Pages

Followers

30 November 2011

UBaT 4LiFe TRaNsFeR FaCToR


Inilah rupanya ubat yang Along makan sekarang..

Untuk keterangan lanjut tentang ubat ini boleh diperolehi DISINI

Ibu dapat maklumat tentang ubat ini melalui rakan-rakan di laman sosial 
Facebook Supermum's & Superdad's Angle..

Apa sahaja yang ibu dengar untuk kebaikan anak ibu...ibu akan cuba..celah bedah mana pun ibu akan cari duit asalkan anak ibu sihat, boleh uruskan diri, boleh bermain...

Ubat ini dicampurkan ke dalam susu 2kali sehari..pagi dan petang..

Ada 60biji di dalam botol ini dan harganya??? 
RM 169..(sambil pejam mata nak tekan key-board) kuang3.
1botol boleh bertahan selama sebulan.

Alhamdulillah..walaupun ubat ini mahal tetapi hasilnya sangat bagus. 
Nampak ada perubahan pada Along hampir sebulan makan ubat ini.

Along nampak semakin bijak daripada sebelumnya..nampak semakin cergas..

Mudah-mudahan dengan mengambil ubat ini dapat membantu anak ibu hidup dalam keadaan yang lebih baik. Amin...


25 November 2011

TeRaPi UnTuK ALoNg

~ Ibu...ada muka adik la dalam cermin ni.hehehe ~

~ kawalan kepala Along masih belum kuat ~

~ kerincing...kerincing...bunyi loceng ~

~ Along suka terapis perempuan..leh ngorat awek.. he3 ~

~ Along menggunakan penglihatan dan pendengarannya dengan baik  ~

~ Inilah tempat yang Along paling suka ~

~ Ku impikan sebegini berada di rumah ku ~

Serius aku katakan
Semalam lah merupakan hari dan mood yang baik untuk Along..
Alhamdulillah...syukur sangat.
Tak pernah aku lihat mood anak kecil ini sangat baik semalam..
Jika sebelumnya Along asyik menangis tak mahu dirinya di buat latihan carakerja.
Semalam merupakan kali pertama Along belajar untuk duduk..nampaknya dia boleh duduk kecuali kawalan kepalanya masih belum boleh dikuasai. Tak per sayang..ibu yakin anak ibu boleh lakukan semua itu nanti..
Terapis baru yang mengajarnya semalam sangat baik dan pandai mengikut rentak dan kehendak Along..
Alhamdulillah aku dan en.abang rasa senang hati melihat gelagat si kecil ini..
Mudah-mudahan anak ibu cepat sihat yer sayang..
Boleh bermain, berlari dan menguruskan diri sendiri seperti anak-anak sihat yang lain..
Itulah yang ibu impikan sayang..


24 November 2011

MiNYaK JeRsLiN PoWeR

 MiNYaK JeRsLiN PoWeR
- Ekstrak Lintah
- Mengandungi Habatus sauda dan herba terpilih.
- Tidak perlu makan hanya sapu
- Tiada Kesan sampingan
- Selamat untuk semu peringkat usia, ibu megandung & bayi
- Halal

Rasulullah SAW pernah bersabda maksudnya:
“Tetaplah dengan Al-Habbtus Al-Sawda’ ini, kerana sesungguhnya ia mengandungi bahan penyembuh bagi setiap jenis penyakit,kecuali mati” 
( HR A-BUKHARI)

Inilah rupanya Minyak Jerslin yang selalu aku gunakan untuk disapu di badan Along selepas mandi.
Sebelum ini tak pernah aku dengar pasal ubat ni..setelah diperkenalkan oleh kawan, aku mencubanya.
Kandungan minyak ini adalah 50ml dan harga yang aku beli agakla mahal jugak...RM45 sebotol..
Minyak ini baunya sangat wangi dan mempunyai 1001 khasiat..
Ada juga pengedar yang jual minyak ni lebih murah daripada harga tu..
Minyak ni ada juga di jual di dalam botol kecil.
Untuk keterangan lanjut tentang keistimewaan minyak ini boleh dibaca DISINI

Alhamdulillah, sejak menggunakan minyak Jerslin ni pada Along, memang ada perubahan. 
Lehernya lebih kuat sedikit berbanding sebelumnya.


