Pages

Followers

24 August 2011

RaGaMnYa BuAt Ku BiNGuNG..

    Sejak kebelakangan ni, perangai Along lain sedikit daripada biasa. Mungkin umurnya telah mencecah 10bulan dan mendapat perangai baru. Selalunya setiap malam bila terjaga daripada tidur dan minum susu, senang jer nak dipujuk supaya tidur semula. Tapi berlainan pula dengan sekarang, amukannya makin menjadi-jadi. Matanya pejam tapi mulutnya bising merengek-rengek. Bingung aku dibuatnya kerana telah puas memujuk bermacam-macam cara. Sudah didukung..dikendong2..diberikan susu..diberikan en.putingnya..tapi tetap sama menangis malah makin lagi kuat dia menangis dan kejangkan kaki tanda marahkan sesuatu..Sambil menangis badannya berpeluh-peluh, mungkin panas agaknya dan aku terus bukakan bajunya supaya Along lebih selesa. Kadang-kadang lebih 1jam memujuk si Along untuk tidur semula.

   Aku bingung melihatkan keadaan Along sedemikian. Adakah anak ibu sakit? manakan boleh si kecil berkata-kata jika dia sakit. Hanya tahu menagis sahaja. Tapi dimanakah pula sakitnya? ada kalanya aku terfikir sakit di kepala kah? seperti di entry yang sebelum ini ada aku menceritakan tentang kisah kelahiran Along, lemas semasa dalam proses kelahiran, kepalanya di bahagian belakang bengkak kerana kesan daripada vacum. Bukan bengkak biasa malahan bengkak besar sehinggakan kedua-dua belah telinganya berada sedikit ke hadapan. Subhanallah..sungguh sedih waktu itu melihatkan anak kecil menangung kesakitan. Adakah ragamnya yang selalu menangis kejangkan badan berpunca daripada sakit dikepalanya? kadang-kadang aku bingung memikirkannya. Ibu mana yang sanggup melihat anak kesayangannya menanggung kesakitan? Along telah membuat MRI Scan untuk otaknya. Keputusannya akan dapat kami ketahui pada temujanji dengan Peads bulan 10 nanti. Diharapkan semoga keputusan itu baik-baik hendaknya.

18 August 2011

KeNaPa aKu YaNg DiPilih..

Kenapa aku yang dipilih..
Akulah..
Insan yang dipilih oleh Allah untuk menjaga amanah dariNya..
Amanah yang sangat berharga dan istimewa di mata semua..
Mungkin kerana Dia tidak mahu aku lupa padaNya.
Setiap masa perlu mengingatinya..
Mengingati tentang kebesaran dan kekuasaanNya..
Mungkin Dia lebih sayangkan aku dari umat-umatNya yang lain.

Kenapa aku yang dipilih..
Mungkin Dia merasakan aku adalah hambanya yang terbaik 
Untuk menjaga amanah dariNya
Kerana Dia tidak akan membebankan seseorang hambanya
Jika merasakan hambanya tidak mampu untuk menanggungnya.
Mungkin aku lebih kuat dari insan-insan yang lain
Untuk menempuh semua dugaan dariNya.
 
Semua orang mempunyai perancangan..
Dan aku juga mempunyai perancangan yang tersendiri.
Tetapi sebenarnya perancangan Dia lagi hebat dari apa yang kita semua rancangkan..
Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya..
Dan aku sebagai hambanya perlu akur dengan ketentuan dariNya 
Kerana semuanya telah tertulis di atas sana.
Siapalah aku untuk menentang kuasanya yang sangat hebat..
Aku sebagai hambanya tetap sebagai hambanya..
Dan tetap sujud padaNya yang satu.

Ya Allah,
Aku bersyukur padamu
Kerana aku yang dipilih olehMu
Kau kuatkanlah semangatku untuk menempuh semua ini
Kau berikanlah kesihatan yang baik untukku
Agar aku dapat menjaga amanah dariMu
Sebaik yang mungkin.



16 August 2011

KeRnA KaSiH KiTa..

 Setiap pagi..
Aku wajib..
Salam tangan Along..
Cium pipi kanan dia yang gebu..
Cium pipi kiri dia pula..
Cium dahi dia yang luas..
Cium hidung dia yang mancung..
Dan ulangi lagi.
Sambil berpesan sesuatu..


"Along duduk dengan nenek elok-elok yer,
Nanti ayah balik dari sekolah,
Along duduk dengan ayah elok2 jugak tau,
Anak ibu jangan nakal-nakal..
Tak mo ngamuk-ngamuk..
Ibu nak pergi kerja..
Nak cari duit..
Nanti nak belikan Along baju baru..
Nak belikan Along mainan..
Petang nanti ibu balik yer..
Along kena faham tau..
Nanti ibu balik..
Ibu dukung Along..
Ibu peluk, cium Along..
Ibu nak main-main dengan Along..
Along jangan nangis yer..
Ibu sayang sangat kat Along..
Ibu tau Along pun sayang kat ibu dengan ayah gak kan.."
**sambil Along merenung tepat ke arah mata ku tanda dia faham akan situasi yang perlu dilaluinya setiap hari sepanjang aku bekerja.

