWiMMiNg...

Buat pertama kalinya Along belajar berenang..

Berenang?

hehehe...

manalah pandai lagi si kecik tu berenang..

inilah cara terapi untuk melembutkan otot2nya

Seronok sangat si Along tu bermain air..al-maklumlah first time dok berendam di dalam air.

Kolam ni bukan kat umah aku tau..

Kolam ni kat umah abang aku kat Penang..

Masa kami jalan-jalan di Penang tu yang ambil kesempatan ni.

besar gak kan kolam ni???

kalau la ada kolam ni kat umah aku kan best...hari2 leh wat hydrotherapy kat Along..he3..

~ Bersama sepupu2 Along yg turut memberikan sokongan ~
~ Thanks a lot to my friend : Isham Adam yang bagi pinjam neckfloat ni ~

~ Amboi...ibu & ayah lagi exited mandi kolam ek..~

~ berehat sebentar..udah penat..huhu ~

~ Eeeee....tak malunya..nampak bebird dia..sila abaikan yer..he3 ~
Semasa aku menyertai 1st Gathering Supermum's & Superdad's Angle tempoh hari..

Aku dapat info kalau nak buat sesi hydrotherapy tak perlu gunakan neckfloat..

nak terangkan cara-caranya dalam ni tak pandaila pulak..huhu..
tapi aku cuba gak terangkan ikut kefahaman aku ek...

~ cuba terapungkan anak di atas air..supaya anak dapat mengimbangkan badannya dengan sendiri ~
~ Buat bubling (buih2 air) kat mulut supaya anak boleh ikut cara kita buat tu ~
yang penting sekali air mestilah suam bersuhu 35'C..

kalau anak menangis semasa sesi terapi dilakukan...jangan teruskan...
bawa anak berehat sebentar untuk menenangkannya...

Semoga terapi ini dapat membantu Along menjadi lebih baik daripada sebelumnya..





JaLaN - JaLaN Di PeNaNG..


Baru nak bercerita pasal kami sekluarga jalan-jalan di Penang pada 3 - 7 Disember lepas..

Dari Putrajaya ke Penang?

Agak jauh bukan? kebas la juga montot aku dok dalam kereta meriba si Along..muahaha.

Perjalanan yang mengambil masa kira-kira 5jam..

Kami ke sana bertujuan menghadiri kenduri kahwin adik kepada kakak iparku..

Bak kata orang sambil menyelam minumlah air...baru rasa nikmat..yer idak..he3..

Aku menginap di rumah kakak aku.

Mak dan abah pun ada bersama..

Seronok sangat rasanya bila berada di dalam keluarga yang besar..

Kami menghabiskan masa bersama..

Bukan senang kan nak jumpa dengan adik beradik sendiri yang duduk berjauhan kan..

Kat sini  di upload pic2 yang telah terpilih antara yang terpilih ..hehehe..enjoy..

~ Inilah Mak & Abah aku yg amat ku sayang ~
Teramat suka tengok gambar ni...sweet sgt2..muah2 utk mak & abah
~ Tok & Tokwan bersama cucu2 kesayangan ~
~ Di PESTA, Pulau Pinang ~
Tiket masuk : 
Dewasa : RM3
Kanak-kanak : RM1








~ Di Bukit Bendera ~
~ Makan2 di GOALCOAST, Penang ~
Sedap gak makan kat sini..
Tak de gambar sotong goreng tepung..dah abis makan dulu...he3

13 December 2011

BoRaNg iTu....


Setelah sekian lama ibu simpan BORANG itu...

Borang apa??????

Hurmmm...dengan menarik nafas panjang bila mengenangkan borang itu dan Diagnosisnya..

Borang yang doktor telah sahkan bahawa anak ibu Cerebral Palsy & Delevopment Delay..

Borang yang perlu dihantar ke Jabatan Kebajikan Masyarakat..

Borang untuk mendaftar Along sebagai O.K.U..

Setelah ibu simpan borang itu selama 5 bulan..

Hati ibu tidak dapat menerima hakikat yang anak ibu adalah O.K.U

Amat sukar hati ibu untuk menerimanya sayang.

Bagaikan duri menikam jiwa..

Tapi apakan daya kuasa ibu tidak dapat melawan takdirnya...ibu pasrah..ibu redha...