 Penyakit / Masalah Kesihatan yang boleh dipulihkan dengan MINYAK JERSLIN adalah seperti berikut :-
* Gastrik
* Demam panas / panas badan berlebihan
* Resdung
* Sakit kepala / Migrain
* Asma / Lelah / Semput
* Sakit buah pinggang
* Sembelit / Cirit-birit / Buasir
* Kencing Manis
* Tekanan Darah Tinggi
* Jangkitan Faraj / Keputihan
* Penyakit kelamin
* Sakit sendi / Lutut bengkak / Gout
* Kekejangan otot / Simpul Biawak
* Mati pucuk / lemah syahwat / tidak bernafsu
* Sengal-sengal tulang
* Kulit kasar, warna tak sekata, berjeragat
* Sakit usus
* Kembung perut
* Kesukaran bernafas
* Selsema, batuk, hidung tersumbat
* Tumor / Kanser / ketumbuhan
* Mudah lesu
* Keracunan makanan
* Stroke / Angin Ahmar
* Anggota  tubuh lumpuh / lemah
* Tekanan darah tinggi / rendah
* Kerapa kencing pada waktu malam / kencing tak lawas
* selalu / mudah kena selsema
* Alahan / alergik dengan makan laut / habuk /debunga / ubat
* Sukar mendapat zuriat / anak
* Anak yang dilahirkan kurang sihat
* Manopause
* Hormon tidak seimbang / ketidaksimbangan metabolisma.
* Kesuburan lelaki / wanita menurun
* Senggugut
* Sakit buah pinggang
* Tulang reput / mudah patah
* Pergerakan perlahan
* Mudah beremosi / cepat marah
* Kitaran haid yang tidak tetap
* Sukar memahami / mengingati pelajaran
* Kurang tumpuan terhadap pelajaran atau kerja yang dilakukan
* Kolesterol tinggi
* Penglihatan kabur / selalu keluar air mata / mata kemerahan
* Kesejukan kaki / tangan
* Tangan / kaki menggeletar / menggigil
* Sukar tidur (Insomnia)
*  Untuk bayi;- kembung perut, demam panas, demam biasa, batuk, muntah-muntah.
.
CARA MENGGUNAKAN :
Sapu dan urut di tempat bermasalah selama 5-10minit sekerap 1@2 kali sehari

ALoNg JuMpA IrFaN

Tepat jam 8.30malam tadi,
Kami menyambut tetamu yang sangat dinantikan..
Setelah sekian lama untuk berjumpa dan akhirnya impian itu tercapai juga..
Tetamu yang sangat istimewa di hati kami..
Anak syurga kepada pasangan Siti Soleha & Nazrisyam..
Irfan yang berumur 1tahun setengah..
Sangat comel..sangat baik..sangat suci di hati kami..
Keadaan yang lebih kurang sama dengan Along..
Kisah anak syurga ini boleh diketahui DISINI
Kami bertukar-tukar cerita, pandangan, pengalaman, idea dan tentang rawatan untuk anak istimewa.
Kehadiran mereka bagaikan kami satu keluarga..
Sehinggakan masa amat mencemburui kami..
Terima kasih banyak2 kepada keluarga ini yang sudi datang ke rumah kami..
Mohon maaf andai ada kekurangan.
Jika ada kelapangan bolehlah kita berjumpa lagi..

Dengan hadirnya anak syurga inilah,
Yang menemukan dan mengeratkan silaturrahim antara kami..
Yang menjadikan kami lebih mendalami erti kehidupan sebenar..
Yang memberikan kami rezeki yang begitu murah..
Tanpa dia mungkin kami tidak seperti sekarang..
Semoga kami tabah untuk mengharungi dugaan dari Allah..

Ini lah buktinya pertemuan aku dengan Siti yang sebelum ini hanya kenal melalui laman facebook di 
Supermum's & Superdad's Angle :

~  Along & Irfan  ~

~ Cemburu betol si Along tengok Irfan dok dalam Walker dia punya ~




22 November 2011

PeNgAsUh BaRu????

Pengasuh baru Along????

Ya...Along kini dapat pengasuh baru.

Bibik yang seperti aku ceritakan itu sudah ada di rumah..

Alhamdulillah..kini urusan kami semakin mudah

Aku tidak perlu berulang jauh lagi dari rumah mertua ke termpat kerja..

En.Abang pula lah yang terpaksa berulang..

Kini aku lebih banyak masa untuk bersama Along..

Masa rehat boleh pulang ke rumah melihat Along..

Balik kerja pula sampai di rumah awal..