Sungguh berat kaki ini untuk melangkah ke tempat kerja apabila mengenangkan Along. Aku pasti bahawa ibu-ibu diluar sana yang senasib dengan aku juga akan mempunyai perasaan sedemikian. Alangkah indahnya jika dapat menjaga anak yang cukup istimewa ini sepenuh masa tapi apabila difikirkan tentang kerja pula, aku perlu membahagikan masa sebaik-baiknya agar kedua-duanya tidak aku abaikan. Sebagai seorang ibu yang bekerja memang agak berat tanggungjawab yang dipikul ini. Manakan pula kadang-kadang fikiran ini dihantui dengan bermacam-macam persoalan. Pernah aku menyatakan hasrat kepada abang untuk berhenti kerja dan menjaga Along sepenuh masa, tapi abang tidak mengizinkan aku berbuat sedemikian. Kata abang, aku perlu kerja kerana memandangkan ekonomi sekarang yang agak tidak stabil, dia tidak mampu untuk menangggung kos sara hidup kami seorang diri yang masih terikat dengan hutang-hutang seperti hutang kereta, rumah, pinjaman pelajaran dan lain-lain lagi memandangkan sekarang ini zaman duit. Semuanya perlukan duit, nak buang air kecil pun kena bayar duit...Sekurang-kurangnya bila aku bekerja dapat juga membantu dalam hal-hal yang lain. Abang juga menyuruh aku berfikir panjang untuk masa hadapan seandainya dia pergi dulu dan jika aku pula tidak bekerja, agak susah hidup kami nanti. Buat sementara ini, abang memberitahu biarlah Along dijaga oleh maknya sepanjang waktu aku bekerja. Ya! memang benar kata-kata abang itu dan aku terpaksa akur dengan kata-kata suami yang sangat mengambil berat tentang keluarga kami.





05 August 2011

RaMaI YaNg BeRTaNYa..

    Terima kasih pada mereka yang bertanyakan tentang keadaan Along. Sesungguhnya kalian sangat mengambil berat dan prihatin terhadap anakku. Untuk pengetahuan semua, Along kini sudah berusia 9bulan. Menurut Doktor perkembangan Along sekarang seperti bayi berusia 3bulan. Sudah tentu bagi bayi yang seusianya sekarang sudah pandai merangkak dan bermain-main sendiri bukan?

    Ternyata Along belum mencapai kepada tahap itu lagi. Along masih belum boleh meniarap lagi, lehernya masih lembut dan perlu disokong dengan tangan bila mendukungnya. Baru pandai diagah dan senyumannya sungguh ikhlas yang menjadi penghibur dan penawar hati kami sekeluarga. Tangannya belum pandai memegang atau mengambil benda. Jika diberinya mainan, dia hanya memegang sekejap saja itu pun perlukan bantuan untuk membuka genggaman jari-jemarinya. Pendengarannya alhamdulillah baik tetapi sangat sensetif terhadap bunyi. Pada waktu siang Along tidur di dalam buaiannya dan masih perlu dibedung. Jika tidak dibedung Along suka terkejut dan menjerit menandakan dia berada dalam keadaan takut. Tidurnya bertemankan encik puting dan buaiannya menggunakan elektrik. Tetapi berlainan pula di malam hari, Along tidur di atas tilamnya tanpa perlu dibedung. Tidurnya di sebelah malam agak lama berbanding di sebelah siang.

    Ramai yang melihatkan Along sihat seperti kanak-kanak biasa. Ya, Along memang sihat cuma perkembangannya tidak sama seperti kanak-kanak yang lain. Oleh itu, Along dirujuk ke Bahagian Fisioterapi, Hospital Putrajaya untuk membolehkannya dia belajar bergerak seperti kanak-kanak normal  yang lain. Saya mengharapkan doa-doa dari kalian semua dan hanya Allah sahaja la yang dapat membalasnya.

02 August 2011

WeLCoMe BaCk To NeNeK'S HoUsE

Kini.....
Along kembali duduk di Ampang semula bersama Atuk & Nenek.
Betapa gembiranya hati Atuk & Nenek bila cucu kesayangan mereka kembali semula menetap di rumah mereka..

Kini....
Along kembali ceria
Senyuman yang diukirkan
Seikhlas hati dan sungguh bermakna
Senyuman itulah penawar hati kalbu kami nak...
Ibu tahu Along perlukan kasih sayang dan perhatian
Dari insan-insan yang telah dipilih oleh Tuhan
Kerana Along sungguh istimewa di mata kami
Ibu janji takkan sia-siakan hidup kamu nak
Kerana hadirmu dalam hidup kami
Amat memberi makna
Semoga Along terus kuat
Untuk meniti onak duri
Dikemudian hari....