Dan semalam ibu gagahkan juga langkah kaki ini untuk menghantar borang itu ke 
Jabatan Kebajikan Masyarakat..

Setelah difikirkan sampai bila ibu harus menipu diri sendiri.

Menidakkan perkara yang benar..

Ibu harus menerima hakikat hidup yang sebenarnya..

Kad itu juga amat diperlukan oleh anak ibu untuk mendapatkan bantuan yang sepatutnya.

Semoga dengan adanya kad itu nanti dapat memudahkan perjalanan hidup anak ibu...amin..


~ Borang Itu ~

~ dalam tempoh sebulan kad OKU itu dijamin siap ~













1st Gathering Supermum's & Superdad's Angle

Alhamdulillah...

Akhirnya dapat juga kami menghadiri 1st Gathering Supermum's & Superdad's Angle..

Yang berlangsung pada 10 - 11 Disember 2011,

Di Perangsang Templer Golf Club, Rawang.

Perjumpaan untuk anak2 istimewa Cerebral Palsy

Sangat-sangat seronok kerana aku merasakan bagaikan kami satu keluarga walaupun sebelum 
ini hanya kenal di alam maya facebook..

Dengan hadirnya anak syurga ini lah yg mengeratkan lagi silaturrahim antara kami..

Mungkin jika tiada mereka..siapalah kami untuk berkongsi rasa yang sama..

Bagaikan berada di dalam kasut yang sama.

Berganding bahu untuk menjaga dan mendapatkan hak anak syurga

Berusaha tanpa henti untuk mencari jalan memulihkan anak kami.

Sebelum ini aku rasakan bahawa akulah insan yang paling teruk diuji.

Kini aku lebih bermuhasabah diri.

Jangan hanya memandang ujian pada diri sendiri..

Kerana ada lagi insan yang lebih hebat ujiannya daripada kita..

Bersyukurlah dengan apa yang dikurniakan oleh Allah

Kerana setiap apa yang diberikan mungkin ada perancangannya tersendiri.

Di sini aku tempekkan gambar semasa di Gathering tempoh hari..

Memang tersangat enjoy dan banyak dapat ilmu pengetahuan.

~ ciap ada nama n buku aturcara...mcm g kursus BTN lak rasanya..he3~

~ keluarga bahagia ~

~ The encem boy pakai baju Gathering ~

~ Supermum  & Angle berposing sakan ~

~ Superdad pun nak posing jugak la..yuhuuu ~

~ Sukaneka kutip gula2 ~

~ Acara superdad pakaikan pampers terpantas ~

~ Horeyyyyy...superdad Along dapat tempat kedua..superdad Nabila yang dapat tempat pertama..Congrate!!!~

~ Sesi hydroterapi ~

~ amboi..sempat lagi berposing ..Along dah kesejukan tu...~
Terima kasih kepada semua AJK group ini yang bertungkus lumus untuk mengadakan gathering seperti ini.. 
Syabas kepada anda semua. Miss u all very much...Semoga ada lagi event seperti ini di masa 
akan datang..Amin..

09 December 2011

PeNiNg KePaLa...

Minggu yang merunsingkan fikiranku...

Minggu yang penuh dengan cabaran dan dugaan...

Minggu yang penuh dengan aktiviti..

Ku rasakan masa itu sangat bermakna..

Dan bila difikirkan tentang masa hadapan...

Entahla...

Sangat buntu untuk memikirkannya...

Bila mengenangkan pula pasal bibik..

Oh tidak!!!!!!

Semahunya aku menangis sekuat hati..

Kerana bibik telah melarikan diri..

Aku tanya pada diri..

Adakah salah diriku di atas kejadian ini????

Tentunya aku tidak akan menyalahkan diriku sama sekali..

Tentang kebajikan bibik..aku sangat menjaganya..

Anggapan aku kepadanya seperti emak aku sendiri

Makan minum semuanya aku bagi..

Harapanku cuma satu agar dia dapat menjaga Along dengan baik sepanjang kami bekerja..

Tapi.............

Ku sangkakan panas hingga ke petang..

Rupanya hujan di tengah hari...