Ini semua memudahkan aku untuk memantau dan membuat terapi untuk memulihkan Along.


Pasal Bibik???

Tak pernah dalam sejarah hidup aku mempunyai bibik..

Agak kekok untuk menyuruh bibik buat kerja itu ini..

Kata abang kita bayar dia suruh jer buat kerja apa yang patut.. Tapi yang penting sekali jaga Along dengan baik masa kami kerja.

Kena ajar 2,3 kali baru nak faham buat kerja..sebab bibik ni tak pernah buat kerja2 rumah...

Kerjanya dulu di Indon hanya mencari kerang..

Semoga bibik dapat menjaga Along dengan baik..semoga niat suci bibik ke sini untuk mencari rezeki yang halal diberkati Allah...


17 November 2011

DaH BaiK

    Bintat di lengan tangan Along dah baik..Alhamdulillah syukur pada Mu Ya Allah atas kesembuhan itu..hati ibu mana yang sanggup melihat tubuh badan anaknya disentuh,digigit oleh mana2 serangga walaupun sebesar kuman. Maafkan ibu yer adik atas kelalaian sepanjang menjagamu..

LeNgAn TaNGaN aLoNg BiNTaT


Sampai di rumah petang semalam..
Aku tengok lengan tangan Along bintat..

BINTAT BESAR LAK TU?
(dalam hati berfikir...nyamuk gajah agaknya yg gigit anak aku ni!)

MERAH?

Oh...tidak..
2...3.. tempat lak tu..
terus tunjuk kesan tu pada encik suami..
kata abang kena gigit nyamuk tu
mungkin masa Along tidur dalam buai..

Ermmm...ciannya anak ibu..
terus amik ubat & sapukan pada tempat yg bintat tu..


DAN...


pagi tadi aku membelek2 lagi tangan Along..
nampaknya bintat tu tak reda gak...
seakan-akan membengkak..
susah hati ibu dibuatnya..
sambil aku berfikir..
mesti tangan adik gatal kan..
adik lak tak pandai nak mengadu...
menggaru..
kalau adik sihat mesti adik dah merengek2 datang kat ibu tunjuk lengan tangan yang bintat tu kan...
nak ibu sapukan ubat...
nak ibu garukan tangan adik..
tak pun adik mesti dah tampar je nyamuk yang gigit adik tu kan..
tapi adik belom boleh buat semua itu lagi..
hanya mampu merenung wajah ibu
seakan-akan ingin menyatakan sesuatu yang terbuku di dalam hati..
ibu doakan mudah2an tangan adik cepat sembuh yer sayang..

lupa pulak nak snap lengan tangan Along yg bintat tu..uwauwa...

12 November 2011

BuKaN ReZeKi KaMi

    Baru semalam aku menaip entry tentang permohonan pertukaran sekolah en.suami ke Putrajaya. Permohonan pertukaran ini dibuat kerana memandangkan kami akan menetap semula di Putrajaya tidak lama lagi. Beberapa minit kemudian aku mendapat sms dari abang yang berbunyi begini :

En.abang   : Bu...ayah tak dapat tukar la..erm..
Aku           : Ye ker ayah..sedihnya hati ibu..erm..(sangat kecewa sehingga menitiskan air mata)
En.abang   : Erm..tu la..jauh la pulak ayah g kejer lepas ni..
Aku           : Tak pe la ayah, bukan rezeki kita..nanti ayah cuba mintak tukar lagi yer..

    Buat masa sekarang kami menetap di rumah mertua ku di Ampang. Tiap hari aku akan berulang ke tempat kerja, ayah menghantar aku dengan menaiki teksi ke stesen ERL Bandar Tasik Selatan, dari situ aku menaiki train ERL ke stesen Putrajaya Sentral, dan menaiki bas pula untuk sampai ke opis. Agak banyak prosesnyer untuk sampai ke opis aku bukan? tetapi aku tidak pernah merasa penat bahkan mengeluh untuk semua ini kerana pengorbanan ini untuk Along yang dijaga oleh neneknya sepanjang aku bekerja. En.suami pula bekerja di Ampang. Baginya untuk berulang alik ke tempat kerja tidaklah jauh. Tetapi memandangkan kami bakal mendapat MAID dalam masa 2minggu lagi, kami akan menetap semula di kuarters di Putrajaya..oleh itu en.abang la pula kena berulang ke Ampang setiap hari untuk bekerja. Kata en.abang biarlah aku dekat dengan tempat kerja, senang untuk pulang ke rumah menjenguk Along bila waktu rehat. Ya..memang betul kata abang..tapi bila fikirkan keadaan abang yang terpaksa menaiki motosikal mengharung jalan selama 1jam untuk ke tempat kerja..Ya Allah, sungguh aku sedih..semoga Allah memudahkan segala urusan kami.