HaRaPaNKu HaNcUS........

    Seperti di entry yang lepas aku ada menceritakan tentang Along akan ditinggalkan bersama pengasuh baru. Hari ini tibalah masanya yang aku mengharapkan segalanya akan merubah kehidupan kami sekeluarga seandainya Along sesuai dengan pengasuh baru itu. Diawal pagi aku dan abang menghantar Along ke rumah makcik di sebelah blok rumah kami. Mesti ada yang hairan kan kenapa suamiku tidak ke sekolah. Kebetulan pula abang merasakan badannya agak tidak sihat dan kepalanya sakit. Sejak dari hari Jumaat lagi abang demam dan hanya terlantar berselubungkan selimut. Sudah ke klinik di Ampang berjumpa dengan doktor dan mengambil ubat. Tapi malangnya keadaan abang sama seperti 2hari lepas tiada perubahan apa-apa. Jadi pagi ini sebelum abang ke klinik, abang menemani aku menghantar Along ke rumah pengasuh. Setibanya dirumah makcik tu kami disambut dengan baik. Aku menerangkan serba sedikit tentang penjagaan Along dan cara-cara nak bagi makan, mandi, tidur. Sebelum aku bergegas ke pejabat sempat aku menidurkan Along di dalam buainya. Berat sungguh rasa hati untuk meninggalkan anak kesayanganku bersama pengasuh barunya. Apalah perasan Along nanti bila berhadapan dengan orang yang baru dikenalinya. Ternyata sejak kecil lagi Along tidak pernah dijaga oleh orang lain kecuali Tok dan neneknya sahaja. Mereka sahajalah yang tahu cara memujuk ragam si Along. Di dalam hati ini sudah merasa sebak dan air mata mula jatuh ke pipi. Sebelum abang ke klinik sempat dia menghantar aku ke ofis. Sepanjang aku bekerja, bermacam-macam perasaan bermain difikiran ini memikirkan tentang si Along. Ada juga aku menelefon makcik tu bertanyakan khabar Along, dan katanya ada jugak Along meragam dan mengamuk mungkin dirasakannya tidak seperti keadaan biasa dan pula melihatkan bukan wajah neneknya yang selalu menjaganya asyik mencemik jer muka Along. Sungguh pandai anak kecil ku ini. Dia dah mula kenal orang (Bisik hati kecil ini).

    Aku menerima sms dari abang memberitahu yang dia sudat mendapat ubat dan MC kerana suhu badannya 38darjah celcius. Darah pun telah diambil untuk diuji dikhuatiri dijangkiti demam Denggi. Alhmdlh, keputusan darah tersebut ok dan abang berhat sajalah dirumah.

    Waktu rehat tepat jer jam 1.00ptg aku bergegas menunggu bas di depan ofis untuk ke rumah makcik tu untuk melihat Along. Setibanya aku di rumah makcik tu, keadaan Along baik-baik sahaja. Nak tahu apa yang si kecik ni lakukan? Along tengah menonton tv rancangan kegemarannya zikir2 sebelum berkumandangnya azan Zohor. Sejuk hati ini melihatkan keadaan Along dan di dalam hati kecil ini berbisik: Alhmdlh Along boleh menerima situasi baru bersama pengasuh barunya. Hidup kami lepas ni akan berubah dan lebih selesa. Harapan dan hasrat hati ini sangat tinggi agar kami sekeluarga dapat mengharungi liku-liku kehidupan yang penuh cabaran ini bersama-sama. Lama juga aku bermain-main dengan permata hatiku dan tepat jam 2ptg aku bergegas ke ofis semula. Pada pukul 3.30ptg, tanpa disangka-sangka makcik tu telefon memberitahu Along menangis dan mengamuk sakan. Makcik dah tak boleh nak pujuk. Sedari kata-kata makcik itu, aku terus menelefon abang memberitahu keadaan sebenar dan menyuruh abang mengambil Along di bawa pulang ke rumah. Mujurlah hari ini abang MC. Untuk pengetahuan semua bahawa aku sudah banyak kali memberitahu kepada makcik itu seandainya dia tidak sanggup menjaga Along, jangan segan silu untuk memberitahu. Aku tidak menyalahkan makcik itu malahan sangat berterima kasih kerana sudi untuk mencuba menjaga Along anak yang cukup istimewa ini. Susah sebenarnya untuk berjumpa orang sebegini malahan bila ada yang mendengar jer perkataan anak istimewa sudah pasti mereka beranggapan sebaliknya.

   Tak pe la Along....bukan rezeki Along nak duduk dengan makcik tu. Allah tu dah ada perancangannya untuk kita nak...ibu akan usahakan dengan cara lain pulak agar kita dapat hidup sama-sama menetap di kuarters ibu di Putrajaya yer. Tak payah lagi menyusahkan atuk dan nenek. Sama-sama kita berdoa mudah-mudahan ada sinar bahagia untuk kita suatu hari nanti. Amin.

  

  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...