Pada 9 Disember 2011

Lebih kurang jam 6.00petang

Encik suami telah membawa bibik ke klinik Mediveron, Alamanda. Putrajaya

Untuk membuat pemeriksaan

Dari pagi bibik hanya tidur sahaja dek penangan kepalanya yang pusing..

Selepas mendapat pemeriksaan daripada doktor..

Bibik melarikan diri tanpa disedari oleh encik suami..

Entah ke mana hilangnya berbekalkan duit gaji yang kami telah kami dahulukan sebanyak RM200

Puas encik suami mencarinya tapi semuanya sia-sia sahaja..

Report polis telah di buat..

Lagi pening kepala bila memikirkan pasal duit yang digunakan untuk mengambil bibik tu..

Aduh!!!tak mampu aku untuk memikirkan semuanya..

Ya Allah..tabahkan lah hati ku untuk menempuh segala ujian darimu ini...

Moga ada hikmah di sebalik kejadian..




GiGi GeRaHaM

Kesian sungguh melihat anakku..

Selepas di serang demam campak...

Kini pula Along berperang dengan encik gigi geraham yang besar mahu keluar dari gusinya...

Ya Allah..sungguh hebat penangan encik gigi geraham ini...

Tumbuh sekali gus di bahagian kanan dan kiri gusi..

Patutla rengekan dan amukannya tempoh hari sangat berlainan..

Selepas keluarnya encik gigi geraham..demam Along pun semakin reda..

Yang sebelumnya tidak mahu minum susu...tidak mahu mengisap encik putingnya...

Kini semakin aktif dan ceria..

Memang aku akui sangat cepat gigi si anak kecil ini tumbuh berbanding dengan kanak2 yang lain yang seusia dengannya..

Terfikir juga mungkinkah anak ibu ni terlebih kalsium..

Tak pe la dik..janji adik sihat yer...

Kat sini aku dapat sedikit maklumat:


Apa yang dimaksudkan dengan pertumbuhan gigi? 
Pertumbuhan gigi ialah proses gigi tumbuh di dalam mulut bayi/ kanak-kanak. Biasanya 
pertumbuhan gigi ini akan menyebabkan rasa tidak selesa dan sakit. 

Apakah tanda-tanda yang menunjukkan gigi anak anda tumbuh?  
Dalam proses pertumbuhan gigi, anak anda mungkin : 
• Menangis kerana tidak selesa  
• Suka menggigit atau mengunyah  
• Melelehkan air liur  
• Demam (suhu badan meningkat sedikit) 
Pertumbuhan gigi tidak akan menyebabkan  gangguan kesihatan yang teruk seperti demam 
panas dan cirit birit. Sekiranya ini berlaku,  anak perlu dibawa ke klinik/ hospital dengan 
segera. 

Apa yang boleh anda lakukan bagi melegakan rasa tidak selesa semasa 
pertumbuhan gigi? 
Cuba petua di bawah untuk melegakan rasa tidak selesa anak anda:  
• Berikan benda yang keras, bersih dan selamat untuk digigit seperti gegelang gigitan.  
• Berikan ubat penahan sakit jika perlu. 

02 December 2011

CaMPaK!!!!

Minggu ini Along di dalam mood demam..

Bukan sebarang demam...

Tapi Demam Campak (bintik-bintik merah)

Penuh di muka dan kepala..di bahagian badan agak kurang..

Sungguh anak kecil ini tidak selesa..

Hanya merengek dan mahu digendong aja...enggak mahu duduk..(bak kata Bibik)

Masa balik bercuti di kampung (Pahang) tempoh hari pun..mood Along di dalam keadaan demam..

Kesian dekat Tok & Tok wan..

Tak dapat nak bermain dengan cucunya..

Sepanjang mood demam tu Along mahu melekap jer dekat badan ibunya..hu3..

Along sudah mendapat rawatan di klinik dan juga hospital..

Keadaan suhu badannya yang agak panas on-off jer...sangat risau hati ibu & ayah dibuatnya..huhuhu..

Dibogel kan badan Along..hanya tinggal pampers sahaja..dilapkan dengan kain basah..menjerit2 si anak kecil menggigil kesejukan...

Aduh!!!!sungguh kasihan ibu melihat keadaan mu sayang..

Tapi apakan daya..Along terpaksa mengharunginya juga..

Moga anak ibu cepat sembuh yer sayang..









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...