11 November 2011

DeBaRaN Ku KiaN DiRaSa

    Sejak kebelakangan ni, banyak sangat benda yang bermain difikiranku..entahla kadang2 aku bingung untuk memikirkannya..bukan aku nak lari dari masalah..cuma tak pasti adakah itu apa yang aku harapkan..

    Tentang perubatan tradisional Along di Melaka..semoga ada perubahan buat anak kesayangan ku..ibu tidak akan pernah berputus asa untuk berusaha mengubati anak ibu..percayalah sayang..ibu menyayangimu sepenuh hati..

    Tentang maid yang bakal kami terima mungkin 2minggu lagi..tentu ramai yang terkejut kenapa kami memilih jalan sedemikian.. Inilah jalan yang terbaik untuk kami sekeluarga. Harapnya dipermudahkan segala urusan.

    Tentang keputusan pertukaran encik suami mengajar di Putrajaya akan dapat diketahui dalam masa terdekat. Debaran ini semakin kencang ku rasakan. Andai abang dapat bertukar mengajar ke Putrajaya alangkah indahnya hidup ini kan sayang..Tapi aku tak nak menaruh harapan yang begitu tinggi melangit. Kang aku juga yang hampa..apa2 pun doa aku tidak pernah putus mengharapkan segalanya yang baik-baik sahaja buat keluarga yang amat ku sayangi..

04 November 2011

Birthday Party Untuk Along..

    Ya Allah...kekangan masa yang tak dapat nak dielakkan..event besar di opis yang memerlukan tenaga aku untuk menjayakannya..Alhamdulillah, semuanya telah selamat walaupun ada beberapa kesilapan teknikal pada majlis Hari Inovasi tersebut...rasanya lama sungguh tak menghapdet blog ni...rindu sesangat..banyak benda sebenarnya nak dicoretkan disini..apa2 pun satu persatu akan aku ceritakan..

    Pada 23.10.2011 (Ahad) yang lepas, kami sekeluarga telah membuat majlis kecil-kecilan sempena menyambut Ulangtahun Kelahiran anak kesayangan kami yang ke 1tahun. Tambahan pula tahun ini rezeki aku sangat murah..dapat keluarkan duit EPF..dapat duit KUTU..dapat duit Anugerah Perkhidmatan Cemerlang..Alhamdulillah, rezeki sangat murah yang datangnya dari Dia...syukur ke hadrat ilahi kerana majlis tersebut berjalan dengan lancar. Kami sekeluarga mengucapkan ribuan terima kasih kepada tetamu yang sudi hadir memeriahkan majlis. Jutaan terima kasih juga kami ucapkan kepada mereka yang datang membawa hadiah untuk Bday Boy kami..dan tak lupa juga pada mereka yang memberi hadiah dalam bentuk wang ringgit..sungguh kami terharu..Alhamdulillah..ku panjatkan syukur pada mu Ya Allah kerana rezeki anak istimewa ini sungguh murah..semoga Kau melipat kali gandakan rezeki untuk mereka jua.

    Banyak gak menu yang disediakan pada majlis tempoh hari..chef yang diimport khas dari Pahang..iaitu mak dan kakak aku..terima kasih mak dan kakak kerana sudi masak untuk majlis Along..semuanya sedap2..kami sekeluarga juga mohon ampun dan maaf jika ada sebarang kekurangan semasa majlis tersebut..

   Di sini aku tempekkan gambar masa Bday Party Along tempoh hari...

~ Bday Boy Yang Encem~
~ Kek yang ditempah khas untuk Along *1tahun ~
~ Tak sabarnya Bday boy nak tiup lilin ~
~ Happy Bday sayang dari ibu dan ayah..tema biru gitu ~
~ bila nak dapat makan kek ni ibu?errrr ~
~ letihnya nak kena posing ~
~ kawan2 Along..auntie ayu dgn kakak aisya & auntie Zura dgn abang Habib ~
~ Pemberian ikhlas dari tetamu yg hadir..terima kasih semua..~
~ Antara tetamu yang hadir ~
~ Tok & Nenek Along ~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...